Advertisement

SINOPSIS TELEFILEM LINE PUAKA ASTRO CITRA


SINOPSIS TELEFILEM  LINE PUAKA ASTRO CITRA

JUDUL : LINE PUAKA

WAKTU SIARAN : Sabtu, 14 November 2020, 9:00 malam  

SIARAN TV : Astro Citra 128 & HD 108

PENGARAH : Rahim Zali

PRODUKSI : Suar Channel Sdn Bhd


PELAKON : 

Johan As'ari

 Kodi Rasheed

 Diana Danielle

 Laila Nasir

Zaidi Omar

Hasmir Azmi


Sinopsis Line Puaka

Am mengenali seorang gadis bernama Maya di instagram.Walaupun dia sudah mempunyai tunangan, Wati,  namun dia masih tetap melayan mesej-mesej peribadi dari Maya tanpa pengetahuan Wati. Sejak kehadiran Maya, Am mula menjauh dari Wati.Setiap panggilan telefon dari Wati diabaikan.

Lama-kelamaan Am semakin menyukai Maya. Maya hanya dikenali melalui instagram. Am tidak tahu no telefon Maya dan dimana Maya tinggal. Namun apa yang peliknya tentang Maya ialah, dia tahu semua perkara tentang Am ,seolah-olah Am diperhatikan

Satu hari Maya memberitahu alamat tempat tinggalnya pada Am, tapi sebaik sahaja Am pergi ke alamt yang diberikan, ianya adalah tanah perkuburan. Tidak putus asa mencari , Am akhirnya sampai di satu rumah seperti yang digambarkan Maya dalam mesej nya.

Dalam rumah tersebut dia bertemu seorang wanita. Wanita tersebut memberitahu Am yang Maya sudah lama meninggal dunia. Am tidak percaya dengan  kata-kata wanita tersebut. 



Catat Komen

6 Ulasan

  1. nak tengok... sekarang ni banyak drama online tengah layan, hihi

    BalasPadam
  2. Takutnya. Kena tgok ni nanti.

    BalasPadam
  3. alaa macam best pulak walaupun tak berani nak tengok sorang2..huhu

    BalasPadam
  4. ok, boleh masuk list cerita nak tengok hehe

    BalasPadam
  5. Belum sempat tengok lagi telefilem ni. nanti nak tengok kalau ada masa.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)