Showing posts with label Drama. Show all posts
Showing posts with label Drama. Show all posts

Monday, 14 May 2018

DRAMA KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU




DRAMA KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU  Dalam banyak-banyak drama yang akan di tayangkan pada bulan ni  Drama Pengantin Musim Salju adalah yang paling saya tunggu-tunggu . Ada juga beberapa drama lain yang saya nak tengok tapi Drama ni istimewa sikit sebab ada Siti Nordiana dan Alif satar.

Oh..Jangan tak tahu la rupanya makcik pun minat juga Siti Nordiana..hahah.. Drama Pengantin Musim Salju ni sebenarnya diadaptasi daripada sebuah novel karya Suri Ryana  .Drama ni akan mula di tayangkan di Astro Ria pada 14 mei.. hari ni la..Jam 7 petang .

Saya tak pernah baca novel ni tapi saya rasa tertarik nak tengok drama ni sebab ada tengok selingan drama ni di Instagram..Nampak macam best je.

Drama 20 episod ni menampil kan ramai lagi pelakon lain selain Siti Nordiana dan Alif Satar dan akan bersiaran setiap hari selasa hingga Khamis.



Tajuk Drama  : Klik! Pengantin Musim Salju
 Isnin-Khamis, 7:00 malam
 Astro Ria 104, Astro Ria HD 123
diadaptasi dari novel karya Suri Ryana
Arahan : Hadith Omar
 20 episod
Tarikh tayangan : 14 Mei 2018



Senarai barisan pelakon Klik!Pengantin Musim Salju
Alif Satar sebagai Adam Putra
Siti Nordiana sebagai Kasih Lateefa
Norlia Ghani sebagai Tengku Maryam
Atikah Suhaime sebagai Karlisha Zandra
Adam Lee sebagai Hud Mikael
Lan Solo sebagai Irham
Cik Manggis sebagai Nana
Dafi sebagai Sam
Ardell Aryana sebagai Layla
Nina Juren sebagai Tengku Alawiyah

Sinopsis 'Klik! Pengantin Musim Salju'

Demi kesihatan neneknya, Adam Putra mengajak Kay, gadis brutal yang langsung tak feminin untuk berlakon sebagai pengantin olok-oloknya kerana tunangnya (Karlisha Zandra) membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir. Kay yang tidak mahu disatukan dengan Irham, mamat sewel yang menyakitkan hatinya itu bersetuju berlakon sebagai pengantin olok-olok Adam Putra dan mengikut lelaki itu ke Jepun untuk bertemu dengan nenek Adam Putra.



Musim dingin dan salju tebal di Jepun menjadi saksi cinta mereka bersemi. Dalam mengharungi hari-hari sebagai pasangan pengantin olok-olok, mereka terjebak dalam gelora cinta yang hangat membara hingga akhirnya mereka betul-betul jadi pengantin.

Asyiknya mereka menyulam cinta setelah berkahwin di bumi Jepun sehinggakan mereka tidak menyangka ada badai yang sedang menanti setelah mereka pulang ke Malaysia. Cinta mereka diuji dengan kehadiran Hud Mikael, sepupu Adam Putra yang pernah sukakan Kay dan juga bekas tunang Adam Putra iaitu Karlisha Zandra.

Berjayakah pengantin musim salju ini mempertahankan cinta suci mereka??Jangan lupa menonton... sumber: facebook Dia semanis Honey


__________________________

Saya ada tengok banyak video yang dikongsi semasa pengambaran drama ni yang diadakan di Sapporo Japan. Memang cantik la tempat ni..Siap ada salji lagi..Nampak cantik tapi mesti susah nak buat pengambaran dalam cuaca sejuk macam tu..



Alahai..memang tak sabar la nak tengok drama ni..Nak cuci2 mata tengok pemandangan cantik juga..




sekian..

Friday, 22 December 2017

RM5000 UNTUK CAJ PENGAMBARAN DI PUTRAJAYA .ERMA FATIMA LUAH RASA KECEWA

Assalamualaikum..



Banyak drama-drama tempatan yang disiarkan di tv sekarang ni mendapat tontonan ramai dan mempunyai pengikut tersendiri.. Ianya satu perkembangan yang baik dalam industri hiburan tempatan dan menggalak kan lagi penghasilan drama-drama yang lebih bermutu untuk bersaing mendapat tempat di hati penonton.

Jadi pengarah drama sekarang masing-masing berlumba-lumba untuk menghasil kan drama yang bagus dan diminati ramai.Drama-drama yang dihasilkan oleh Erma Fatima antara yang sering menjadi pilihan penonton disebabkan pemilihan pelakon , jalan cerita yang bagus dan memberi pengajaran.

Namun lokasi pengambaran drama juga adalah salah satu  perkara yang melengkapkan lagi penceritaan sesebuah drama.






Wah!!saya menulis macam tahu banyak je tentang drama..Hahaha...Sebab saya ni kaki drama jugak.Cuma saya lebih suka menonton drama Korea. Sebab saya suka pemandangan dan lokasi korea yang cantik-cantik.

Cakap tentang lokasi ni , Erma fatima mendedahkan bayaran yang dikenakan oleh Perbadanan Putrajaya untuk pengambaran di sekitar Putrajaya ialah sebanyak RM5000..

Memang tak sangka rupanya nak buat pengambaran di putrajaya dikenakan caj yang terlalu tinggi.Menurut Erma di dalam post nya di instagram , kos Rm5000 tersebut bersamaan dengan perbelanjaan yang dikeluarkan untuk set dan props untuk 1 telemovie.



ermafatimaSebab tulah production Malaysia tak shoot kt Putrajaya sebab tkde budget. Utk pengetahuan PERBADANAN PUTRAJAYA RM5,000 tu budget Set & Props utk 1 Telemovie. Produser Malaysia tak untung byk mana pun buat drama ni. Sedih...mcmana nk promote keindahan lokasi negara sendiri kalau tk mampu 
#shootmasjidpunkenabyrskrg


Erma turut meluahkan rasa kecewanya itu dengan menjelaskan bahawa produser Malaysia tidak memperolehi untung yang banyak dengan menghasilkan sesebuah drama. Bagaimana nak promosikan keindahan lokasi negara sendiri kalau kos nya terlalu tinggi.



Saya pun tak sangka la kalau nak buat pengambaran kat tempat2 macam tu produksi kena bayar.Ingatkan kena minta izin je..ehehhe..

Kalau dah harga macam ni punya mahal nampaknya stesen-stesen tv pun kena lah keluar bajet lebih untuk beli satu-satu drama yang akan disiarkan. Tak boleh la pakai harga lama lagi.Rasanya bukan Putrajaya je yang kenakan bayaran dan caj baharu ni tapi masih banyak lagi lokasi-lokasi yang mungkin akan menaikkan caj mereka dan  mengenakan bayaran untuk pengambaran.

Kalau tak mampu nak bayar untuk pengambaran di Putrajaya baik la cari tempat lain yang lebih cantik dan menarik.Rasanya ada banyak lagi tempat lain  yang tak kurang hebat nya juga.Malaysia ni kan banyak tempat-tempat yang cantik..kan??


sekian...

Wednesday, 26 July 2017

INI PUNCA KENAPA SEKARANG RAMAI PELAKON KAYU

Assalamualaikum..



Saya ni bukan pandai pun bab lakonan  tapi saya seorang penonton yang bijak.hahah...Saya pun tahu memilih mana satu drama dan filem yang mempunyai acting yang bagus .Tak ramai orang yang menonton drama atau filem dengan melihat kualiti lakonan .Kebanyakan nya lebih memilih untuk melihat jalan cerita dan pelakon cantik dan kacak.

Itu juga lah menjadi sebab kenapa ramai pelakon sekarang ramai yang tiada talent.Yang orang dok kata pelakon kayu  tu ini lah puncanya. Penerbit drama dan filem lebih mengutamakan paras rupa berbanding mutu lakonan.Sudahnya semua drama penuh dengan pelakon yang cantik-cantik dan kacak semata-mata mahu "menjamu" mata penonton.Padahal kualiti lakonan sepatutnya lebih diutamakan.

Semalam terbaca post yang ditulis Han Zalini yang menceritakan pengalaman di layan sebuah produksi drama ketika menghadiri satu ujibakat untuk drama  .Apa yang mengecewakan ialah produksi drama tersebut lebih memilih paras rupa berbanding melihat kualiti dan bakat lakonan .Saya tertanya-tanya adakah kalau pelakon tak kacak dan cantik , drama dan filem tak kan ada penonton.



Makna kata sekarang ni kalau nak berlakon datang je untuk casting tapi tak payah tunjuk bakat tu sangat..Tayang muka je..Toleh kiri , toleh kanan, berlagak macho kemudian boleh dah berlakon drama jam 10 malam atau pun drama  7 petang.

Ada yang kata bakat boleh digilap..Yang cantik dan kacak ni walaupun tak de bakat berlakon tapi InsyaAllah , berlakon 5,6 drama lagi  boleh dah nampak bakat tu.Tapi apa yang kita kesalkan ialah yang bertul-betul berbakat mereka tak mau ketengah kan..Jangan kan nak jadi hero, nak jadi adik kepada hero tu pun belum tentu lagi.

Tengok je lah pelakon berbakat yang dah ada nama sekarang pun sikit punya susah nak dapat berlakon drama tv. Kalau nak tengok mereka berlakon , tunggu je la mereka buat filem sendiri. kalau untuk drama pun penerbit yang betul-betul nak berkarya je yang nak pilih mereka.Tapi penerbit yang lebih nak kan keuntungan dalam akauan bank sendiri ni akan terus memilih yang "berperwatakan menarik " saja..

Entah apa la makna "berpewatakan menarik " yang penerbit2 drama tv ni maksud kan?Bukan kah pandai menjiwai watak, ada bakat lakonan  dan sebagainya pun boleh dikategorikan sebagai "berperwatakan menarik"...


sekian..


Friday, 6 March 2015

WATAK BENDUL PUN NAK BER "I AND U'

Assalamualaikum...



Saya hari2 tonton drama Korea..
tapi kan saya susah nak dengar dia oarang dok ber "U and I "
walaupun watak yang dia bawak tu watak
orang kaya dan mewarisi pusat gedung beli belah terkenal.

Satu lagi diaorang tak panggil pun mak ayah
diaorang dengan panggilan mama papa ,Mummy daddy..

Betul la orang kata drama kita
tak macam drama melayu pun..
Orang tengok kat drama2 dok panggil mak ayah mama papa,
sebab tu la sekarang dah TAK RAMAI yang
suruh anak2 panggil dia mak ayah.
pengaruh drama sangat..

iklan:Ibu bapa yang menghantar anak-anak ke taska di usia 4 tahun ke bawah sila berikan pendapat anda (klik)

(Nampak tak saya caps lock kan perkataan TAK RAMAI tu..
jadi jangan nak salah sangka ye.
Maklum la zaman sekarang orang suka baca ayat tapi tak paham..
sesetengah,tak ramai,kadang2,tak selalu..
ramai tak paham tu..)




Tapi saya rasa mungkin drama kita ni
ada la sikit2 macam drama/filem tamil dan hindustan..
sebab filem dan tamil dan hindustan yang saya tonton/
selalu cakap omputeh tetiba..

Bukan drama dan filem Korea je ye..
kalau tengok filem2 Hongkong
dan filem Perancis pun susah nak dengar dema cakap omputeh.

Salah ke cakap omputeh??
tak salah..tapi tak best la...
lagi2 dok ber "i and U " padahal watak
nya bendul2 saje..

sekian...

Thursday, 9 October 2014

MANUSIA JADI GILA GARA-GARA DRAMA TV

Assalamualaikum...



Ni cerita pasal hari raya haji itu hari.memang raya dah lepas tapi sebagai ingatan je la..Raya haji tu jam11 pagi kami sekeluarga bergerak la pergi beraya rumah saudara mara dan kenalan..Smpai ke petang tau pi beraya..sakan betul..heheh..

Yang tak pi beraya tu mungkin sekadar dok kat rumah dan layan Drama kerana terpaksa aku relakan..kan??kan??Amboi..tak cukup2 dulu dok hadap hari2 drama tu.,sampai hari raya pun tengok drama tu jugak.Ini lah yang berlaku pada 2,3 buah rumah yang kami singgah..



Bukan selalu pun berjumpa..setahun sekali pun susah.Bila dah orang datang beraya tu ,layan la tetamu dulu..ni tak..mata tuan rumah dan anak2nya semua ke TV aje..Tanya sepatah jawab pun sepatah..Dia orang lebih berminat dengan drama kat tv tu..

Sudah nya kami dok sekejap je..minum terus pergi rumah yang lain..pun sama jugak.melayan drama lebih daripada tetamu.aih pelik sangat la orang sekarang ni.tetamu buat hal sendiri je la..Kuih raya banyak.hidangan pun meriah bukan main kat atas meja..tapi rasanya hambar sebab kami datang bukan nak makan pun..dah nama nya datang nak beraya..

Huhu..sedih sangt dengan manusia zaman sekarang ni.ada yang gila drama ..ada yang gila smartphone..ada yang gila selfie..Apa nak jadi dengan dunia ni??

sekian..