Advertisement

TARIKH PEPERIKSAAN SPM 2020 DAN JADUAL PEPERIKSAAN SPM

TARIKH PEPERIKSAAN SPM 2020 DAN JADUAL PEPERIKSAAN SPM | Kementerian Pendidikan hari ini mengumumkan tarikh Peperiksaan SPM 2020  bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Sebelum ini Tarikh Peperiksaan SPM di tetapkan pada Januari 2021.
Namun disebabkan kes Covid 19 yang kembali meningkat kementerian mengubah tarikh tersebut 



Tentunya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)  tahun 2020 tertanya-tanya sama ada perkembangan situasi ketika ini memberi kesan kepada mereka?  

Mengambil kira situasi semasa, KPM telah membuat keputusan untuk meminda tarikh peperiksaan tersebut. Peperiksaan SPM/SVM/STAM akan bermula pada 22 Februari 2021. 

Manakala, peperiksaan STPM pula akan bermula pada 8 Mac 2021. Perincian tentang semua peperiksaan awam ini akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat. 

Bagi membantu calon-calon peperiksaan awam tahun 2020 membuat persediaan secukupnya sebelum menduduki peperiksaan, KPM memutuskan bahawa mereka akan 

menyambung persekolahan secara bersemuka di sekolah masingmasing mulai 20 Januari 2021. KPM berharap ruang yang ada ini akan dapat memberi manfaat kepada calon yang terkesan dengan penutupan sekolah. 

Kesemua ketetapan ini juga terpakai kepada sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM. Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga disaran untuk mengikuti ketetapan ini.

Jadual peperiksaan SPM  2020 akan dikemaskini kemudian

 

Catat Komen

6 Ulasan

  1. Apa pun situasi, moga setiap calon yang bakal menduduki peperiksaan Allah permudahkan urusannya. Guru-guru yang mengawasi atau mengajar pun tenang mengendali.

    BalasPadam
  2. semoga dipermudahkan semua urusan pelajar kita ni. sukar juga bila jadual sering berubah.

    BalasPadam
  3. ditunda tahun depan ye. Semoga masa yang ada mereka buat persediaan terbaik untuk exam tahun depan.

    BalasPadam
  4. Anak sy pun tahun depan baru exam katanya

    BalasPadam
  5. anak2 yg nak exam kena cakna jadual kementerian pendidikan ni

    BalasPadam
  6. kesian anak2 tingkatan 5 batch 2020 ni.. ujian untuk diorang..
    emosi dan fizikal..

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)