Showing posts with label INSTAGRAM. Show all posts
Showing posts with label INSTAGRAM. Show all posts

Tuesday, 4 September 2018

INI SEBAB MENGAPA PENIAGA ONLINE PERLU MENGGUNAKAN INSTAGRAM



Masih ada lagikah pengguna smartphone yang masih belum mempunyai Instagram? Dizaman sekarang Instagram dianggap sebagai aplikasi yang wajib ada dalam setiap smartphone.

Bukan sahaja digunakan sebagai sosial media yang menghubungkan anda dengan pengguna telefon pintar yang lain namun instagram juga dijadikan album gambar yang menyimpan berbagai memori .

Penggunaan Instagram sudah semakin meluas apabila ianya juga menjadi kepentingan bagi peniaga-peniaga online dan offline. Ianya menjadi pengenalan kepada syarikat-syarikat dan anda yang mempunyai perniagaan secara kecil-kecilan juga perlu menggunakan kelebihan ini .

Dengan panduan yang betul dan tepat Instagram memberikan anda cara yang mudah untuk meningkatkan jangkauan anda dan mendedahkan perniagaan anda kepada orang lain




Apa itu Instagram?

Instagram adalah rangkaian sosial untuk berkongsi foto dan video pendek. Kandungan visual daripada pengguna yang anda ikuti dipaparkan dalam format gaya garis masa  dan apa pun yang anda siarkan akan dipaparkan kepada orang yang mengikuti anda. Aplikasi ini sangat popular disebabkan kesederhaan penggunaan nya.


Berjuta-juta pengguna aktif membuka aplikasi ini setiap hari. Dianggarkan bahawa 90 peratus daripada  pengguna instagram adalah di bawah umur 35 tahun,. Antara jumlah tersebut , pengguna di kalangan  umur 16-24 tahun sahaja adalah seramai 41 peratus.

Bukankah ini peluang yang sangat bagus untuk anda meluaskan perniaagaan anda memandangkan kuasa membeli melalui online adalah dikalangan golongan muda dan berkerjaya.



Mengapa anda perlu mempunyai akauan Instagram?

Kos pengiklan menggunakan televisyen dan Radio memerlukan kos yang agak tinggi.Malah di facebook juga anda perlu membayar sejumlah wang agar posting anda dapat dilihat oleh lebih ramai orang.

Tetapi di Instagram , apa yang anda perlukan hanya jumlah pengikut yang ramai dan penggunaan hashtag yang tepat.

Instagram juga memudah kan produk jualan anda dilihat oleh orang lain memandangkan jumlah pengguna Instagram dari seluruh dunia yang ramai.

Selain dari itu anda boleh mengadakan giveaway atau contest hanya di instgram anda. Jika anda ingin meningkatkan jumlah follower dengan pantas dan meletupkan jualan produk anda di Instagram anda boleh dapatkan ebook Instagram Keboom .




Dengan jaminan pulangan wang 100% anda tak kan rugi kerana dalam ebook ni berbagai rahsia menjana pendapatan dari instagram akan di dedahkan.

sekian..



Saturday, 3 December 2016

KENAPA PERLU DISABLE COMMENTS DI INSTAGRAM

Assalamualaikum...



Selepas sarapan tadi saya dok scroll instagram..Pagi-pagi kena la tengok gambar untuk menyegarkan mata..heheh..saya terbaca satu komen kat satu IG ni.."kenapa disable comments..takut kena kecam ke..?" wah!!!.mesti gambarnya mengundang sangat..kan??tu yang sampai terpaksa disable comments.



Bagi yang tak tahu cara nak disable comments di instagram , cuma korang perlu tap pada menu di gambar korang dan pilih "TURN OFF COMMENTING"   ..Itu je..senang kan??

Erm..jangan salah sangka..sebenarnya orang disable comments bukan sebab kena kecam tapi ada sebab lain.Ada setengah-setengah gambar yang pemilik akaun nya tahu , gambar tersebut berpotensi akan di spam oleh peniaga-peniaga online.



Teknik menjual di IG artis ni saya pun tak berkenan la.Kita follow Instagram seseorang  tu tujuan nya nak tengok gambar-gambar dia..tapi yang kita terpaksa hadap ialah komen-komen dari peniaga online yang sibuk mempromosikan produk sendiri.

Ada juga yang disable comments sebab untuk menjimatkan masa ..Kadang-kadang dia terima banyak sangat komen yang meminta pandangan dan pendapat..Jadi untuk satu hari tu dia tak mahu rakan-rakan dan pengunjung instagram nya rasa tertunggu2 atau ternanti2 dia menjawab komen2 mereka.Mungkin tak mahu rasa bersalah..

Disable comments ni juga sesuai untuk mereka-mereka yang rajin buat giveaway atau contest yang memerlukan peserta nya meninggalkan comments.Bila dah habis tempoh giveaway atau ontest tu maka dia pun disable comments pada gambar tersebut..


Jadi disebabkan itu pemilik akaun akan aktifkan fungsi disable comments di gambarnya.Tapi tak dinafikan ada pemilik akaun yang disable comments sebab tak mau di kecam.Dia juga buat macam tu sebab nak elak kan orang ramai jadikan akaun nya sebagai tempat bergaduh.Biasalah bila dikecam, ada la tukang pembela dan tukang menghentam..Orang yang kena kecam dok tepi je, yang tukang komen ni sampai tak tidur malam sibuk membalas kritikan ..hahahahah..Biasanya perkara macam ni kita akan jumpa di instagram artis-artis la..



Artis Malaysia la kot yang selalu disable comments ni..Dia tahu gambar yang dia post tu bakal mengundang kecaman orang tapi sengaja nak post jugak.Pandai post pandai la tanggung risiko..kan??ni tidak..dia pi disable comments pulak...hehhehe...Katanya untuk simpanan peribadi..Hukhuk..kalau simpanan peribadi buat la satu akaun peribadi yang diprivate kan ..Hanya untuk tatapan sendiri..betul tak??ke tak betul??hahahahha


Lepas tu nanti ada la yang acah2 tak suka ambik tahu hal orang komen kat bawah ni.." biar la dia.IG dia..suka hati la dia nak buat apa.."..eii..nampak macam positif kan??tapi negetif sangat sikap tu..Orang gini kalau meeting dia jadi tukang hidang air  dan kemas meja je..Bos tak kan terima dan minta apa2 buah fikiran dari dia ☺

sekian...

Thursday, 21 January 2016

INI SEBAB KENAPA AKAUN INSTAGRAM RAMAI ARTIS DI CEROBOH

Assalamualaikum..

Siapa kat ini suka layan IG macam saya?
nanti follow ye..dianarashid80..heheh

yang best kat Ig dah tentulah kita dapat tengok bermacam jenis gambar.
yang tak best pulak ialah banyak sangat la yang berjualan
Lagi satu ada yang kata akaun instagram paling mudah nak di ceroboh.
Tak tahu betul ke tak
tapi tengok je la akaun instagram artis2 kita tu..
banyak yang dah dia ceroboh dan diambil alih
oleh mereka-mereka yang tak bertanggungjawab.

Bila diaorang dah hack, memang tak kan dipulangkan balik
sebab akaun instagram tu akan di tukar nama
dan dijual kepda peniaga2 online yang nak kan
follower ekspres.

Saya sendiri pernah di tawarkan untuk beli satu Ig dengan harga rm150,
Terkejut saya bila dia tawarkan instagram degan ratusan ribu follower.
untuk apa la saya ada follower banyak tu?
saya bukan nya artis.
nak kata berniaga pun tidak.Jadi tolak baik2 je la..
Setakat ni saya bahagia dengan jumlah follower saya yang ciput tu.
heheh

Ada kawan saya kata dia malas nak letak gambar kat IG dia sebab
telfon tak best...kameranya tak cantik.
Nak kamera smartphone yang cantik , apa kata pakai je 
smartphone macam ni.
Kaki travel memang ramai pakai smartphone gini..
sebab tu gambar diaorang kat IG cantik2 meletopp kau..
klik sini kalau nak smartphone tu..


sekian..


Thursday, 3 December 2015

RISIKO RAMAI PENGIKUT DILAMAN SOSIAL

Assalamualaikum...



Siapa ada follow saya kat facebook , kat instagram ..ada??
kalau tak de ni ha..facebook saya Diana Rashid
Instagram saya pulak di sini Diana Rashid

Wah..tetiba promote laman sosial sendiri ni dah kenapa kan??
saja la nak menambah ramai kawan dan rangkaian..gitewww...
Tapi semakin ramai rakan kita dilaman sosial semakin besar risiko nya.
Risiko nak bergaduh, risiko akaun nak kena hack,
risiko nak diganggu dengan ayat2 lucah dan sebagainya.
Dalam ramai2 tu bukan semua tu suka pada kita.
Jangan marah kalau tiba2 pendapat dan pandangan kita
ada yang bangkang dan silap2 dia capture screen untuk buat bahan jenaka.

Jangan terkejut juga bila ada yang jadi batu api.
Dia tengok awak baik dengan si A, dia pun
pergi kat awak mencocok awak dengan macam2 ayat yang
buat awak marah dan tiba2 awak rasa si A  ni umpama saingan awak .
Terus dari kawan jadi saingan pulak.



Macam baru2 ni berlaku kat Pak Nil.
katanya dah retak2 sikit hubungan dia dengan sorang kawan dia ni
gara2 orang dok cocok2 kawan dia.
kawan dia pulak rasa tercabar, terus maki hamun Pak Nil
dengan ayat2 tak sedap di dengar.
Siap ada video si kawan Pak Nil ni buang
benda yang paknil bagi kat dia ke dalam tong sampah.
Kesian Pak Nil tau..Tak pasal2 je..kan?

Sekian..

Monday, 29 December 2014

KENAPA TAK SUKA IGSHOP PRIVATE??

Assalamualaikum...



Tiap kali nak upload gambar,
saya suka upload di instgram..
terus gambar tu keluar kat fb dan twitter saya..
mudah..sebab tu saya suka instagram..

Kalau tengok ig saya,
saya follow lebih banyak dari orang follow saya..
itu biasa la..saya  bukan orang popular..heheh
tapi saya tak pernah paksa2 orang follow saya tau..
heheh..kalau ada yang sudi follow
itu makcik suka sangat..heheheh..

Tapi saya tak suka follow ig online shop yang private.
rasa nya ramai yang macam tu..

Ada igshop yang private kan ig mereka
dengan alasan kalau awak betul2 nak beli
awak mesti akan follow.

Tapi mereka mungkin tak tahu
yang pembeli ni suka survey2 harga dulu.
jadi bila di private kan,
hilang mood nak survey2 ni..

Dan sebab lain nya ialah  bila awak private kan ig awak,
pelanggan nak kena tunggu awak approved dulu
baru boleh tengok2 apa awak jual..
Bukan kita request terus awak approved.
ada setengah tu lepas 2 hari baru approved.
elok la kita pun dah beli dari orang lain.
awak jugak yang rugi..kan??

Kami pembeli pun sama macam peniaga juga.
tak suka buang masa..
jadi lebih suka membeli kat igshop yang
sentiasa dibuka untuk orang ramai..

bayangkan kalau awak pi kedai
nak beli satu barang penting yang awak nak guna dengan segera.
lepas tu tengok2 kedai tu tutup..
adakah awak akan ketuk2 pintu kedai tu,
dan tunggu sampai dia terbuka
atau awak akan cari kedai lain??


Sekian..