Showing posts with label 2017. Show all posts
Showing posts with label 2017. Show all posts

Sunday, 1 January 2017

SELAMAT TAHUN BARU 2017

SELAMAT TAHUN BARU...

Assalamulaikum...



1-1-2017

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk bernafas lagi di tahun yang baru.Bertukar tahun bermakna bertambah la usia kita semua.Alhamdulillah..Jangan takut tentang penambahan usia dan apa yang bakal kita harungi di tahun mendatang ni..Bukan kah kita hidup untuk melalui semua yang akan datang??

Kalau ditanya tentang azam , masih sama dengan tahun-tahun yang lepas.Nak jadi yang lebih baik untuk keluarga , negara dan Agama . Harap nya juga tahun ini memberi saya lebih kematangan dalam menghadapi setiap perkara .



Tahun 2017 juga nak lebih menjaga kesihatan diri .Jadi diet sudah tentu diteruskan.Bukan lah diet yang ketat pun.tapi diet yang lebih sihat.Dah makin berusia ni itu lah yang perlu dijaga.Ada keluarga yang perlu dijaga sudah  tentu kesihatan diri sendiri dan keluarga adalah keutamaan saya.

Dalam berblog pulak saya harap tahun ni akan lebih ramai membaca blog saya.Akan lebih banyak tips kesihatan, kecantikan, entry kekeluargaan,berita dunia, dan sebagainya akan saya update di blog saya sebagai menarik lebih ramai pembaca pelbagai lapisan usia.

Diharapkan juga tahun ini hubungan antara kita makin erat  dan saya dapat kenal lebih ramai lagi orang kat luar sana.Pada yang baru nak mengenali saya boleh follow fb , instagram dan boleh juga whatsapp saya bila-bila masa.

@selamattahunbaru
@happynewyear

sekian..