Showing posts with label Aku. Show all posts
Showing posts with label Aku. Show all posts

Wednesday, 4 May 2016

PELUPA TERUK DAH NI....

Assalamualaikum...



Saya ni ada sikap pelupa tau..bukan sikit2 dia punya lupa tu..hari2 ada je benda yang saya lupa.maklum la..dah tua..hehhhehe..kadang2 upa kunci kat mana, lupa nak tutup air, lupa macam2 lagi...

Terbaru..lupa suami kat mana...


Teruk kan?? suami tido dalam bilik pun boleh lupa.kalau duduk rumah banglow 4 tingkat lain la..ni rumah sekangkang kera pun boleh tak ingat..Nampak gaya kena makan kismis lebih banyak ni..

Kalau lupa tarikh temujanji dengan klinik tu memqng banyak kali dah la..sampai pernah nurse telefon tanya apasal tak mai klinik..yang kelakar nya boleh pulak saya tanya nurse.."pi klinik untuk apa"..lupa yang saya ni ada anak..hahahah...

Sekian..


Sunday, 12 July 2015

MASAKAN IBU MEMANG YANG TERBAIK

Assalamualaikum..



Aku ni bukan pandai sangt memasak..
kalau rasa nak makan biasanya aku google je resepi2..
Tapi Biasanya kalau masak yang cincai2 tu
mesti maisara puji sedap sangt sampai peluk2 aku ..hahah
Yang paling dia suka bila aku masak sup ayam..



Tak susah pun sup ayam aku..
bahan pun tak lengkap..
tapi tu la yang dia paling suka..
kalau masak sup siap
dengan sup bunjut ke,dengan rempah sup ke memang
dia kurang selera sikit..

Sup ayam aku..
rebus ayam dengan ubi kentang..
lepas tu tumis kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih.
tumis sekali dengan bawang merah,bawang putih dan halia.
tumis sampai garing campak je terus dalam ayam dan kentang yang tengah di rebus tu..
lepas tu potong2 daun sup,campak je dalam periuk.
boh garam..
tunggu masak,dah siap..
hahahaha..senang kan..tu pun makan sampai 2,3 kali tambah..

Satu lagi yang dia suka..
ayam masak sos mutiara..
korang pernah buat ayam masak sos mutiara ni??
tak kan tak pernah..
guna sos mutiara la..
tak kan sos mutiara pun tak tahu..
rupa dia macam ni..







hahaha..
maisara panggil ni sos mutiara..
memula dulu aku pun pelik..
cemana la boleh sampai jadi sos mutiara..

<<... sayu bila dengar pesanan dan luahan ibu-ibu ni.. 

sekian..




Tuesday, 23 June 2015

BERBUKA PUASA DENGAN HIDANGAN BUFFET MEMANG SATU PEMBAZIRAN

Assalamualaikum..




Bulan puasa tahun ni saya tengok kat insta tak ramai yang post gambar makanan..
malam2 baru nampak..kalau siang2 memang tak la..
Biasanya kalau siang2 ni blogger2 la yang post gambar makanan..
Hidangan2 buffet yang "erm.."sangat..hahhaha
Tuntutan kerja..nak buat cemana..dah dibayar tak reti2 nak buat kerja??
hahahhah..

Cakap pasal Buffet..
saya tak berapa gemar dengan buffet..
Bagi saya buffet ni membazir la..
walaupun ada yang kata.."murah..sempena ramadhan.."
tapi saya tetap kata ianya membazir.
walaupun bukan hari2 pun kita berbuka dengan cara tu..
tapi pendapat saya ianya membazir...

kalau masak sendiri boleh makan sampai sahur..
tapi kalau buffet habis kat situ je la..
seorang bayar paling murah belas2 ringgit jugak..
tak kan nak pi makan sorang..
bawak anak isteri , mak  dan biras..heeheh
.habis paling sikit pun tak sampai seratus la..
tapi bagi saya yang kedekut ni ianya membazir..


lagipun saya tengok suami dan anak2 saya
tak sesuai dengan hidangan buffet2 ni..
sebab jenis makan sikit je..hahhah..
maisara kalau makan nak kuah dengan ayam goreng je..
suami pulak kalau ada daging lauk apa pun tak mau dah..
saya pulak jenis makan nasik dengan ikan goreng dan sambal belacan je..
jadi nampak tak berapa ruginya kalau nak ber buffet2 nih??
lepas makan nasik nak dessert???
oh tidak...cukup minum air masak..\
nak dessert2 tunggu la beberapa jam nanti..
tu pun kadang2 tak lalu dah...
hahahah...

Tapi mengikut trend semasa
memang ramai yang teringin nak berbuka diluar
dengan hidangan buffet...
pengalaman masa berbuka di sebuah restoran yang menyedia kan
hidangan buffet dulu memang saya akui restoran tu memang
dapat sambutan sebab trend zaman sekarang..kan??
tapi yang tak best nya bila kita dah bayar,kita makan sikit..
kita rasa nak tunggu kejap lagi la..dalam 15 minit nak makan itu ini pulak..
lepas makan tunggu lagi..tunggu..tunggu...
padahal makan cuit2 je..
tunggu punya tunggu..dok buang masa kat situ je..
dan silap2 tak pi terawih la nampaknya..heheheh

Eh..ni entry pasal  saya tau.,bukan saya kata awak tak boleh
berbuka dengan hidangan buffet..


sekian..

Tuesday, 16 June 2015

MACAM BIASA TENGOK..BLOGGER KA?

Assalamualaikum...

kejadian semalam ketika membeli kasut raya.. (ececeh..nak bagitau jugak dia dah beli kasut raya).

Gadis baju hijau  : ni..blogger kan??

Saya:  Ha???bukan...salah orang kot..

Gadis baju hijau:  OO..ya ka?sorry..tengok muka macam nak sama .Tu yang kami tegoq.hahaha..(dia gelak..malu kot..)

Saya:  Tak pa..ramai orang muka sama. ..hahhaha..(gelak jugak tu)

***************

Suami tanya..

kenapa tak mengaku??

Alahai..Abang Lan  ni macam tak kenai bini dia..
bini dia pemalu ya amat..
Biar la ceq dok macam ni ja..
hahahha...

sebenarnya kan..dah 2,3  kali dalam tempoh 5 tahun tulis blog ni   ada orang tegur kat luar "blogger ka??" " macam biasa tengok la.." tapi memang saya tak mengaku pun..biar  kawan2 ,jiran2 dan saudara mara tu ja yang tau saya blogger.Orang lain tu kalau mai tanya saya depan2 ni memang saya tak mengaku.

kenapa??
pertama sebab saya malu.
kedua sebab saya rasa tak perlu  mengaku.
hahahha..

Awak baca  blog saya pun dah cukup..
saya menulis sebab saya suka.
bukan sebab nak dikenali ramai..
lagi best kalau entry saya tu yang orang sebut2 berbanding nama blog dan nama saya sendiri.
tapi mustahil la..kan???
mana ada entry blogger yang orang dok ingat2 ..
selalunya memang muka blogger dan nama blog yang jadi sebutan.

sekian...

Wednesday, 3 June 2015

DIUSIA 35 INI....

Assalamualaikum...


Ada jugak rupanya yang mencari2 entry hari jadi di blog ni hari ni..
sengaja saya tak buat entry tu awal2 dan
tunggu dah penghujung hari untuk siap kan entry ni..

Sebenarnya hari jadi kali ni paling sedih saya rasa..
maklum la..dah tua2 ni hati mudah sangt tersentuh
walaupun perkara2 yang buat saya tersentuh tu
tak de la besar mana pun..benda kecik je..heehhe..

Mujur la setiap minit ada je mesej2 ucapan
Selamat hari jadi yang masuk di facebook,whatsapp,
email..terima kasih semua..
sekurang2 nya mesej2 tu boleh buat saya tersenyum..



Diusia 35 ni saya cuma harap saya akan dilayan dengan lebih baik
oleh orang2 sekeliling saya..
saya pun dah lama elak kan diri dari orang2 yang
boleh buat saya sakit hati dan jadi jahat mulut.
Bila dah berjauhan,maka masing2 dapat lah mengawal tutur kata.
malah di laman sosial pun saya pastikan orang2 yang
membawa unsur2 negetif ni jauh dari saya..
tak kira la sama ada pernah bertemu atau pun tidak..

Yang pastinya saya buat macam ni
semata2 saya nak kan suasana yang aman dan tenang.
Maklum la..saya kan ada anak dan suami..
tak bagus untuk diaorang kalau saya
ni boleh berperang mulut dengan orang sekeliling.

Diusia 35 ni juga saya harap
anak2 saya yang makin membesar ni tahu yang saya sangat sayangkan mereka.
Anak2 ni bila makin besar ,emosi diaorang ni kita tak boleh baca.
makin besar makin banyak suara2 jahat dalam hati tu..
paling takut kalau suara2 jahat tu mula memberontak
dan menghasut anak2 saya dengan kata2.."ibu tak sayang.."
"ibu tak peduli..".."ibu pandang rendah.."

Diusia 35 ini saya harap,saya dapat
lebihkan masa untuk tunjuk kan kasih sayang saya pada mak.
selain suami dan anak2 saya cuma ada emak.
Hanya depan mak sahaja lah saya dapat
tunjuk perangai kebudak-budakan saya..
dan  hanya mak saja yang dapat menerima sikap saya ini..
terima kasih mak...

sila sokong gambar tanpa secalit bedak ni..hhah


Alhamdulillah...
saya sangt bersyukur dengan hidup saya sekarang..
Dikelilingi orang2 yang sentiasa menyokong..
sentiasa berkongsi,sentiasa saling ingat mengingati,
dan yang penting saling  menghargai..

kalau awak rasa awak orang yang seperti diatas,
mari dekat dengan saya..
tapi kalau awak bukan yang macam tu..
pergilah..saya bukan yang terbaik untuk awak..

Selamat hari Jadi Diana..... :)

sekian...