Showing posts with label 20 sen. Show all posts
Showing posts with label 20 sen. Show all posts

Sunday, 19 June 2016

APLIKASI BEST YANG KORANG WAJIB DOWNLOAD

Assalamualaikum...

kalau tengok dalam enpon kita ni macam2 app ada..
Tapi tahu tak ada satu app yang sangat2 best yang
memang patut korang download...

Ni ha...Webe850 .. Webe Comunity..
Apa benda Webe ni??

Ini adalah aplikasi untuk kita share pojek atau
kalau kita ada idea2 bernas untuk komuniti setempat ..
atau untuk keluarga ..
atau nak lebih dasyat lagi projek kita tu
kita buat khusus untuk semua masyarakat kat malaysai ni..


Contohnya macam projek yang korang baca kat sini..
Dia berbasikal ke China..
nak tahu tujuan nya apa..
baca kat sini...

lepas tu kalau ramai yang support ada la imbuhan sikit untuk kita.
nak tahu lebih lanjut tentang Webe ni
jemput ramai2 baca kat sini..


sekian..

Tuesday, 14 June 2016

APA SAYA AKAN BUAT KALAU SAYA ADA FORD RANGER

Assalamualaikum..



kalau la...
kalau saya ada Ford Ranger alangkah seronoknya..
Macam2 perkara yang saya boleh buat dengan
Ford Ranger kesayangan saya.
Pertama nya saya akan bagi dia nama Fredy
nama mesti lah nama yang nampak gagah dan kuat..
ada ramai bintang dan jaguh yang ada nama fredy tau..
awak patut berbangga dengan nama tu Fredy...


Ok Fredy sekarang saya nak bawak awak pergi buat aktiviti yang lebih mencabar..
Awak kuat dan gagah.
Setakat nak angkat kayu itu benda mudah kan??
Kita akan bina sebuah garaj  yang besar
khas untuk awak Fredy..



Kemudian saya akan bawa awak cara untuk belajar mengharungi liku2 kehidupan..
Kita mengmbara berdua sahaja ..
merentasi hutan , bukit bukau dan sungai.
Saya tahu awak sentiasa bersedia untuk itu..kan Fredy??


Adakalanya kita juga akan bersantai bersama..
Awak suka kan??
Waktu malam sambil melihat bintang awak alun2 kan lagu2 kegemaran saya..
indah nya hidup dengan awak Fredy..
Semua jadi mudah bila awak ada di sini saya..



Ok..saya memang suka berangan..
Bye Fredy.!!.satu hari nanti awak akan jadi milik saya..

Seandainya korng pun suka berangan macam saya 
boleh la tengok  di sini kenapa Ford Rnager 
kena jadi milik korang,..


sekian..



Monday, 13 June 2016

CARA MAKAN ORANG MELAYU TURUN TEMURUN..

Assalamualaikum..



Untuk orang yang kaki makan macam saya, nak kawal pengambilan
makanan bukan nya senang.
Lagi2 kita ni orang malaysia..Orang melayu..
Budaya makan orang melayu ni boleh dikatakan
setiap masa hidangan nya berat.
Waktu pagi sarapan mee goreng atau pun nasi lemak..
Tengahari pulak nasi putih , ikan, sayur , dan macam2 lagi..
Petang makan goreng pisang atau kopok lekor..
Malam makan nasi lagi..
Itu cara makan orang melayu sejak dulu lagi...
Jadi nak ubah tu memang susah la..


sebab tu kalau kita balik kampung je..
mula la mak2 kita , nenek2 kita sibuk masak nasi lauk macam2..
tak kan kita nak tengok je..kan?
walaupun diet makan jugak la..
dah start makan, mana boleh makan sikit..
paling sikit tambah 2 senduk..heheh

Jadi tak la hairan pun bila orang malaysia ni badan gemuk2..
yang kurus sila berdiri hujung sana..cabut rumput..
Ni cerita tentang orang bam bam je..hahah..



Tapi zaman pun dah bertukar..
kita dah banyak dapat maklumat berkaitan mengawal
pengambilan makanan yang kita makan..
Antara nak ikut dengan tak nak ikut saja..
kalau kita masih nak ikut budaya makan kita yang cara lama tu
tak hairan la nanti genarasi kita akan datang pun
mewarisi cara makan kita..
Saiz pun memang saiz yang di dia dapat dari mak nenak dia ni la..hehe

Tak salah kalau kita nak makan apa saja..
tapi mestilah dalam kuantiti yang sedikit dan seimbang..


Jadi bila boleh kita mula makan dengan cara yang sihat??

Awalnya minat wanita ini dihalang keluarga namun dia kini berjaya dalam bidang yang diceburi..Nak tau kisahnya jom baca di sini...

sekian...




Friday, 10 June 2016

BUFET DENGAN HIDANGAN TRADISIONAL DI THE RESORT CAFE DAN CAFE WEST

Assalamualaikum..

Agak2 hari ni nak berbuka puasa dimana?
meh saya nak cadangkan tempat berbuka
yang dikatakan paling best sekali..
ha..saya tak pernah pi lagi tapi ramai la yang kata best.
Tempat  pertama ni namanya The resort cafe.
dan yang keduanya di  cafe West



Apa yang best di The Resort Cafe dan di Cafe West ni?
Masakan nya berunsurkan klasik dan tradisional.
Menghidangkan beratus makanan
yang semestinya akan buat korang tak senang duduk.
Setiap malam dihidangkan berbagai jenis sambal..
Yang kaki makan sambal ni memang sesuai sangat la..
Biasa la..kita orang melayu macam mana pun bila
berbuka puasa mesti nak yang pedas2,,kan??



Kat mana letak nya ?
ok..kalau nak tahu kat mana 2 tempat best ni korang kena baca kat sini..
lebih lengkap..lebih terliur dan lebih buat korang 
tak sabar nak pergi berbuka malam ni..

bab harga jangan risau sebab harga masih lagi standart..
lebih kurang sama je dengan bufet ramadhan yang lain..
klik sini untuk maklumat lanjut berkaitan harga dan menu yang dihidangkan..


sekian..

AWAK DAH KURUS LA..AWAK MAKAN APA??

Assalamualaikum...

"eh..awak dah kurus la..awak makan apa?"
Biasanya bila kita nampak kawan kita yang asalnya gemuk dan sekarang dah kurus
atau dah kurangkan berat badan mesti soalan ni akan keluar??
Sebab kita fikir cara mudah untuk kurus ialah makan produk ataupun kurangkan makan.

Sebenarnya  kalau pun awak kurangkan makan dan amalkan
makan produk untuk kuruskan badan ianya tak kan memberi
kesan yang baik padan badan sebab untuk turunkan berat badan prosesnya
akan lengkap dan lebih berkesan jika awak bersenam.

Bayangkan jika awak kurangkan makan, tahan lapar
dah tentu badan awak cepat letih, awak mudah mengantuk dan aktiviti awak juga terhad.
Tapi jika awak makan dengan sihat, bersenam dan buat aktiviti lasak ke,..
badan awak lebih bertenaga dan awak tak la nampak letih lesu.

Tapi bulan puasa boleh ke bersenam??

Sekarang saya amalkan Diet atkins.
baru 5 hari..sebelum ni saya buat diet kalori..
kira kalori hari2..makanan yang tinggi kalori saya tak ambil..
makan buah, makan sayur semuanya disukat tapi saya bersenam setiap hari..
setiap malam ..

Untuk kali ni saya cuba buat diet atkins. saya nak kan keputusan yang cepat.
hari pertama saya buat atkins saya tak bersenam..berat tak turun sikit  pun
masa saya timbang di hari  ke 3 tu..
malam hari ke 3 tu  saya bersenam macam selalu ..
hari ni saya timbang.
dah turun..

Hari pertama buat atkis berat saya 59 kg..sebelum datang haid bulan
lepas berat 57kg tau..masa datang haid tu berat naik sebab makan tak boleh kawal.
jadi saya mula atkis dengan berat 59.
dan pagi ni saya timbang berat saya  dah menghampiri 55 kg.

jadi kawan2...senaman tu penting sangat..
badan tak lenguh2..muka kita segar sebab kita berpeluh..
lepas tu tidur malam pun nyenyak bukan main..
jadi kalau nak badan sihat bersenam la..
malas bersenam dibulan puasa??buat la solat terawih banyak sikit..:)

Nak berjaya bukan mudah..meh baca kisah2 inspirasi kejayaan 
selebriti2 terkenal ini..Semoga dapat naikkan  semangat korang untuk mengumpul kekayaan..:)


semoga berjaya.


sekian




Thursday, 9 June 2016

APA BEZA WAX, GEL DAN POMADE?

Assalamualaikum...



hari ni saya nak cerita tentang pomade, gel dan wax.
Disebabkan ketiga2-tiga bahan ini semakin ramai yang menggunakan nya.
Tapi sekarang yang popular di gunakan ialah pomade.
Ada pengguna2 gel dan wax juga
yang dah beralih menggunakan pomade.
lagi2 sekarang ni ramai artis2 dan selebriti yang menjual pomade
dengan menggunakan jenama sendiri.
maka disebabkan gaya hidup ramai yang memilih untuk menggunakan pomade..

Tapi apa perbezaan antara wax, gel dan pomade ni??
adakah ianya sama sahaja??

POMADE


Apa itu pomade?
Pomade dihasilkan dengan menggunakan minyak yang menggandungi lemak.
sebab itulah rambut sipemakai akan kelihatan kemas dan  berkilat .
Tapi ada juga pomade yang dihasilkan
dari bahan berasaskan air.
Pomade jenis ini lebih mudah di cuci
kebiasaan nya untuk pemakaian pomade , rambut hanya di sikat ke belakang.
Sesuai untuk mereka yang berambut panjang.
Cara menggunakan nya : hanya sapu di tapak tangan dan
ratakan di seluruh rambut ketika rambut kering.
kemudian sikit rambut mengikut kesesuaian gaya kegemaran anda,



WAX




Wax pulak  dihasilan dari bahan minyak wax atau pun lilin.
Berbeza dengan pomade, pemakaian wax mengambil masa
beberapa jam untuk kering.
Sedangkan pomade memberikan efek berkilat serta merta.
Namun efek kilatan pada wax tidak kekal lama.
tapi ianya tetap memberikan kekemasan pada rambut si pemakai.
cara menggunakan nya: letak di atas tapak tangan gosok dan ratakan pada rambut
ketika rambut sedikit basah untuk kesan yang lebih baik.
kemudian sikat rambut anda..
Jika mahukan rambut yang tidak bersikat rapi
gunakan wax ketika rambut kering..
ramas rambut dari pangkal hungga hujung rambut.


GEL


Gel dihasilkan dari bahan berasaskan air.
namun ada juga yang di campurkan dengan alcohol
yang membuatkan ianya lebih keras dan kuat
bertepatan dengan fungsi gel itu sendiri ialah untuk
mengekalkan gaya fesyen  rambut.
Ada sesetangah gel yang mampu memberikan efek berkilat dan basah seperti pomade.
Cara menggunakan nya: Hanya gunakan ketika rambut anda kering.
sikiat rambut anda dan kesan nya rambut kekal kemas.

Jika anda seorang yang gemar bertopi
penggunaan wax, pomade dan gel tidak sesuai untuk anda.
Ia akan menyebabkan rambut anda rosak .
Semoga artikel ini dapat membantu anda memilih perapi yang sesuai dengan
kegunaan anda menjelang musim perayaan yang akan tiba.


sekian..

PENGASAS PRODUK KECANTIKAN MANA YANG PALING CANTIK?

Assalamualaikum...

Saya follow instagram ramai pengasas produk kecantik.
Ada yang paling cantik dan ada jugak yang paling selekah.
Selekeh tu memang betul2 selekeh tau.rambut sanggul, baju lusuh ,
pakai legging je..Hahah..
Biasanya kalau dah namanya pemilik empayar
syarikat produk kecantikan ni mesti lah sentiasa cantik
Tengok macam dato Vida tu..muka berseri je..hahha...

Tapi hairan la jugak kenapa la ramai pengasas
produk kecantikan ni kalau post gambar kat laman
sosial suka edit2 gambar tau.Ala..dato Siti pun sama jugak..
Padahal dia kan dah cantik..betul tak??
Tertanya2 juga la diaorang ni tak yakin ke dengan produk diaorang tu?
sampaikan ambil gambar sendiri pun nak kena edit, nak kena filter..

nak tengok tak gambar2 pengasas produk kecantikan yang cantik2..
yang tak cantik tu tak masuk senarai la ye..
ada juga yang cantik sebab edit2..
Tapi yang kulit cantik ni walaupun edit tapi kulit diaorang memang dalam kategori cantik..

Dato Siti Nurhaliza- simply Siti

Puteri Zarith- pengasas oilycandy

Amyera- Pengasas Amyera Beauty


Furyna Azmeer- pengasas AuraWhite

NorHasyimah Azmi _ Pengasas Syma Beauty

Ada ramai lagi yang cantik2 tau..
pndapat awak, siapa pengasas produk kecantikan yang awak kenal, yang awak rasakan dalam kategori cantik kulitnya...?


Dah cantik pun nak edit lagi..kalau saya cantik cam diaorang
memang tayang2 je kulit cantik ni..hahahah,,

Tapi tu la...
saya ni kulit memang tak cantik..tak dimanjakan dengan produk2 kecantikan.
ehehehh..jadi bila nak bergambar tu
memang jenuh snap banyak kali..
lepas tu pilih la mana yang elok sikit..edit sikit..bagi putih..ekeke
tu yang nampak elok sikit la..ada la rupa orang..hahahh..

Korang pun kalau nak edit2 gambar sendiri tak de salah pun..
tak pernah dengar lagi kalau edit gambar sendiri masuk penjara..haha..
Tapi kalau nak kan gambar selfir korang cap tangan 
meh baca kat sini tips dan trick cemana nak 
buat gambar selfir korang nampak wow dan semua ornag puji..
semua orang kata lawa, cantik , terbaik..(klik sini)

Try la tau..baca kat sini..
dah baca tu sila la praktik kan.. :D

sekian...