Showing posts with label ANDY LAU JATUH DARI KUDA. Show all posts
Showing posts with label ANDY LAU JATUH DARI KUDA. Show all posts

Tuesday, 24 January 2017

ANDY LAU PATAH TULANG PINGGUL JATUH DARI KUDA

Assalamualaikum..




Pertengahan tahun 90 an dulu mana ada siapa kita disini yang kenal artis korea.Filem korea pun tak de disiarkan di kaca tv.Yang ada hanya filem-filem dan drama tv dari Hongkong.Waktu tu antara artis Hongkong Yang menjadi sebutan ramai ialah , Leon Lai Meng, Jacky Chan, Anita mui , dan ramai lagi..Dan salah seorang yang mempunyai jutaan peminat disini ialah Andy Lau.

Terbaru berita mengenai  pelakon Andy Lau ,beliau dikabarkan terjatuh dari kuda ketika ketika pengambaran sebuah iklan Teh di Thailand minggu lalu

 
Beliau  dibawa pulang  ke Hong Kong Khamis lalu dan terus dibawa ke Hong Kong Sanatorium & Hospital untuk rawatan. Beberapa tulang dibahagian pinggulnya patah dan dia perlu ditahan di wad selama 6-9 minggu.Manakala untuk sembuh sepenuhnya ianya mengambil masa selama 6-9 bulan.

Andy Lau yang kini berusia 55 tahun adalah seorang pelakon dan juga penyanyi . Kejadian ini pasti menjejaskan kempen promosi filem dan nyanyian   dan beberapa konsert akhir tahun di Coliseum yang sudah dirancang sejak awal mungkin akan dibatalkan .



Menurut Straits Time,  penyanyi Alan Tam, baru-baru ini mengunjungi beliau  hospital tapi terpaksa memendek kan masa lawatan disebabkan Andy Lau merasa kesakitan dan perlu berehat secukupnya..Apple Daily melaporkan bahwa kos rawatan nya berjumlah HK $ 3.000.000 (US $ 390.000). Namun Andy Lau mempunyai Insurans diri berjumlah  US $ 50 juta.

Saya juga antara salah seorang peminat filem-filem lakonan pelakon ni.macam tak percaya yang usia nya dah 55 tapi masih aktif berlakon filem , iklan dan bakal mengadakan kosert di hujung tahun nanti.Memang laris sepanjang masa dia ni.Semoga palakon kesayangan ramai ni cepat sembuh.


sekian