Showing posts with label DIET. Show all posts
Showing posts with label DIET. Show all posts

Monday, 14 May 2018

PERCAYALAH!! MAKAN PRODUK KURUSKAN BADAN TAK KAN BUAT KITA KURUS.

Hi semua...




Korang pernah tak korang makan produk untuk turunkan berat badan? Berhasil atau tidak?Kalau pernah saya rasa baik korang hentikan dari sekarang..Sebab saya ada cara lagi bagus , selamat dan jimat berbanding guna produk dan malah ianyadi jamin berkesan..

Sebelum tu saya nak ceritakan pada korang ni... Sebelum ni saya ada apply job review untuk produk kuruskan badan. Tapi tak dapat..Saya bagitau suami..:

"alah..kita tak dapat la job review tu..Kalau dapat best juga "

Sebab masa tu saya tengah tengah semangat nak turunkan berat badan, Masa tu buat diet kalori so saya fikir kalau ada produk boleh bantu kurus .

Tapi suami saya kata.. "pernah ka kurus  guna produk ni? Sebelum ni masa tak buat diet , ada dapat produk kurus untuk review  juga tapi berat tak turun.kan?"

Maksud suami saya , masa saya tak kawal makan, tak bersenam, saya ada dapat produk kuruskan badan tapi berat tak turun pun walaupun saya makan produk tu dengan disiplin. Ye la..kita nak buat review kena la cuba produk tu..kan??

Bila di fikir2 betul jugak.Kali pertama saya diet dapat berat 47.Saya tak guna produk pun.Saya cuma Bersenam , dan kawal makan. lagipun masa tu saya baru habis berpantang anak pertama . Memang mudah nak kurus.Berat asal 64kg. Saya amalkan diet kalori

Kemudian dah lama2 gemuk balik sebab keturunaan gemuk..hehehe..salahkan keturunan pulak..Padahal kuat makan..

Beberapa tahun lepas tu buat diet atkins  berat turun ke 55kg daripada berat asal 60kg. Tak guna produk juga.Kali ke tiga tahun 2016 saya buat atkins sekali lagi berat 53 pun tak makan produk.Bersenam setiap hari selama 20 minit je.

So apa yang saya nampak kat sini makan produk kurus tak kan buat kita kurus. Kita kena bersenam dan kawal makan kalau nak kurus.

Kalau di tanya pada pengasas ubat kurus ni pun dia akan kata , makan ubat ni u kena kawal makan, bersenam 20 minit sehari, minum air putih , elak kan air manis..So buat apa kita guna ubat kurus kalau kita tetap kena jalani rutin kawal makan dan bersenam tu..kan??

Bila kita makan ubat kurus, bersenam dan kawal makan, memang berat kita akan turun tapi bukan sebab ubat kurus tu, tapi sebab kita bersenam dan kawal apa kita makan. Itu yang korang kena tahu.

Dulu saya tak de alat senaman kat rumah.Saya selalu download banyak video tabata. hari2 setiap malam sebelum tidur saya akan start buat tabata dalam 15-20 minit. Kebanyakan menu makan saya ialah sup telur dengan sawi atau bayam.Telur tu wajib la sebab tak de telur memang rasa kurang kenyang.

Kalau nak makan kudap2 depan tv saya makan ikan bilis goreng atau pun sayur goreng kering.Setiap pagi ambil 1 sudu makan cuka epal campur dengan 1/2 cawan air.minum untuk kurangkan selera makan.

Saya dah try cara ni dan memang berat boleh turun.Makan memang kerap dan orang kata saya ni asyik mengunyap je..hahah.. Saya makan macam2 tapi paling penting elak kan makan berlebihan makanan yang ada karbo.

Sebab tu lah sekarang saya dah tak ambil apa2 produk untuk kuruskan badan.Pengalaman 3 kali turunkan berat badan tanpa produk dah cukup untuk buat saya buka mata.

Saya juga elak kan untuk ambik job review yang berkaitan dengan produk menurunkan berat badan. Dah nak dekat masuk bulan puasa ni jom kita start semula buat atkins.nak kecik kan perut sikit. Jangan lupa juga Ingat pesanan Tun M. -

-DO NOT OVEREAT

-LIVE A HEALTHY LIFE BUT DON'T OVERSTRAIN
-DO NOT WORRY TOO MUCH



sekian..



Wednesday, 3 May 2017

APA MAKANAN YANG BOLEH DIMAKAN JIKA PERTAMA KALI BERDIET

Assalamualaikum...





Siapa yang start hari ni untuk berdiet demi hari raya nanti?Kalau dah ada niat nak berdiet itu memnag dah bagus cuma kadang2 belum sampai setengah hari dah hilang semangat nak berdiet tu.Jam 10 dah minum teh tarik.Makan tengahari order minum sirap bandung cincau, petang jam 3 makan keria gula melaka.Amboih..lupa terus pada niat awal tadi aitu nak berdieT habis tu , untuk orang yang pertama kali berdiet , apa makanan yang boleh di makan?

Baru nak mula berdiet


Pada yang baru nak start diet hari ni atau yang pertama kali nak berdiet, korang kena pilih dulu diet apa yang korang nak buat.Ada macam-macam jenis diet, Diet atkins, diet kalori, diet protein, diet yoyo, macam-macam lagi la. .Bila dah tetapkan apa jenis diet yang korang nak buat , perhatikan pulak menu-menu yang disarankan dalam setiap diet.Setiap diet ada menu harian nya.Kalau korang ikut mesti diet korang akan membuahkan hasil.

Saya sendiri dah agak lama tak berdiet.Dalam sebulan ni berat badan pun naik mendadak sebab makan macam2 terutamanya benda-benda manis.Makan lewat malam tu memang dah biasa sangat.Dapat rasa berat badan naik bila berdiri je, tumit rasa sakit.

Saya orang yang mudah sangat bertambah berat badan.Orang lain makan nasi sekali sehari tak de jadi gemuk.Tapi saya setiap hari makan nasik sekali je, cukup seminggu try la timbang.Memang naik mendadak berat badan saya.Sebab tu bila diet saya elak kan nasi dan gula.2 benda ni paling perlu dielak kan.

Apa yang saya makan ketika berdiet?



Dulu saya pengamal diet atkins.Diet ni paling best buat sebab kita boleh makan macam2 kecuali karbohidrat dan gula.Gula langsung tak boleh ambil.Karbohidart ada sukatan nya yang boleh diambil tapi sebaik nya tak ambil kalau nak proses turunkan berat badan tu cepat.Alhamdulillah dalam masa tak sampai 3 bulan saya dapat berat ideal.

Tapi saya dah tak buat atkins lagi..Saya cuma tak makan nasi dan tak ambil makanan dan minuman yang ada gula je sekarang.Buah-buahan, sayuran, ikan daging ayam dan oat   saya makan.Harap2 saya dapat semula berat 55kg saya sebelum hari raya ni.Sebab dah niat tak mau beli baju raya.Nak pakai yang lama je. Kalau tak turun berat badan ni , nak pakai apa pulak nanti..kan??hahah..terpaksa pakai telekung je la jawab nya..hahahh..Selain tu saya juga ada ambil kolagen untuk kuat kan badan dan cantik kan kulit.nak raya punya pasal..kan??hahah..saya ambil kolagen taracocoa.

selamat berjaya saya ucapkan.Ianya bukan perkara yang mudah tapi tak mustahil yang penting kita kuat , tetapkan pendirian dan fikir raya nanti nak pakai cantik-cantik.Hahahh.

sekian..

Friday, 6 January 2017

NASI BUAT SAYA MURUNG DAN SEDIH

Assalamualaikum...


Semalam saya bagitahu suami nak makan mee kari..Padahal tengah diet ni..Tekak masih lagi nak makan macam-macam..Hahhaha..Tak sedar badan dah gemuk.Saya memang senang gemuk.Kalau orang lain makan nasik seminggu pun tak naik-naik berat nya tapi saya ni cukup la 3 hari makan nasi mesti berat naik 1-2 kg...Seram kan?? Sebab itu saya tak makan nasik dan jarang2 ambil makanan yang berat.



Makan tu memang seronok tapi lepas makan buat saya tak gembira.Ada yang kata tak makan nasi mana boleh...Kalau nak tahu apa diet yang sesuai dengan kita salah satunya ialah kita gembira dengan diet yang kita buat.Kalau kita murung dan sedih je masa berdiet itu tandanya diet kita tak sihat dan tak sesuai untuk kita.Kalau saya tak makan nasik, bersenam setiap hari memang saya rasa seronok dan senang hati.Nasi memang buat saya tak gembira..hahaah

Saya lebih suka makan buah, roti dan telur..3 benda ni saya boleh makan 3 kali sehari. Pun dah cukup buat saya kenyang dan lawas dengan baik..Jadi kenapa pulak saya perlu kan nasi..kan??



Tapi yang paling penting sekali kena bersenam..Satu hari sekali kena keluarkan peluh .Saya lebih suka berpeluh dari rasa kering sepanjang hari macam orang demam.Sebab itu saya tak boleh berkerja dalam bilik yang ada pendingin hawa.Lemah badan saya,.jadi malas je..

Tapi tu la..malas makan nasik dan selalu bersenam pun susah lagi nak kurus..hahahha..

sekian..




Friday, 16 December 2016

KETAHUI JENIS SENAMAN DAN DIET MENGIKUT BENTUK TUBUH BADAN WANITA

Assalamualaikum...


Kalau bercakap tentang bentuk badan wanita ni sampai esok tak habis sebab masing2 ada kelebihan dan kekurangan nya.Ada orang pinggang ramping tapi pinggul dan kaki nya besar..ada yang bahagian atasnya besar tapi bahagian bawah kecil je.

Hari ni saya nak kongsikan info yang saya baca di BRIGHTSITE tentang bentuk tubuh badan wanita ni. Apa diet yang sesuai dan jenis workout yang sesuai dengan bentuk badan kita.
Sebelum tu kita kena tahu la apa jenis bentuk badan Kita sama ada Apple, Pear, Hourglass atau pun banana (rectangular)....


RECTANGULAR- Untuk korang yang bntuk badannya  rectangular atau banana korang sesuai buat latihan kardio yang terdiri dari beberapa latihan untuk membina otot-otot yang berbeza.Ianya memberi bentuk pada pinggang anda dalam masa yang sama membuang lemak disekitar nya.
Diet yang sesuai pula adalah lebihkan karbohidrat dan kurangkan protein.Lebihkan portion sarapan dan kurangkan makan malam.

PEAR- Bagi korang yang ada bentuk badan Pear korang perlu lebihkan aktiviti bersukan seperti berbasikal dan berenang tapi sertakan juga latihan kardio untuk menaik kan lagi stamina.Waktu paling sesuai untuk bersenam ialah pada awal pagi dan lewat petang.Dari segi pemakanan wajib ambil buah-buahan dan sayur-sayuran.Elak kan mengambil protein yang mengandungi kandngan lemak.



HOURGLASS- Bagi korang yang ada bentuk badan hourglass korang sangat beruntung kerana korang hanya perlu mengekalkan berat korang pada berat ideal sahaja dan ianya akan tampak sempurna.Namun korang kena juga bersenam dan senaman yang sesuai ialah earobik, atau zumba di lewat petang.Untuk pemakanan ambil produk tenusu, sayur hijau dan protein yang rendah lemak.Elak kan merokok, alkohol, gula dan kurangkan pengambilan karbohidrat dalam kuantiti yang kecil.

APPLE- Korang yang mempunyai bentuk badan Apple pula kena kerja keras sedikit.senaman yang sesuai dengan korang ialah jogging dan  aerobik. Berenang paling sesuai untuk korang sebab ianya membentuk tubuh korang tanpa membesarkan otot korang.Korang sesuai buat daiet vegetarian iaitu lebihkan sayuran dalam menu korang...Boleh ambil sekit sahaja krim , butter , sos atau coklat atau elak kan terus untuk mendapatkan kesan lebih cepat.



Semoga bermanfaat untuk semua..

sekian..

Monday, 13 June 2016

CARA MAKAN ORANG MELAYU TURUN TEMURUN..

Assalamualaikum..



Untuk orang yang kaki makan macam saya, nak kawal pengambilan
makanan bukan nya senang.
Lagi2 kita ni orang malaysia..Orang melayu..
Budaya makan orang melayu ni boleh dikatakan
setiap masa hidangan nya berat.
Waktu pagi sarapan mee goreng atau pun nasi lemak..
Tengahari pulak nasi putih , ikan, sayur , dan macam2 lagi..
Petang makan goreng pisang atau kopok lekor..
Malam makan nasi lagi..
Itu cara makan orang melayu sejak dulu lagi...
Jadi nak ubah tu memang susah la..


sebab tu kalau kita balik kampung je..
mula la mak2 kita , nenek2 kita sibuk masak nasi lauk macam2..
tak kan kita nak tengok je..kan?
walaupun diet makan jugak la..
dah start makan, mana boleh makan sikit..
paling sikit tambah 2 senduk..heheh

Jadi tak la hairan pun bila orang malaysia ni badan gemuk2..
yang kurus sila berdiri hujung sana..cabut rumput..
Ni cerita tentang orang bam bam je..hahah..



Tapi zaman pun dah bertukar..
kita dah banyak dapat maklumat berkaitan mengawal
pengambilan makanan yang kita makan..
Antara nak ikut dengan tak nak ikut saja..
kalau kita masih nak ikut budaya makan kita yang cara lama tu
tak hairan la nanti genarasi kita akan datang pun
mewarisi cara makan kita..
Saiz pun memang saiz yang di dia dapat dari mak nenak dia ni la..hehe

Tak salah kalau kita nak makan apa saja..
tapi mestilah dalam kuantiti yang sedikit dan seimbang..


Jadi bila boleh kita mula makan dengan cara yang sihat??

Awalnya minat wanita ini dihalang keluarga namun dia kini berjaya dalam bidang yang diceburi..Nak tau kisahnya jom baca di sini...

sekian...




Sunday, 5 June 2016

HARI NI SAYA MULA BUAT DIET ATKINS

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak mula buat diet atkins..Saya dah pernah buat diet atkins ni 7 tahun lalu masa tu memang tak de masalah apa.turun 20kg tau.lepas bersalin anak ke dua cuba buat atkins tak boleh dah sebab tekanan darah rendah..nak mula dengan fasa 4 pun sampai pening2 nak pengsan.

Tapi sejak beberapa bulan lepas saya dah latih sikit2 badan saya untuk kurangkan ambil karbohidrat dan gula secara berperingkat.kalau nasi memang kadang2 seminggu tak ambil nasik.

Kalau tengok saya post gambar nasi lemk la, mee goreng la,semua tu hanya gambar semata.Letak dalam pinggan sebab nak ambik gambar.lepas tu suami yang makan..

Hari ni sarapan saya mulakan dengan telur 2 biji..sebenarnya dah 2 bulan saya ambil telur sebagai sarapan.dah naik jemu tau.makan sebiji je dah kenyang sebab tak lalu ..hahahah...tapi sebab telur tu la saya punya selera pada nasi memang tak de.saya boleh makan nasik.tapi takat 1-2sudu je.tak tau pasal pa..jadi hilang selera pada nasi.

Sebab tu la bulan puasa ni saya nak buat atkins semula.rasanya badan saya dah boleh terima diet tanpa krbohidrat dan gula ni.apa pun tunggu je la result nya 30 hari lagi.buat masa ni berat saya 58kg.saya nak buang 5kg je..heehe..

Nampaknya kena  tambah la satu tab kat atas tu.tab untuk label diet atkins pulak.. hehheh..Doakan saya berjaya...

Sekian



Tuesday, 24 May 2016

4 CARA MUDAH TURUNKAN BERAT BADAN DIBULAN PUASA

Assalamualaikum...



Ada yang dah berniat di bulan puasa ni nak turunkan berat badan.Saya pun macam tu jugak..Bulan puasa macam satu peluang yang datang untuk kita perbaiki diri kita.Bukan saja dari segi amal ibadat tapi juga gaya hidup dan corak pemakanan kita..Ewah!!gaya cakap tu..hahahah

Oleh sebab ramai yang satu tujuan dengan saya jom saya nak kongsikan apa makanan atau bagaimana cara yang betul  supaya bulan pusa ni tak dapat turun 10kg dapat turun 2-4 kg pun jadi lah..





1)minum air secukupnya selepas berbuka puasa.Air yang saya maksudkan ialah air putih.Kita ni kadang2 kuih pun manis, adabuah lagi , kurma pun nak yang bersalut gula, lepas tu air sirap, air bandung air keladi..Tinggi nya gula.Jangan tak tahu dalam buah pun ada gula tau..jadi bab air tu sila la ambil air putih saja...berapa banyak air putih??25kg berat badan korang untuk 1 liter air.jadi macam saya berat 57kg jumah air yang saya perlukan ialah 2.28 liter..agak2 dalam 2.5 liter.


2)kurangkan pengambilan gula.Macam saya kata tadi .Dari air sampai ke lauk pauk semua ada gula.jadi had kan cuma satu hidangan saja yang ada gula.Sebab tu masak sendiri ni untung.Kita boleh kawal bahan2 terlarang dalam masakan kita.Macam saya sekarang memang saya cuma ambil gula dalam buh-buahan saja.Yang lain saya tolak tepi..kalau curi2 secubit dua kek tu ada la..hahahah


3)Jangan abaikan sahur.Puasa tak sahur hanya akan memudaratkan badan awak sahaja.Lagi2 jika kita ni bekerja.bangun sahur jangan la pi tidur balik.Lepas sahur boleh dibantainya tidur .mana tak gemuk.Ada yang sahur jam 1-2 pagi..sahur apa tu?cer tengok balik dalam islam sahur tu sepatutnya pukul berapa sebaik-baiknya??



4)kekal aktif..Ingat tau..lepas sahur jangan tidur.Buat aktiviti macam biasa..Pergi kerja , balik kerja..cuma waktu tengahari tu tidur la sekejap untuk rehat kan badan.Aktif2 pun kena rehat supaya badan tak kekurangan air.

Ok..tu je 4 cara mudah untuk turunkan berat badan ketika bulan puasa..semoga berjaya dalam mengharungi ujian sepanjang ramadhan ini...Jom kita kurus sama2..Saya nak turunkan lagi 5kg je  ni...


sekian..

Tuesday, 29 March 2016

TAK KAN NAK SALAH KAN GAMBAR DI FACEBOOK PULAK...

Assalamualaikum..



Tengok ramainya kawan-kawan yang dah kembali langsing dengan berbagai diet, senaman dan makanan kesihatan yang diaorang amalkan..Makcik je yang makin hari makin membulat tanpa rasa bersalah sikit pun..hheheh..jeles tau..Hari ni kembali membuang lebihan lemak-lemak  yang berjaya di kumpul dalam masa 4 tahun ni..harap2 dalam masa sebulan dapatlah kurang kan sikit berat badan ni..

Dah banyak orang kongsi tip untuk kurus ni.Dari bab makan sampai la bab2 lain .Tapi nak buat tu bukan senang.setakat tulis berderet sampai 3,4 puluh perenggan makcik pun boleh.Tapi pengaruh jahat tu banyak.Makcik yang dok rumah je ni pun di goda dengan macam2 gambar sedap .



Tu yang jadi punca berat badan makin naik. Kat facebook gambar lempeng dengan sambal je.Tapi perut kita yang dok tengok gambar tu kemain berbunyi2 sampai nak mencarut je rasa.hahahha...sudah nya pi la ke dapur mencari apa yang setanding dengan lempeng dan sambal tu supaya keinginan dan nafsu syaitonnnn ni dapat dipuaskan..

Tak kan nak marah orang yang upload gambar pulak.kan??dah tentu2 kita sendiri yang salah sebab tak mampu nak kawal nafsu makan.Apa pun makcik harap hari ni makcik mampu mengawal perasaaan nak makan macam2 tu.

*pernah juga saya salahkan orang  yang mula2 masuk kan garam dan gula dalam makanan..pandai2 je.kan??

sekian..

Friday, 18 March 2016

SIKAP POSITIF TU MEMANG BAGUS TAPI JANGAN JADIKAN IANYA ALASAN..

Assalamualaikum...



Panas sungguh cuaca sekarang ni..kan??
bukan siang je panas, malam pun panas sampai melecet semuanya..
hahahha...harap2 cuaca panas ni dapat lah membakar sedikit
lemak2 kat badan awak2 semua ye..
Minggu depan try timbang tengok berapa kilo turun..
hahahah...Ingat mudah macam tu ke nak turun kan berat badan..

Ramai orang malaysia ni memang menghadapi masalah berat badan berlebihan.
tak payah timbang2 la..tengok pun dah tahu,..
pinggang terlebih, pipi terlebih, dagu terlebih..
tapi satu yang best tentang orang malaysia ni,
mereka sangat positif..
Eceh,.bunyai macam saya bukan orang malaysia je..hahahah



Walaupun berat badan berlebih tapi tetap cakap ..
" biar la gemuk..asalkan hati baik.."
" Badan gemuk tak pe..yang penting muka cantik.."
"walaupun saya gemuk tapi gaji saya besar, kerja bagus..bersyukur sangat ."

Bunyi macam dia tak rasa pun nak
mengurangkan berat badan nya tu.
Dia jadikan alasan  yang dia baik, dia menutup aurat, dia gaji besar,
dia berak lepas tu pump dan sebagainya untuk
dia kekalkan bentuk badan  dia tu..



Memang la bukan berdosa pun bila jadi gemuk ni..
tapi banyak keburukan nya pada kita dan orang lain jugak..
Bila kita rasa ok je dengan badan gemuk, dah tentu
bab2 kesihatan yang lain pun kita akan abaikan.
gaya hidup yang tak sihat ni juga akan menyebabkan
penyakit kronik..
lepas tu kita kawin, dapat anak, anak dah besar, kawin..
anak pulak mewarisi penyakit kita..
kita mati lepas tu dapatlah anak cucu kita satu2 nya warisan kekal dalam keluarga kita
iaitu penyakit darah tinggi, kencing manis , jantung dan sebagainya..

hahaha..
Saya pun bukan kurus pun tapi saya nak ajak kawan2 lain juga yang
membaca post ini untuk sama2 kita menjaga tubuh badan kita dengan
mengamalkan gaya hidup yang sihat..

sekian...



Wednesday, 13 January 2016

JANGAN MALU UNTUK KATAKAN 'SAYA SEDANG BERDIET"

Assalamualaikum..



Wanita yang ada masalah berat badan kebanyakan nya
susah nak mengakui yang dia sedang berdiet untuk mengurangkan berat badan.
Salah satu sebab ialah takut orang lain
akan mempertikaikan samada dia mampu atau pun tidak.

"eh!!ye ke diet..boleh percaya ke ni??
"larat ke nak tahan makan macam2?.."

disebab kan cakap2 macam ni la yang membuatkan
ramai yang tak nak berterus terang yang dia sedang diet.



Ada jugak yang tak nak mengaku sedang berdiet sebab
takut orang anggap dia bencikan dirinya sendiri..
kemudian sampai ke tua berat badan makin naik
dan dia masih lagi dengan prinsip
"asal kan bahagia.." .."saya bahagia walaupun gemuk.."
"yang penting hati baik.."
hakikatnya dalam hati dia ada juga rasa nak kurangkan inci dan
makan dengan lebih sihat dan teratur.

Sepatutnya bila kita sedang berdiet
penting untuk orang lain tahu yang kita sedang berdiet
terutamanya orang yang terdekat dengan kita.
sama ada suami , anak-anak, ibu bapa, rakan sekerja atau rakan serumah.



 Jadikan lah tanggapan orang2 yang memandang sini pada kita
sebagai cabaran dan latih emosi kita  untuk lebih positif .
ianya akan membuatkan perjalanan diet kita  akan lebih berkesan
tanpa perlu anda memikirkan tentang pandangan negatif orang lain.

Dengan menjelaskan yang kita sedang berdiet juga akan
membuatkan orang sekeliling akan memberi sokongan malah
akan membantu kita berdiet dengan lebih berkesan.
ianya dapat mengelak kan dari orang sekeliling
mengajak kita keluar makan lewat malam, atau
rakan serumah membelikan kita makanan yang tinggi kalorinya.
siapa tahu mungkin mereka sudi berkongsi tips diet dengan kita
dan sama2 mengamalkan gaya hidup sihat selepas ini.

Dengan berterus terang juga akan membuatkan kita
lebih berusaha  untuk mendapatkan berat badan yang kita impikan..

Meh cuba 15 sarapan ringkas yang boleh memudahkan rutin pagi anda.(klik)

sekian..

Tuesday, 10 November 2015

DIET MAYO - KURANGKAN BERAT BADAN DALAM 13 HARI

Assalamualaikum..



Apa itu diet mayo?Saya sedang mencari  diet yang sesuai disebabkan diet atkins tak sesuai untuk saya.Hari ni terbaca tentang diet mayo yang dah ramai cuba dan mendapat kesan dan hasil yang memuas kan.Apa sebenarnya diet mayo ni??

Diet mayo adalah  diet tanpa garam yang dilakukan dalam masa 13 hari.Mengelak kan  garam dan rasa masin dalam pengambilan makanan seharian adalah salah satu cara mudah untuk menurunkan berat badan.Ianya juga bermanfaat untuk kesihatan jantung dan mengelak kan diabetes.

Dalam diet mayo ada dua prinsip utama iaitu Lose it dan live it.

Lose it
Mengutamakan gaya hidup seharian iaitu meninggalkan segala tabiat buruk kita .Perkara yang diuatamakan ialah bersenam selama 30 minit sehari

Live it
Belajar berbagai2 pilihan menu dan jumlah makanan yang diambil setiap hari.Paling utama ialah elak kan mengambil sebarang makanan yang mempunyai garam dan masin.Setiap makanan yang diambil perlu lah di rebus,dikukus atau di panggang sahaja.

Jadual menu makanan yang sesuai untuk pengamal diet mayo.

hari pertama  dan hari ke 8;-
sarapan -secawan teh atau kopi 
makanan tengahari - 2 biji telur rebus, seikat bayam, sebiji tomato, 2 biji kentang rebus
makan malam- daging bakar dan daun salad

hari kedua dan ke 9:- 
Sarapan pagi - secawan teh dan kopi . 
makan tengahari -daging bakar, buah segar, daun salad dan satu sudu makan minyak zaitun. 
makan malam- ayam kukus, sebiji pisang dan segelas yogurt.

hari ketiga dan ke 10 :-
Sarapan - secawan kopi atau teh .  sepotong roti bakar.
makan tengahari -,Daun saderi kukus, sebiji tomato  dan buah-buahan segar . 
Makan malam- 2 biji telur rebus, 2 potong ayam rebus dan daun salad.

hari keempat dan kesebelas
sarapan -secawan kopi atau teh .  sepotong roti bakar.
makan tengahari - sebiji telur rebus, lobak yang di parut bersama keju. 
makan malam, semangkuk buah buahan, daun salad dan segelas yogurt.

hari kelima dan kedua belas
sarapan -segelas jus lobak dan lemon . 
makan tengahari - ikan bakar . 
makan malam - sepotong daging bakar, daun salad dan sederi kukus

hari keenam dan ketiga belas
Sarapan- secawan  teh atau kopi  dan sepotong roti bakar. 
makan tengahari - dada ayam rebus, sdaun salad, lemon dan satu sudu minyak zaitun
makan mlam- 2 biji telur rebus dan jus lobak

hari ketujuh
sarapan - secawan  teh tanpa gula. 
makan tengahari -  sepotong daging bakar dan buah segar. 
makan malam- hanya minum air putih 

Untuk permulaan amalkan jadual pemakanan sihat ini disertai dengan senaman selama 30 minit sehari.dalam tempoh 13 hari pasti akan merasi kesan nya pada tubuh. Pada ibu2 yang bakal melahirkan bayi tak lama lagi,yang tengah sibuk2 siapkan barang2 nak ke hospital  tu macam dalam entry ni.., simpan jadual diet mayo ni ye..nanti lepas pantang boleh la amalkan.badan pun kembali langsing .tak la jadi bulat je lepas bersalin ni.. .Semoga berjaya... ..ekekek



sekian..

Friday, 14 February 2014

HARI NI SAYA BANYAK KERJA

Assalamualaikum...


TAJUK POST ENTAH APA2 JE...
Aku baru lepas makan nasik ni..
lewat makan hari ni sebab sibuk dengan urusan rumahtangga.
cuaca kan panas rumah cepat berhabuk.
Lap sana,lap sini,mop lantai..

lepas tu ada kucing sapa entah masuk kat dalam kawasan umah
dia berak kat pasir depan umah ni..
adoi..kesian la anak aku nak main kat luar tak boleh dah.
kena tunggu esok lusa suami aku nak tengok kat mana lagi dia bantai berak.
tadi dah buang najis nya.
tapi lupa pulak nak siram air bagi dia tak berak dah kat situ..
jap lagi mesti dia cari tempat tu jugk kalau dia 
nak membuang sebab dah ada bau dia kat situ..

tu yang sampai makan pun lambat..

tapi bagus jugak makan lewat gini sebab malam 
nanti dah tak payah makan..
maknanya  makan sekali je..

Aku pulak sekarang dah start sikit2 makan nasi.
jadi perut memang cepat kenyang.
selalunya pagi makan oat,tengahari makan nasik jam 12 atau 1.
lepas tu makan malam jam 6 atau 7 petang.
malam aku ambik oat.

Sebenarnya cara makan gini tak kurus pun .
suami aku bising kalau aku diet dan tak makan nasi.
sebab bila tak makan nasik mula la
nak pitam..
kalau tak makan nasik aku makan roti banyak2..
siap bertuna,bersambal ikan bilis lagi..
hhahaha..

suami aku kata..
nak kurus dan sihat sila bersenam ye Puan Ibu..
jangan nak tahan2 lapar..
hahha..

ok...

sekian...

Wednesday, 27 November 2013

CARA DIET BEYONCE

Assalamualaikum...

kenal Beyonce tak??
ala..artis tu la...heheh..
Dia kan dah ada anak sekarang kan??
nak tau tak cemana cara dia diet??

Cara diet Beyonce ni  boleh turunkan
berat kita 4,5 kg dalam masa 10 hari je.

caranya..
selain bersenam di gym dia juga
hanya makan biskut gandum
dan minum air lemon..

kesan nya boleh dilihat
dalam beberapa hari saja.
Beyonce memperuntuk kan masa selama 2jam
untuk melakukan senaman di gym..

Jom cuba..
tapi tak de la sampai 2 jam..
20 minit boleh kot..

sekian..