Advertisement

TELEMOVIE KALIMAH CINTA LAKONAN IDRIS KHAN DAN NINA ISKANDAR

TELEMOVIE KALIMAH CINTA LAKONAN IDRIS KHAN DAN NINA ISKANDAR |   Telefilem Kalimah Cinta ditayangkan di Saluran Tv1 pada 7 November 2020 jam 10 malam. Kalimah cinta menampilkan Idris Khan Bergandingan dengan NIna Iskandar. Telefilem arahan Helmi Yusuf ini di terbitkan oleh Pencil Pictures & Records Sdn Bhd



SINOPSIS KALIMAH CINTA 

Sepasang suami isteri yang hidup dengan penuh kasih sayang. Kesibukan isteri bekerja menyebabkan suami mula curang dengan perempuan lain sehingga disahkan mengidap HIV. Isteri kecewa dengan situasi tersebut apatahlagi bila pada waktu sama majikannya berterus-terang sukakannya.

Aulia terlalu mencintai suaminya, Muslim. Apatahlagi dengan sikap Muslim yang melayannya dengan sungguh romantik dan selalu bermadah tentang cinta. Muslim sering membuat kejutan-kejutan cinta buat isterinya. Sementara itu, Rahmat yang merupakan majikan Aulia selalu memberi banyak kerja sehingga beliau terpaksa pulang lewat.  

Tiba-tiba satu hari mereka dikejutkan dengan kejadian Muslim yang terlibat dengan kemalangan jalan raya dan dimasukkan ke ICU dalam keadaan koma. Aulia meminta cuti sebulan tetapi Rahmat tidak membenarkannya. Perasaan Aulia mula bercampur baur dengan rasa marah dan mengharapkan pertimbangan majikannya. 

Rahmat mula berbaik dengan Aulia kerana beliau sebenarnya telah jatuh hati dengan Aulia. Ketika Aulia melawat Muslim di hospital, beliau dikejutkan dengan kehadiran seorang perempuan yang dilihat sedang melayan Muslim dengan mesra. 

Aulia kecewa dan hatinya remuk dengan insiden tersebut. Hidup Aulia semakin gelap apabila Muslim disahkan mengidap penyakit HIV.

Pelakon Drama Kalimah Cinta

Nina Iskandar

 Idris Khan

 Wanna Ali

 Akmal Ahmad


Soundtrack Telemovie Kalimah Cinta
iamNeeta - Sakit



Catat Komen

2 Ulasan

  1. drama yg kreatif olahan kisahnya menarik ditonton ni

    BalasPadam
  2. Ohh esoknya ceritanya. ingatkan dah ditayangkan. Bolehlah tengok online nanti

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)