Skip to main content

Posts

Showing posts with the label ADI PUTRA

ADI PUTRA PERNAH KANTOI TAK PUASA

WAJAH manis aktor terkenal tanah air ini sentiasa menghiasi skrin televisyen mahu pun di layar perak.

Berikan apa sahaja watak atau peranan, dia mampu melakonkannya dengan baik.

Namun tidak hanya tertumpu kepada bidang lakonan sahaja, bintang Aku Terima Nikahnya ini mula berjinak-jinak menjadi pengacara pula.

Semuanya bermula apabila dia dilamar pihak TV3 untuk menjadi duta bagi program Seindah Ramadan yang berlangsung sepanjang bulan mulia itu.

Berkongsi mengenai penglibatannya sebagai pengacara atau hos, empunya nama Adi Putra ini berkata, dia sebenarnya tidak menduga akan menerima tawaran seperti ini.

“Saya seorang pelakon dan apa yang saya tahu adalah berlakon sahaja, malah orang juga mengenali saya sebagai pelakon.

“Jadi apabila diberitahu tentang perkara ini, pada awalnya saya agak terkejut, namun, apabila berfikir sejenak, mengapa saya harus menolaknya.

“Bagi saya, ia peluang yang hebat dan menarik sementelah lagi menjadi hos tidak pernah saya lakukan,” katanya yang sudah selesai menj…