Skip to main content

Posts

Showing posts with the label KEMBAR SIAM

GAMBAR BAYI KEMBAR SIAM BERJAYA DIPISAHKAN

Assakamualaikum..

Ahad lepas saya ada tonton satu filem tamil tentang sepasang kembar siam yang kemudian nya dipisahkan dan salah seorang nya meninggal dan menjadi roh yang tidak tenteram kerana dendam pada kembar nya... seram la jugak..mujur siang.hehehhe..tapi cerita mengarut je tu...

Hari ni baca berita pasal kembar siam jugak.. Kisah bayi kembar siam diarab saudi yang bercantum di bahagian bawah badan   telah selamat menjalani pembedah untuk memisahkan mereka. Bayi yang bernama  Abdullah dan Abdulrahman ini  dilaporkan  dalam keadaan baik..





Pembedahan yang berlangsung selama 9 jam itu  dijalankan oleh sekumpulan pakar bedah yang diketuai oleh  bekas menteri kesihatan negara arab saudi sendiri iaitu Dr Abdullah Al-Rabeeah.

Bayi kembar, yang berasal dari Republik Yaman,  telah dibawa ke Arab Saudi untuk dibedah  dan pembedahan dilakukan di  King Abdulaziz Medical City di ibu negara. Semasa ujian awal, pasukan perubatan mendapati  bahawa kembar siam ini berkongsi organ termasuk usus.


9 GAMBAR PASANGAN KEMBAR SIAM SHIVANATH DAN SHIVRAM

Assalamualaikum...



Sayu hati bila tengok gambar2 pasangan kembar siam ni..
Diaorang nampak gembira sangat melalui hari2 bersama-sama.
Berusia 12 tahun mereka menolak untuk dipisahkan
walaupun pernah ada yang menyuarakan pendapat
untuk melakukan pembedahan memisahkan mereka.



Dua beradik ini bekongsi hidup dengan menggunakan
dua kaki dan empat tangan mereka .
Dengan keadaan seperti ini tidak bererti mereka
menyusahkan orang sekeliling.


kedua-dua mereka sangat pandai berdikari,
malah mereka boleh mencuci baju dan bekas maknan
mereka sendiri. Menurut doktor keadaan dua beradik ini
sihat malah mereka adalah pelajar terbaik di sekolah.



 dilahirkan
dengan 1 perut dan dua kaki,
tapi  organ lain lengkap.jika salah seorang
dari mereka berjalan,dan seorang lagi tidur,
maka salah seorang dari mereka terpaksa berjalan dalam tidur.
Inilah yang  menjadi kerisauan orang tua mereka.
Jika pembedahan dilaku kan Shivanath perlu
menjalani hidup tanpa dua kaki..






sekian...