Advertisement

SINOPSIS FILEM RATU KALA JENGKING: PUTERI KERANDA


SINOPSIS FILEM RATU KALA JENGKING: PUTERI KERANDA

Tarikh tayangan: 27 Februari 2020 (Malaysia)

Pengarah: Bade Hj. Azmi

Disunting oleh: Mat Bross

Bahasa: Melayu

Muzik oleh: Yusry Abd Halim

Pelakon:

Nadia Brian.

Eyra Hazali

 Fizz Fairuz

Mas Khan

 Fauziah Nawi

Sinopssis Filem Ratu Kala Jengking : Puteri Keranda 

Filem ini mengisahkan tentang Siti seorang gadis cantik yang tinggal bersama ibunya didalam sebuah kampung. Siti mempunyai seorang kekasih bernama Awang . Dalam Diam , Mawar yang juga kawan baik Siti  juga sukakan Awang. 

Tak lama kemudian tiba-tiba sahaja wajah Siti memburuk dan menyebabkan Awang mula menjauhkan diri dari Siti. Siti berasa sedih. Dia sering keseorangan.Tapi kehadiran Nadim membuatkan dia tidak terlalu memikirkan tentang wajahnya.

Nadim menyukai Siti tapi dia hanya memendam perasan kerana dia sedar siapalah dirinya jika hendak dibandingkan dengan Siti.

Walaupun Mawar sudah berjaya merampas Awang dari Siti tapi dia masih belum berpuas hati.Dia kemudian nya menghasut Siti untuk menemui nenek kebayan di atas Gunung Panti dan mendakwa hanya nenek kebayan sahaja yang mampu mengubati wajah Siti. 

Tanpa kebenaran ibunya, Siti melarikan diri dari rumah dan mula mencari Nenek Kebayan diatas gunung.Sesudah menemui Nenek Kebayan, hari demi hari wajah Siti kembali cantik. Sebelum Siti pulang ke kampung, Nenek kebayan menerangkan ada pantang larang jika Siti mahu mengekalkan kecantikan nya iaitu jangan derhaka dan melukai hati ibunya..

Tonton Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda Full Movie



Catat Komen

0 Ulasan