Advertisement

SINOPSIS FILEM TOWN MALL LAKONAN REEN RAHIM DAN EIZLAN YUSOF

SINOPSIS  FILEM TOWN MALL LAKONAN REEN RAHIM DAN EIZLAN YUSOF | Town Mall ialah sebuah filem seram Malaysia 2020 arahan sulung pelakon Eizlan Yusof, dibintangi oleh Eizlan sendiri bersama-sama dengan Reen rahin, dan Intan Ladyana. Filem ini diadaptasi dari novel 2015 bertajuk sama karya Hasrudi Jawawi. Filem ini berdasarkan dari satu kisah benar dan ditayangkan pada 26 Jun 2020.



Sinopsis Filem Town Mall

Filem ini mengisahkan Rusdi yang ditugaskan untuk memantau satu projek pembinaan yang terbengkalai. Rusdi mempunyai seorang isteri bernama Maria. Kehidupan mereka bahagia dan mewah.  

Projek terbengkalai tersebut turut menarik minat Akma, seorang wanita dari Bouwen Sdn.Bhd yang akan bekerjasama dengan Rusdi.

Pertemuan dengan Akma mengingatkan Rusdi kepada seorang wanita beberapa tahun lepas. Tapi Rusdi percaya ianya tiada kaitan dengan wanita tersebut.

Akma juga muncul di depan depan rumah Rusdi dan berkenalan dengan Maria. Sejak itu hubungan Akma dan Maria rapat.

Akma juga pernah muncul secara tiba-tiba di tapak pembinaan ketika Rusdi sedang melawat projek terbengkalai tersebut. Tapi selepas itu Rusdi mendapat panggilan telefon dari Akma yang menjelaskan dia tidak dapat berjumpa Rusi di tapak pembinaan. 

Rusdi yang berasa keliru dengan keadaan tersebut terus berasa sangsi dan curiga dengan kehadiran Akma. Segala tentang Akma sangat misteri baginya.

10 tahun yang lalu sekumpulan lelaki telah menanam mayat seorang wanita didalam lantai bangunan tersebut. Wanita tersebut mempunyai kaitan dengan projek pembinaan disitu. 

Namun yang menjadi persoalan apakah kaitan Akma, Rusdi dan wanita yang sudah meninggal itu?




Town Mall

Pengarah: Eizlan Yusof

Penerbit: Zainuddin Ismail

Penulis: Subroto Katimin

Syarikat penerbitan: Enuja Production

Tarikh tayangan: 26 Jun 2020

Negara: Malaysia


Pelakon:

Eizlan Yusof

Reen Rahim

Intan Ladyana

Nynaa Harizal

Adam Shahz

Jalaluddin Hassan

Erry Putra

Hafizuddin Fadzil

Nor Albaniah

Ku Faridah

Farahdhiya


Catat Komen

5 Ulasan

  1. tgk iklan aritu macam menarik...jadi akma yg die jumpa tu siapa? ayoyo...nak tgk la.

    BalasPadam
  2. Dah tgk.. sedih.. laki bini mati.. akibat syaitan.... hm. hmmmm

    BalasPadam
  3. alahai tengok poster pun dah rasa maca cerita seram.
    so kak pip tak nak layan.
    almaklumlah, kita ni penakut.

    BalasPadam
  4. Banyak juga cerita seram yang ditayangkan sekarang.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)