Showing posts with label Bayi maut. Show all posts
Showing posts with label Bayi maut. Show all posts

Saturday, 14 September 2013

BAYI 20 BULAN MAUT DIHEMPAP TV

Gombak: Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas dihempap televisyen 29 inci di kediaman pengasuhnya, di Taman Bersatu, Rawang, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, bayi berkenaan, Rabiatul Adawiyah Adlan Zulkarnain Mustafa, 20 bulan, maut selepas mengalami pendarahan serius di kepala.

Bapanya, Adlan Mustafa, 40, berkata dia diberitahu anaknya itu terhempap televisyen ketika bermain dekat almari yang tidak stabil.