Advertisement

ZIKIR UNTUK LEMBUTKAN HATI ANAK

 ZIKIR UNTUK LEMBUTKAN HATI ANAK | mendidik anak bukan lah perkara mudah. Ianya seperti mencorak sehelai kain putih. Perlu dilakukan dengan berhati-hati dan tanpa putus asa.



Kadang kala sikap anak menguji kesabaran ibu bapa.  Disinilah ujian sebenar ibu bapa dalam mendidik anak-anak agar menjadi anak yang lembut hati dan mendengar kata.

Untuk memastikan anak-anak patuh dan mendengar kata,ada tips tertentu yang boleh anda cuba praktikkan. Tips ini dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew.

Tips Lembutkan Hati Anak


1. Bacalah Ya latif 100 kali dan hembuskan di ubun-ubun anak setiap malam, tatkala anak sedang tidur.

2. Bacalah surah al-Fatihah 1 kali.

3. Baca surah Alam Nasrah 1 kali

4. Bercakap-cakap dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru nama penuh dia dan berbinti ibunya. Contohnya, memberi nasihat dan lain-lain lagi.

5. Sapukan air lebihan wudhu pada muka dan ubun-ubun anak anda di siang hari.

6. Amalkan baca ayat ni ketika anak tido dan hembuskan ke bahagian ubunanak. Kaedah kedua adalah baca ayat ni 19 kali pada air dan bagi anak minum.

In Shaa Allah, berkat sabar dan istiqamah, anak.kita akan mbesar dgn akhlak yng terpuji dan mudah mendengar nasihat. Aaminn.

Zikir Lembutkan Hati Anak




Catat Komen

4 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)