Showing posts with label KOMIK. Show all posts
Showing posts with label KOMIK. Show all posts

Monday, 26 September 2016

POST DAN TAG BARULAH IKHLAS...

Assalamualaikum...





Saya ketawa je baca komik ni..Zaman sekarang ni kalau cakap dimulut saja tak bermakna apa-apa.
kau kena post, kena tag baru lah ianya nampak bermakna, ikhlas dan jelas.
Kata la yang bercinta tak berapa matang pun suka buat perangai gini.
Yang dah kawen pun 2x5..hahah..Padahal dok serumah je pun..
tak cukup dengan cakap depan-depan , nak kena tag juga,..hahah..
Romantik la katakan...heheh..


Contohnya macam harijadi mak .Padahal mak kita tu facebook pun tak de, apa lagi laman sosial yang lain.tapi nak juga buat ucapan kat mak supaya orang tahu..
tak tahu la dia nak bagi tahu apa kat orang..
Kadang berjela2 ucapan nya..tapi kat depan mak cuma cakap..
"hari ni harijadi mak.kan?selamat hari jadi ye.."

tu je...hahahahah

Kalau saya pulak saya post di facebook dengan harapan minta kawan-kawan lain doakan mak saya..
Tak payah buat ucapan panjang2..
"hari ni hari jadi mak saya..
minta kawan-kawan doakan mak saya panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik.."
contoh nye la...
Saya kalau harijadi mak ni tak de tulis ucapan panjang2..
memang saya telefon dia, atau jumpa dia dan doakan  depan2 dia..

Ni satu sebab kenapa saya tak berakan dengan suami di facebook.
sebab saya ni romantik orang nya..
takut kejap-kejap nak tag..kejap-kejap nak berjiwang..
heheheh


sekian...

Friday, 2 September 2016

TERIMA KASIH KERANA MEMBANTU...

Assalamualaikum..

Tak kenal siapakah pelukis komik ni..tapi terasa macam nak ucapkan terima kasih pada pelukis komik ni,.namanya ada di bawah karya ini..

Sangat-sangat menghargai nya..Gambar ni saya ambil di laman web luar negara..
Semoga umat islam diluar negara sana dilindungi oleh musuh2 islam..
Tak semua orang bukan islam tu benci pada orang islam..
kadang2 mereka ni juga la yang membantu melindungi kita demi keamanan...

 terima kasih...

sekian..

KEHIDUPAN SEORANG WANITA BUKAN HANYA BERKISAR TENTANG ANAK-ANAK SAHAJA..

Assalamualaikum...

Seronok kan jadi ibu??mesti lah seronok..tapi tahu tak kadang-kadang saya rasa lucu pulak bila berbual dengan orang mesti topik pasal anak-anak adalah topik utama..Tengah pilih-pilih ikan ada yang tegur.."anak-anak suka makan ikan ke..".padahal kita pilih untuk tekak kita...Keluar pi jogging ,ada nyonya tegur, "anak2-anak sekolah boleh jogging ma..."..padahal anak dok kat rumah dengan ayah dia....heheh..

cer tengok komik bawah ni..ada tak yang sama dengan korang...







Kalau dah namanya ibu-ibu ni memang apa-apa pun hal anak-anak je yang orang nampak.heheh..padahal yang sebenarnya kita pun suka berbual perkara-perkara  lain selain anak-anak..betul tak??Ada masanya kita tak mau la terlalu mengikut sangat peraturan menjaga anak..Dan ada masa nya kita nak juga lupakan SEKEJAP hal ehwal anak-anak..

Tapi tu la..nak buat macam mana..Orang selalu rasa kehidupan seorang wanita yang ada anak ni, hanya ada anak-anak sahaja.hehe..


sekian...