Advertisement

TONTON DRAMA CINTA SEKALI LAGI EPISOD 1-28 (SLOT AKASIA TV3)

DRAMA CINTA SEKALI LAGI  EPISOD 1 - EPISOD 28 (TV3) |  Drama Cinta Sekali Lagi bakal menemui penonton Slot Akasia Tv3 bermula 4 november 2020. Drama lakonan Nelydia Senrose, Saharul Ridzwan dan Hannah Delisha ini akan menemui penonton setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di saluran TV3.



Sinopsis Drama Cinta Sekali Lagi

Mengupas kisah hidup dua adik-beradik iaitu Amanda  dan Amani . Amanda sentiasa dipersalahkan oleh Amani kerana menyebabkan Amani mempunyai parut kekal di tangannya. Rentetan daripada kejadian itu, Amani sentiasa mahu lebih daripada Amanda dalam segala hal.

Amanda baru dilantik sebagai ‘jewellery designer’ di Anggun Jewels. Dia mempunyai masalah dengan Fahad, pengurus di situ. Ibu Fahad, Ungku Nadrah berkenan dengan kebaikan Amanda sehinggalah dia mendapat tahu mengenai sengketa anaknya dengan Amanda. Amani pula sibuk nak berkahwin dengan Ungku Mukhlis, sepupu kepada Fahad bagi memenuhi impian ‘Cinderella’nya untuk hidup senang walaupun dia masih belajar.

Ibu Amanda dan Amani, Puan Nazira  mengenakan syarat iaitu Amani perlu menamatkan pengajiannya dahulu dan pastikan Amanda juga menikah pada hari yang sama. Amani menganggap syarat tersebut sebagai penghalang. Amani lebih berminat dengan rumah banglo keluarga Mukhlis dan tidak tahu mengambil hati orang tua Mukhlis.

Hubungan Fahad dan Amanda semakin buruk dengan hasutan Muiz (Iman Zulkarnain), rakan sekerja mereka yang sentiasa iri hati dengan Fahad. Keadaan menjadi gawat apabila Fahad digantung kerja. Amanda mula menyedari kejahatan Muiz. Dia telah bekerjasama dengan Taqiudin sehingga Muiz tertangkap dan Fahad kembali bekerja. Sejak hari itu, Fahad dan Amanda menjadi rapat. Ungku Nadrah telah melamar Amanda untuk Fahad.

Amani mengimpikan majlis perkahwinan yang gah. Dia amat kecewa apabila keluarga Mukhlis hanya mengadakan majlis secara bersederhana. Impiannya untuk hidup senang bagai Cinderella telah hancur kerana Mukhlis hanyalah lelaki biasa. Amanda dan Amani telah mengandung anak pertama. Amanda dilayan dengan penuh kasih sayang oleh Fahad manakala Amani dan Mukhlis sering dilanda masalah.

Selepas tujuh tahun, Amanda dan Fahad bahagia dengan dua orang anak dan berpindah ke rumah baharu bersama Mak Wan, orang gaji di rumah Fahad. Amani cemburu apabila Mukhlis masih simpan hati pada Farhana sehingga akhirnya dia menyerang Mukhlis di rumah Ungku Nadrah. Amani diceraikan Mukhlis! Amani dan Mukhlis menghilangkan diri selepas bercerai, meninggalkan anak mereka, Fizri di bawah jagaan Fahad dan Amanda.

Amani kembali dan dalam diam, dia menggoda Fahad kerana ingin merampas kebahagiaan milik Amanda. Fahad pula dibutakan dengan nafsu dan terperdaya dengan fitnah yang dibuat oleh Amani. Adakah kejahatan Amani akan terbongkar? Masihkah ada peluang bagi Fahad untuk merayu ‘CINTA SEKALI LAGI’ daripada Amanda?


Pelakon Drama Cinta Sekali Lagi

Saharul Ridzwan - Fahad

Nelydia Senrose - Amanda

Hannah Delisha - Amani

Raja Afiq - Mukhlis

Luqman Hafidz - Dr Izamel

Ezzaty Abdullah - Farhana

Dilla Ahmad - Ungku Nadrah

Iman Zulkarnain - Muiz

Zara Shelby - Danisha 

Alessandra Alyssa - Daniya

JUDUL : CINTA SEKALI LAGI

EPISOD : 28

TARIKH TAYANGAN : 4 November 2020

WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam

SALURAN TV : Slot Akasia TV3

PENULIS SKRIP : Nieza Nahar

PENGARAH : Pali Yahya

PRODUKSI : Suhan Movies & Trading

Soundtrack Drama Cinta Sekali Lagi

Tanpa Rela Misha Omar



Tonton Drama Cinta Sekali Lagi episod Penuh

Cinta Sekali Lagi Episod 1

Cinta Sekali Lagi Episod 2

Cinta Sekali Lagi Episod 3

Cinta Sekali Lagi Episod 4

Cinta Sekali Lagi Episod 5

Cinta Sekali Lagi Episod 6

Cinta Sekali Lagi Episod 7

Cinta Sekali Lagi Episod 8

Cinta Sekali Lagi Episod 9




Catat Komen

1 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)