Showing posts with label GEMA GEGAR VAGANZA MINGGU KE 4. Show all posts
Showing posts with label GEMA GEGAR VAGANZA MINGGU KE 4. Show all posts

Saturday, 29 April 2017

PERSEMBAHAN GEMA GEGAR VAGANZA MINGGU KE 4

Assalamualaikum..

Malam ni berlangsungnya persembahan konsert Gema Gegar Vaganza minggu ke 4. Lapan  lagi peserta akan mempersembahkan nyanyian yang bertemakan Gema Mestika. Keseluruhan lagu yang diberikan pada peserta nampaknya memang lagu-lagu yang pernah hits dan kali ni bukan lagu tempatan sahaja tapi ada juga lagu-lagu antarabangsa.




Konsert malam ni dimulakan dengan kemunculan Lah Ahmad mendendangkan lagu Keagungan.Juri jemputan untuk malam ni ialah Dato Ramli MS.Nampaknya malam ni peserta akan dapat kritikan best2..hahahha..dan mungkin juga yang perit selepas setiap minggu persembahan diaorang ni dipuji je.Tapi rasanya Dato Ramli MS bagi komen untuk 2 peserta je.Komen pun biasa2 je la..Tak pedih sangat la..hahahh


Untuk persembahan pertama adalah Wani yang mendendangkan lagu Kun Anta.Ramai yang tunggu persembahan Wani ni memandangkan namanya dikenali kerana mendendanglkan lagu ini di laman Youtube nya.Persembahan Wani memang mendapat pujian juri dan saya pun rasa dia membawakan lagu ni dengan baik.Cuma saya selalu terganggu dengan Braces dia ni..hahaha..


Untuk persembahan kedua, menampilkan Kumpulan Saujana menyampaikan lagu Heal The world dendangan asal M.Jackson.Kali ni saya suka dengan persembahan saujana sebab  diaorang nampak selesa kat atas pentas..Selalu nampak diaorang berdiri lepas tu goyang2 badan sikit je..Baju pun nampak tak ceria .Kali ni nampak warna warni macam traffic Light Achey kata..Lepas tu ada iringan Koir dan siap menari2 tu..Komen juri pun kata suka dengan persembahan Saujana.



Balqis dendangan asal Siti Nurhaliza kali ni dibawa oleh Ana Rafali untuk persembahan ke 4.Setiap minggu saya suka dengan solekan Ana Rafali.Nampak cantik sangat.Dia kan memang dah cantik.Bila bersolek lagi la cantik.Persembahan kali ni ada kelainan sikit sebab ada macam drama (Ruhanis dan . entah siapa nama pelakon  lagi satu tu..)Ana tak mengubah apa2 pada lagu ni.Susunan Muzik pun masih sama cuma ianya disampaikan dengan suara Ana Rafali.Saya ingatkan dia akan ubah susuanan muzik tapi tak..Tak sempat kot...hahahah.



Persembahan Hijjaz kali ni menyampaikan lagu Ya Maulana dendangan asal Opick..Lagu ni ceria sikit jadi tak de siapa menangis untuk lagu Ya Maulana kali ni..hahahah...Nyanyi lagu sedih , jadi sedih nyanyi lagu ceria nampak ceria..best persembahan mereka minggu ni..Ada Taukey dah Bell juga sebagai penyeri malama ni.Tak penyeri sangat la..Buat kecoh je diaorang ni.ahhahaha


I believe i can Fly didendangkan oleh Azmi untuk persembahan ke 5 . Dia nyanyi lagu ni sambil duduk je..hebat kan??Persembahan Azmi kali ni ada kumpulan Koir jugak.Sedap la suara Azmi ni.Dia nyanyi lagu apa pun best.Tak payah goyang2 badan, lompat2 tetap orang suka dengar.


Persembahan ke 6 adalah dari kumpulan UNIC.Menyampaikan lagu Ghazal Untuk Rabiah.Saya suka kumpulan UNIC ni sebab diaorang selamba je.Kali ni pakai tarbus pulak dah....Persembahan mereka kali ni memang menghiburkan.Awal persembahan ada drama 3 Abdul .


Persembahan Hafiz hamidun kali ni saya suka.Lagipun nampak dia ceria je dan selesa dengan lagu ni.Saya rasa dia tak sesuai la nyanyi lagu cinta2 jiwang macam penyanyi pop lain atau macam lagu2 yang dia dapat sebelum ni .

Persembahan terakhir adalah dari Mirwana . Saya selalu mengharapkan persembahan Mirwana setiap minggu adalah yang terbaik sebab diaorang ni boleh bawa semua genre lagu.Tu yang saya suka dengan Mirwana ni.Kali ni mereka mendendangkan lagu Raikan cinta.Meriah betul pentas dengan persembhan Mirwana minggu ni.

Ada persembahan Khas minggu ni .Istimewa sangat sebab menampilkan kumpulan kopratasa.Lamanya ak tengok persembahan diaorang ni.Bawa pulak lagu kegemaran ramai "Permata Untuk Isteri" ..



Gema gegar Vaganza minggu ke 4 berpihak pada Mirwana yang berjaya merangkul Anugerah Gema terindah (karya kreatif).Memang dah di ramal sebab persembahan diaorang best.Pembukaan nya tu yang best nya,..

Minggu ni yang tersingkir ialah Ana Rafali.Memang dah jangka juga ni sebab dah berapa minggu dia duduk di kedudukan terendah.

Senarai lagu Gema Gegar Vaganza Minggu ke 5

Untuk minggu ke 5 tema yang di pilih ialah Bergabung Bergema yang menyaksikan mereka akan berduet dengan artis tertentu.


Rendang Tak berbuah- HiJjaz & Lan Kristal

Sabar - Ismail Izani & Hafiz Hamidun

Bertahta Di hati- Faradhia & Mirwana

Manusia Sempurna - Gmei & Azmi

Nyanyian Serambi - Ayai ilusi & UNIC

Buan Belas Bukan Simpati- Azian Mazwan- Saujana

Hati kama - Wani &

sekian..