Advertisement

USTAZ EBIT LEW PENDAKWAH YANG DISAYANGI RAMAI

USTAZ EBIT LEW PENDAKWAH YANG DISAYANGI RAMAI | Tahun 2020 nama Ustaz Ebit Lew sering menjadi bualan ramai terutamanya disosial media. Peranan nya dalam membantu ramai yang dalam kesusahan sangat-sangat memberi kesan kepada ramai orang malah apa yang dilakukan Ustaz Ebit Lew turut menjadi ikutan.



Sikapnya yang pemurah dan prihatin terhadap kesusahan rakyat Malaysia sangat-sangat disenangi ramai.Walaupun ada yang mengkritik nya , tapi ada lebih ramai lagi yang sentiasa dibelakangnya menyokong kerja-kerja kebajikan yang dilakukan.

Biodata Ustaz Ebit Lew

 Nama Penuh : Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau

Tarikh Lahir : 21 Disember 1984

Umur: 36 Tahun 

Asal : Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur

Keluarga: Anak ke-3 dari 12 orang adik-beradik

Bangsa : Cina

Agama: Islam

Status : Berkahwin

Pendidikan :

SK Bukit Ridan (1991-1996)

SMK Muadzam Shah (1997-1999)

SM Teknik Johor Bahru (2000-2001)

SMK Abdul Rahman Talib (2002-2003)

Universiti Putra Malaysia (UPM)



Perniagaan Ustaz Ebit Lew

Ramai yang tertanya-tanya apakah perniagaan yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew sehingga dia mampu membantu ramai orang yang dalam kesusahan. 

Ebit Lew juga dikenali dengan beberapa produk perniagaan. Beliau mempunyai syarikat latihan dan motivasi bernama Transform Training & Consultancy dengan produk yang terkenal iaitu seminar motivasi kekeluargaan Keluarga Sunnah. 

Selain itu, beliau juga mempunyai jaringan pasar raya Elewsmart yang mula beroperasi pada 18 Julai dengan pembukaan cawangan pertama di Bandar Baru Bangi.

 Beliau juga mengusahakan produk pakaian di bawah jenama Elew's Design. Selain itu, beliau juga mengusahakan rangkaian kafe restoran di bawah jenama Paramount Coffee House yang beroperasi di tiga cawangan, Bandar Baru Bangi, Putrajaya dan Shah Alam.




Pertubuhan kasih Umat Malaysia

Pertubuhan kasih Umat Malaysia ditubuhkan oleh Ustaz Ebit Lew untuk mengumpul dana bagi membantu mereka yang dalam kesusahan dan mereka yang terdiri dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Bagi mereka yang ingin menyumbang ke tabung Pertubuhan Kasih Umat Malaysia boleh la membuat sumbangan ke akaun dibawah:



Sehingga ke hari ini sudah ramai yang menerima sumbangan dan bantuan dari tabung tersebut.

Ustaz Ebit Lew juga sentiasa mengemaskini aktiviti sumbangan di sosial media nya dan menjelaskan berapa sumbangan yang diberikan pada setiap keluarga agar semua pihak dapat penjelasan yang jelas tentang wang sumbangan mereka.



Ceramah Ustaz Ebit Lew

Selain aktif melakukan kerja amal ,ustaz Ebit Lew juga kerap mengadakan ceramah agama. Banyak video-video ceramah beliau yang boleh ditonton di Youtube.

Tonton Ceramah Ustaz Ebit Lew


Antara video Ustaz Ebit Lew yang mendapat view paling tinggi ialah "Ajaibnya Sedekah" dan "Jangan Sedih, Allah Sedang Beri Yang Terbaik Buat Kita - Ebit Lew"

Terima kasih membaca artikel Ustaz Ebit Lew Pendakwah yang di Sayangi Ramai . Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua.

Catat Komen

7 Ulasan

  1. kebaikan dan amal yang dia buat menjadi contoh dan diikuti ramai orang sekarang.. Alhamdulillah semoga kita pun konsisten melakukan kebaikan

    BalasPadam
  2. semoga syurga buat mu ustaz Ebit

    BalasPadam
  3. tak terbalas byk jasa UEL ni dlm kebajikan dia..

    BalasPadam
  4. Moga setiap kebaikkanya memberi impak besar pada masyarakat dan dirinya serta keluarganya juga dunia hingga akhirat. Aamiin.

    BalasPadam
  5. alhamdulillah..moga Allah permudahkan segala urusannya kerana banyak membantu memudahkan urusan orang lain..

    BalasPadam
  6. UEL ni inspirasi aida.
    ada rezeki lebih, sedekah.
    jgn simpan utk diri sendiri.
    maka, Allah akan beri lebih kpd kita.
    UEL bukannya tak kaya, rumah dia, kereta dia, rangkaian kedai dia.
    Allahu... memang beri inspirasi kpd aida.

    BalasPadam
  7. Syukur di Malaysia ni masih ada yang baik hati sentiasa membantu orang lain tanpa mengira kaum ,agama. Sesiapa saja dia tolong termasuklah bantuan kepada haiwan di zoo.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)