Advertisement

SINOPSIS FILEM M4M4 LAKONAN NABILA HUDA DAN FAIZAL HUSSEIN

 


SINOPSIS FILEM M4M4 LAKONAN NABILA HUDA DAN FAIZAL HUSSEIN|

Tarikh tayangan: 6 Februari 2020 (Malaysia)
Pengarah: Eyra Rahman
Penulis: Faten Syamimie
Penerbit: Mokharul Shamsul Mokhtar

Pelakon:

Nabila Huda
Bella Dowanna
Eyra Hazali
Faizal Hussein

Sinopsis Filem M4M4


Aini  (Nabila huda) seorang ibu tunggal kematian suami kini hidup bersama anak perempuan nya yang berusia 15 tahun. Dia mencurahkan seluruh kasih sayang kepada anaknya Alya.  Alya mempunya 2 orang sahabat yang sentiasa bersamanya iaitu Elly dan Daniel.

Satu hari ketika Alya, Daniel dan Elly makan disebuah gerai tiba-tiba mereka diganggu sekumpulan lelaki. Kerana marah dengan perlakuan salah seorang dari mereka yang menyentuh Alya, pergaduhan pun berlaku. Alya yang sangat marah terus menyimbah sup panas kepada salah seorang dari mereka.

Beberapa hari selepas kejadian, ketika Alya berada diperhentian bus dia didatangi lelaki-lelaki yang pernah mengganggunya beberapa hari lepas. Mereka menarik Alya dan membawanya ke satu bangunan lama.

Disiitu Alya diperlakukan dengan tidak sepatutnya oleh lelaki-lelaki tersebut. Alya pulang kerumah dengan kesan kecederaan , lemah dan tidak bermaya. Sebagai seorang ibu Aini membantu Alya yang masih trauma. Alya sudah tidak seperti dulu. Dia selalu termenung dan murung.

Satu hari Alya menerima kiriman Video yang menunjuk kan apa yang lelaki-lelaki durjana itu lakukan pada Alya. Alya yang baru sahaja ingin sembuh dari trauma nya kini berasa takut namun dia berani kan diri untuk bersemuka dengan lelaki-lelaki tersebut.

Dia pergi ke bangunan lama tempat dimana dia dibawa oleh lelaki-lelaki itu. Disana dia sekali lagi hampir di p3rkos4 tapi dia melawan. Dan ketika dia hendak melarikan diri tiba-tiba dia jatuh dari bangunan dan mati.

Kecewa dengan apa yang berlaku pada anak kesayangan nya, Aini mula bertindak sendiri mencari tahu dan memberi hukuman kepada lelaki-lelaki yang menyebabkan kematian anaknya...

Tonton Filem M4M4 Full Movie



Catat Komen

3 Ulasan

  1. fuh! hebat cerita ni. cast dia pun hebat2 belaka

    BalasPadam
  2. sgt sedih citer ni.
    bagaiman sorang mak membalas dendam atas kematian anaknya.
    sayu bila tgk keadaan nabila huda yg stress mengenangkan anak dia.
    anak da la sorang, kan.
    diperkosa, didera emosi dgn begitu teruk. Allahu Akbar.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)