Showing posts with label Alif satar. Show all posts
Showing posts with label Alif satar. Show all posts

Monday, 14 May 2018

DRAMA KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU




DRAMA KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU  Dalam banyak-banyak drama yang akan di tayangkan pada bulan ni  Drama Pengantin Musim Salju adalah yang paling saya tunggu-tunggu . Ada juga beberapa drama lain yang saya nak tengok tapi Drama ni istimewa sikit sebab ada Siti Nordiana dan Alif satar.

Oh..Jangan tak tahu la rupanya makcik pun minat juga Siti Nordiana..hahah.. Drama Pengantin Musim Salju ni sebenarnya diadaptasi daripada sebuah novel karya Suri Ryana  .Drama ni akan mula di tayangkan di Astro Ria pada 14 mei.. hari ni la..Jam 7 petang .

Saya tak pernah baca novel ni tapi saya rasa tertarik nak tengok drama ni sebab ada tengok selingan drama ni di Instagram..Nampak macam best je.

Drama 20 episod ni menampil kan ramai lagi pelakon lain selain Siti Nordiana dan Alif Satar dan akan bersiaran setiap hari selasa hingga Khamis.



Tajuk Drama  : Klik! Pengantin Musim Salju
 Isnin-Khamis, 7:00 malam
 Astro Ria 104, Astro Ria HD 123
diadaptasi dari novel karya Suri Ryana
Arahan : Hadith Omar
 20 episod
Tarikh tayangan : 14 Mei 2018



Senarai barisan pelakon Klik!Pengantin Musim Salju
Alif Satar sebagai Adam Putra
Siti Nordiana sebagai Kasih Lateefa
Norlia Ghani sebagai Tengku Maryam
Atikah Suhaime sebagai Karlisha Zandra
Adam Lee sebagai Hud Mikael
Lan Solo sebagai Irham
Cik Manggis sebagai Nana
Dafi sebagai Sam
Ardell Aryana sebagai Layla
Nina Juren sebagai Tengku Alawiyah

Sinopsis 'Klik! Pengantin Musim Salju'

Demi kesihatan neneknya, Adam Putra mengajak Kay, gadis brutal yang langsung tak feminin untuk berlakon sebagai pengantin olok-oloknya kerana tunangnya (Karlisha Zandra) membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir. Kay yang tidak mahu disatukan dengan Irham, mamat sewel yang menyakitkan hatinya itu bersetuju berlakon sebagai pengantin olok-olok Adam Putra dan mengikut lelaki itu ke Jepun untuk bertemu dengan nenek Adam Putra.



Musim dingin dan salju tebal di Jepun menjadi saksi cinta mereka bersemi. Dalam mengharungi hari-hari sebagai pasangan pengantin olok-olok, mereka terjebak dalam gelora cinta yang hangat membara hingga akhirnya mereka betul-betul jadi pengantin.

Asyiknya mereka menyulam cinta setelah berkahwin di bumi Jepun sehinggakan mereka tidak menyangka ada badai yang sedang menanti setelah mereka pulang ke Malaysia. Cinta mereka diuji dengan kehadiran Hud Mikael, sepupu Adam Putra yang pernah sukakan Kay dan juga bekas tunang Adam Putra iaitu Karlisha Zandra.

Berjayakah pengantin musim salju ini mempertahankan cinta suci mereka??Jangan lupa menonton... sumber: facebook Dia semanis Honey


__________________________

Saya ada tengok banyak video yang dikongsi semasa pengambaran drama ni yang diadakan di Sapporo Japan. Memang cantik la tempat ni..Siap ada salji lagi..Nampak cantik tapi mesti susah nak buat pengambaran dalam cuaca sejuk macam tu..



Alahai..memang tak sabar la nak tengok drama ni..Nak cuci2 mata tengok pemandangan cantik juga..




sekian..

Tuesday, 31 March 2015

ALIF SATAR BAKAL TIMANG ANAK PEREMPUAN

Assalamualaikum...

Lepas sorang,sorang artis2 lelaki ni dapat anak..
bertambah ceria dan bahagia bila rumahtangga yang dibina'
diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata.
seronok kan???



Boleh dibayangkan bagaimana perasaan penyanyi muda Alif Satar
dan isteri nya Shadila Halid yang bakal menimang cahaya mata
pertama mereka yang dijangka akan lahir pada bulan 6 nanti..
Mesti teruja dan berdebar tu...



Tambah menggembirakan mereka bila bayi yang dijangka lahir nanti
adalah bayi perempuan..

Alif satar dan Shadila halid mendirikan rumahtangga
setahun yang lalu.


sekian..