Showing posts with label Fashion. Show all posts
Showing posts with label Fashion. Show all posts

Wednesday, 18 April 2018

SPORT HIJAB BY NURD : TUDUNG SUKAN YANG SELESA DAN TAK PAYAH PIN KHAS UNTUK WANITA AKTIF




SPORT HIJAB BY NURD : TUDUNG SUKAN YANG SELESA DAN TAK PAYAH PIN KHAS UNTUK WANITA AKTIF Kalau kita jenis wanita yang suka bersukan dan buat aktiviti lasak penting untuk kita memilih tudung yang selesa dan tak mengganggu pergerakan kita.Dengan cuaca panas di negara kita ni macam-macam alasan kita akan guna untuk tidak bersukan .Betul tak?

Disebabkan sekarang kebanyakan wanita memang suka kan aktiviti lasak dan juga suka bersukan nurdofficial mengeluarkan Sport Hijjab yang sangat sesuai untuk dipakai tak kira dimana juga.

Memang tak selesa bila kita pakai tudung biasa je untuk bersukan. Bila angin bertiup je habis terselak tudung. Mengelibas--libas muka kita ni bila berlari. Mana ke nak lari, nak pegang tudung pulak. Memang tak selesa la.

Tapi dengan tudung Nurd tak de lagi masalah nak kena pegang tudung sambil berlari. Tak de lagi masalah  pin tudung tercabut masa buat aktiviti lasak.Tak kan ada lagi masalah tudung senget dan perlu dibentuk.

Tudung Nurd


Kenapa setiap wanita perlu ada tudung NURD


Sama ada yang suka berbasikal, beryoga, jogging, berfutsal . mendaki atau pun berenang , Tudung Nurd memberikan satu kepuasan dan keselesaan kepada pemakai. Bukan itu sahaja malah ada banyak lagi kelebihan  Tudung Nurd yang menjadikan ianya adalah tudung yang perlu ada pada setiap wanita.

1- Ready to wear
Mudah di pakai dan tak payah nak di bentuk. Hanya sarung kan saja dah siap.Tak ambil masa yang lama pun. Tudung Nurd ni juga tak payah di gosok.

2- Pin-less & Knot-less
Kebanyakan tudung biasa yang kita guna mesti kita nak kena ada pin baru dia ketat dan selesa..kan??Tapi Tudung Nurd ni tak payah pin. Sarung kan saja dia dia memang melekap kuat dan tak mudah tanggal. Boleh juga dijadikan inner kalau korang nak gayakan dengan tudung lain.

3- Light Weight
Fabrik tudung Nurd ni nampak berat tapi sebenarnya dia ringan saja. Bila dipakai dia tak terselak dan tak mudah senget. Dia memang stabil bila kita bergerak aktif.

4- Reflective Gear
Bagi yang bersukan di waktu malam, contohnya yang berbasikal atau berjogging , tudung Nurd mempunyai ciri-ciri keselamatan . Kalau terkena cahaya lampu kenderaan lain ada pantulan cahaya pada tudung Nurd ni..

5- Well-Designed
Design nya membuatkan pergerakan kita tidak terbatas,  lebih mudah bergerak dan sangat selesa. 

6- Quick Drying
Fabriknya menyerap air dan peluh. tapi disebabkan ianya ringan dia juga cepat kering. 

Tudung sukan Nurd



Tudung Nurd ni tak labuh sampai pinggang tapi ianya memang menutup dada. Dia di reka memang untuk mereka yang buat aktiviti lasak.Nama pun sport hijab..kan?

Tengok anak saya pakai ni..Tinggi Maisara 150cm. Dia memang tinggi tau walaupun umur baru 11 tahun. Sikit lagi nak sama tinggi dengan ibu dia ni..Hahhaha..

Bila dia pakai tudung Nurd memang menutup dada . Kiranya tak terlalu labuh dan tak terlalu singkat.




Dapat tudung yang memang selesa nak bergerak ni , memang asyik nak pakai tudung Nurd je la... Sampaikan nak balik dari bercuti hari tu pun dia paaki jugak tudung Nurd ni. Katanya cuaca panas dan dia nak pakai tudung yang tak buat dia banyak berpeluh.

Sedangkan tudung Nurd ni dia dah pakai masa mandi pantai tapi sebab tudung Nurd ni cepat kering, dia dah boleh pakai masa nak balik jugak.Bukan nya jemur tempat panas pun.Jemur dalam bilik hotel je.


.Tudung sejuk dan selesa



Tengok dia pakai ni, tak payah pin pun..kan??selalunya kalau dia pakai tudung apa pun mesti nak ada pin. Bayangkan bila berpeluh-peluh tu, pin di leher kan buat dia rasa gatal-gatal dan tak selesa.Lepas tu bila masuk dalam kereta dia tanggalkan je tudung tu.

Dengan tudung Nurd, dalam feri pun dia tak merungut, lepas tu dalam kereta pun dia tak tanggalkan tudung.


Saya pun tak paham kenapa banyak sangat design tudung yang bahagian muka nya tu besar..Susah untuk orang yang muka comel2 macam kebanyakan wanita malaysia ni nak pakai..Terpaksa guna pin.

Dengan tudung Nurd tak payah lagi guna pin.



Korang yang berminat nak dapatkan tudung ni untuk kegunaan sendiri, atau untuk hadiah kan pada rakan futsal, rakan travel atau pun untuk sesiapa je boleh la ke Sport Hijab By Nurd 

Laman web : Nurdofficial.com   





Dengar-dengar nya dah ada kaler yang out of stock. Memang laris la tudung Nurd ni... 

sekian..

Tuesday, 9 May 2017

MAHU NAMPAK BERGAYA DENGAN PALAZZO SEPERTI SHERRY IBRAHIM?

Assalamualaikum...  

Palazzo adalah sejenis seluar yang dibahagian bawahnya panjang besar dan longgar.Ramai yang suka mengenakan Palazzo kerana ianya sangat selesa di pakai wlaau dimana sahaja sama ada untuk kerja , bercuti atau majlis-majlis apa pun.



Saya paling suka dengan cara pelakon Sherry Ibrahim mengenakan Palazzo.Walaupun palazzo tu ada yang dipakai berulang kali tapi tetap nampak kelainan sebab dia pandai menggayakan palazzo dengan baju yang dia pakai.Itu juga sebab kenapa palazzo sangat ramai penggemarnya.Palazzo boleh dipadan kan dengan apa saja jenis baju .

Palazzo ni ada yang labuh dan ada juga yang digayakan separas buku lali.Apa pun jenis palazzo ianya  mampu membuat si pemakai nampak cantik bergaya .Nampak manis dan sopan apa bila Sherry  menggayakan Palazzo walaupun dia berhijab.



Bagi wanita yang tinggi korang sesuai menggayakan palazzo yang berwarna cerah.Macam yang Sherry pakai ni , dia kenakan palazzo yang  sama warna dengan baju cuma baju nya tu ada corak sikit .Ini akan menonjolkan ketinggian pada bahagian bawah badan korang.


Palazzo di gayakan dengan blouse pendek ini sesuai untuk mereka yang rendah namun tetap nak bergaya dan cantik dengan palazzo .Tapi jika korang mempunyai badan yang rendah sesuai kan warna palazzo dan baju yang nak dipakai.Jangan gunakan warna palazzo yang sama dengan baju sebab itu akan buat korang lebih rendah.




Mungkin ada yang tak berapa yakin nak kenakan palazzo yang kembang dibahagian bawah kaki seluar sebab takut nampak rendah dan gemuk.Tapi ini satu trick bagi mereka yang ada masalah bahagian kaki nya nampak besar. Korang boleh kenakan palazzo yang macam sherry pakai ni.Kemudian korang padankan dengan blouse yang ada bentuk dibahagian pinggan.Ianya akan buat kaki korang nampak panjang dan korang nampak lebih tinggi



Palazzo sangat sesuai digayakan dengan kasut bertumit tinggi atau korang juga boleh pakai wedges.Tapi kalau palazzo tu tak labuh sangat dan korang pulak ada badan yang tinggi boleh je kalau korang nak pakai flat shoes .

Bagi korang yang takut atau tak berani nak menggayakan palazzo , mungkin cara pemakaian sherry ni boleh di jadikan rujukan untuk korang.

sekian..

Wednesday, 21 September 2016

5 FESYEN LELAKI YANG KURANG DIGEMARI RAMAI WANITA

Assalamualaikum...

Cakap pasal fesyen , memang orang perempuan lah juaranya.Tapi bagi orang lelaki tak ramai yang peduli dengan fesyen.Apa yang ada asal boleh dipakai cukup la.Kadang-kadang apa yang lelaki tu pakai atau gayakan tak sedap  untuk dipandang oleh kaum wanita.Rasa macam.."eii...apasal dia pakai macam tu.."kan?? Lagi pulak lelaki tu adalah pasangan kita ..Mula la nak buat-buat tak kenal.hahahaha

Jom kita nak cerita pasal fesyen yang kebanyakan perempuan tak suka.

1-v-neck



Baju dengan leher bentuk v mungkin digemari oleh ramai wanita tapi untuk dijadikan sebagai pakaian lelaki rasanya tak sedap untuk wanita pandang.Tambahan pula jika lelaki tersebut mempunyai bulu dada.ianya bukan sahaja kelihatan lucu malah ada yang menganggap ianya sanagt menjijik kan.

2-Jambang dan berjanggut


Ramai lelaki yang merasakan menyimpan jambang serta janggut yang panjang akan membuatkan dia kelihatan lebih macho dan nampak berani.namun sebalik nya bagi sebahagian wanita.Mereka merasakan lelaki yang berjambang sebagai pengotor dan  selekah  .Ada wanita yang tidak berselera makan jika berdepan dengan lelaki yang mempunyai jambang yang panjang dan kerinting.

Jadi kalau nak simpan jambang tak payah la ada janggut.kalau nak ada janggut tak payah simpang jambang..pandangan orang pada kita pun kena jaga tau..

3-tidak berbulu dada


Bagi sesetangah wanita  lelaki wajib berbulu dada.Ianya melambangkan lelaki tersebut seksi.trend sekarang kebanyakan lelaki akan mencukur bulu dada terutamanya dikalangan atlit kerana mudah berpeluh dan mengganggu keselesaan mereka.Ada juga lelaki yang mencukur buli dada untuk menonjolkan otot dada mereka.

4-Skinny jeans



Tak ada salahnya jika lelaki memakai skinny jeans Yapi jika skinny jeans yang dipakai terlalu ketat akan menjejaskan penampilan anda.Tak kira wanita atau lelaki.Mungkin ianya perkara biasa jika kita lihat wanita memakai skinny jeans.Tapi bagi wanita jika lelaki yang memakai skinny jeans ianya sungguh tak boleh diterima.Sangat menggangu pandangan dan menjejaskan penampilan kaum  lelaki

5-Seluar pendek/hotpants


Lelaki sering mengenakan seluar pendek ketika bersukan.Seluar paras lutut itu sudah biasa kita lihat dipakai oleh kaum lelaki.Tapi jika seluar tersebut hanya diparas peha ianya kurang digemari oleh wanita.Apa lagi jika lelaki tersebut mempunya bulu kaki yang banyak dan ianya akan mengganggu pandangan orang sekeliling.


Ok..lepas ni ambik perhatian ye..Mungkin ada yang suka dan tak kisah tentang perkara-perkara diatas ni..tapi kalau ada yang tak suka apa salahnya kita dapatkan khidmat nasihat orang lain sebelum menggayakan sesuatu pakaian.Lagi2 kita lakukan untuk orang yang kita sayang...:)

Kadang tu kita cuma fikir perasaan orang yang suka kita je.Tapi yang tak suka langsung kita tak peduli..tak boleh macam tu.kalau orang tak suka kita buat la bagi dia suka..


sekian..