Showing posts with label MASAK-MASAK.. Show all posts
Showing posts with label MASAK-MASAK.. Show all posts

Sunday, 12 July 2015

MASAKAN IBU MEMANG YANG TERBAIK

Assalamualaikum..



Aku ni bukan pandai sangt memasak..
kalau rasa nak makan biasanya aku google je resepi2..
Tapi Biasanya kalau masak yang cincai2 tu
mesti maisara puji sedap sangt sampai peluk2 aku ..hahah
Yang paling dia suka bila aku masak sup ayam..



Tak susah pun sup ayam aku..
bahan pun tak lengkap..
tapi tu la yang dia paling suka..
kalau masak sup siap
dengan sup bunjut ke,dengan rempah sup ke memang
dia kurang selera sikit..

Sup ayam aku..
rebus ayam dengan ubi kentang..
lepas tu tumis kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih.
tumis sekali dengan bawang merah,bawang putih dan halia.
tumis sampai garing campak je terus dalam ayam dan kentang yang tengah di rebus tu..
lepas tu potong2 daun sup,campak je dalam periuk.
boh garam..
tunggu masak,dah siap..
hahahaha..senang kan..tu pun makan sampai 2,3 kali tambah..

Satu lagi yang dia suka..
ayam masak sos mutiara..
korang pernah buat ayam masak sos mutiara ni??
tak kan tak pernah..
guna sos mutiara la..
tak kan sos mutiara pun tak tahu..
rupa dia macam ni..







hahaha..
maisara panggil ni sos mutiara..
memula dulu aku pun pelik..
cemana la boleh sampai jadi sos mutiara..

<<... sayu bila dengar pesanan dan luahan ibu-ibu ni.. 

sekian..




Thursday, 2 April 2015

TIPS UNTUK YANG BARU MULA BELAJAR MEMASAK

Assalamualikum...


Betul ke memasak ni susah??
mula2 je susah..dah lama2 jadi senang..
kalau kita minat apa pun jadi mudah..
nak belajar memasak??
ini tips untuk mereka yang baru mula belajar memasak...

1-masak dengan api perlahan

2- masak masakan yang tak memerlukan bahan yang banyak.

3- masak untuk diri sendiri, kemudian dah pandai baru masak untuk orang lain..

4- jangan malu bertanya.

5-  masak dengan kuantiti sedikit.

sekian

Sunday, 7 December 2014

PANASKAN OVEN DI PAGI HARI..

Assalamualaikum...




Sejuk sungguh pagi ni.
sampai menggigil-gigil makcik tahan sejuk.
hahaha..

pagi ni memang sibuk  sikit sebab
pagi nanti nak balik kampung.
Jadi saya ada buat kek gula hangus nih..
baru je masuk oven..



gambar gelap je sebab tak nak tunjuk lagi,
dah jadi elok
nanti saya tunjuk dan share resepi ye..

Kita tunggu lah semoga kejadian nya
itu elok dan cantik macam yang saya nak.
saya buat kek ni sebab mak saya suka.

Sekian..

Wednesday, 12 November 2014

DONUT FROZEN UNTUK ANAK

Assalamualaikum..

Amboi..adik2 kesayangan ahkak..ni..
Sabar sikit ye..nanti akak masuk kan nama
awak2 dalam senarai GA tu..
Akak dok menguli2 donut lepas beli barang dapur tadi..
Tu yang tak sempat nak update
senarai GA tu ye..heheheh..



Cukup la donut ni untuk anak2 makan time2 lapar..
ini boleh tahan 2,3 hari je..
nak buat donut frozen tapi
terlajak goreng sebab sambil goreng sambil
tengok bola..hehe...
tak pe..asalkan tak hangus...
sejuk kan lepas tu masuk kan dalam peti sejuk...

Kita buat setengah kilo tepung
dapat la dalam 25 biji..
buat  dengan maisara..
henyot benyot la donut ni..
kesian..

Sekian...

Saturday, 1 November 2014

TIPS MUDAH UNTUK PASTIKAN TELUR ELOK

 Assalamualaikum...

Beberapa hari lepas saya berniat nak buat macarron.
Tapi rasa kecewa bila dapati ada 4 biji telur yang saya beli tu tak berapa elok lagi.
Bukan busuk cuma nak hampir2 busuk.
sedangkan masa beli tu tak perasan pun sebab tengok diluar macam ok je.
jadi saya buang saja telur tu..
nak ditukar semula di kedai memang tak boleh dah.
sebab dah dipecahkan..rugi betul..



saya jumpa satu cara untuk pastikan telur yang kita beli masih elok ataupun tidak..
caranya mudah saja.
ikut seperti gambar di bawah..




Mudah kan??
lepas beli kita balik boleh check..
untung2 boleh pergi balik kedai tu dan ,mintak tukar lain.

Atau mungkin ada yang suka beli stok telur banyak2..
terlalu banyak sampai ada yang dah tak boleh  digunakan.
boleh la ikut cara ni ye..

sekian...