Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Durian batu kurau

TIADA DURIAN MURAH DI BATU KURAU

Assalamualaikum...

Musim durian di batu kurau dah kembali selepas sejak beberapa tahun lepas  durian tak berapa menjadi di Batu Kurau. Durian Batu Kurau ada peminat nya sendiri. Tambahan pulak peminat-peminat durian boleh dapatkan terus durian ni dari pemilik dusun sendiri tanpa melalui orang tengah.Walaupun begitu jangan lah rasa korang akan dapat durian dengan harga rm20 selonggok dari pemilik dusun durian di sini.

Baru-baru ni tersebar di media sosial apabila ada yang mengatakan peminat durian boleh dapat buah ni dengan harga serendah RM20-RM50 selonggok.Sebenarnya berita tersebut adalah berita palsu.Tak ada harga murah macam tu untuk selonggok durian.Biasanya harga ditentukan melalui gred durian sekitar rm15-rm25 sekilo.




Status yang dikongsi oleh Amier Bger Amier di Group Durian Batu Kurau menjelaskan tiada Durian Batu Kurau murah seperti yang di sebarkan oleh beberapa pihak.Dia juga mengatakan ramai yang tertipu apabila ada pelanggan yang sanggup datang dari jauh untuk mendapatk…

TAUKEY DURIAN PUN CARI MAKLUMAT DI BLOG SAYA...

Assalamualaikum...


Saya selalu dapat mesej2 yang tanya hal2 yang saya tulis dalam blog ni.
contohnya kat mana nak dapatkan barang untuk buat projek diy..
ataupun tentang  resepi..
ada jugak yang cerita masalah rumahtangga..

Tapi baru2 ni ada yang mesej tanya nak beli durian..
heheheh...ni gara-gara entry tentang
Peristiwa makan durian kat rumah kakak saya tahun lepas la..

Terkejut saya bila dia kata dia nak borong durian..
terus saya bagi dia no tel abang ipar saya
untuk dia berurusan.



Sebelum puasa hari tu pun kami ke Batu Kurau..
mula2 niat nak jalan2 je tapi
rupanya hari tu adalah hari pertama durian luruh,,
merasa la jugak makan durian..
heheh..

Kata abang ipar saya
harga durian dah jatuh..
lagi2 bulan puasa mana ada orang nak beli durian..
kalau beli pun beli sikit je..

Saya memang tak kenal jenis2 durian..
saya tau makan je..
tapi bila ada yang tanya ni durian  jenis apa,
memang tak tahu nak jawab..
hehehhe..kalau awak pun sama macam saya.
Baca kat sini..
klik(jenis-jenis durian

DURIAN BATU KURAU

Assalamualaikum...

Baru2 ni kami ke Kampung Sempeneh,Batu Kurau..
Kat sana kan tengah hujan durian.hehe,..
Memang banyak la durian.
Kalau lalu je depan rumah depa mesti ada longgokan durian..

Tujuan kami pi sana pun nak ambik durian la.
Tak de ambik gambar pun sebab tak sempat.
Sibuk kawal anak,kawal durian..
Ekeke..tapi ni aku ambik gambar dari rakan fb..



Durian yang aku ambik ni
Sebenarnya durian abang ipar aku..
Dia ada dusun durian.
Selama ni diaorang jual durian tu tapi
Sejak akhir2 ni diorang  bagi  je kat siapa2 yang nak
Disebabkan harganya jatuh.
Sekilo cuma 40 sen.
Berapa banyak la penjual2 tepi jalan tu untung..kan??
Jadi dia pikir baik sedekah je.

Aku datang ambik je la.
Tapi yang naik ke bukit sana ngutip semua
durian2 luruh ni Cuma abang ipar aku dan ank sedara dia.
Katanya orang yang tak biasa bahaya naik atas tu.
Sebab bukit nya curam.
Takut jadi apa2..



Bawak balik penuh honet keta.
Sampai 2 terus sedekah kat kawan2..
Kat jiran tetangga..
Tuan punya durian yang suruh se…