Advertisement

SINOPSIS FILEM JODOH SYAITAN FILEM TERAKHIR ABAM BOCEY

SINOPSIS FILEM JODOH SYAITAN FILEM TERAKHIR ABAM BOCEY | Jodoh Syaitan ialah filem seram komedi Malaysia 2020 arahan Ismail Bob Hashim dengan skrip oleh Epy Kodiang. Filem ini dibintangi oleh Soffi Jikan, Aprena Manrose, Abam Bocey dan ramai lagi. Filem ini merupakan filem kedua terbitan Da Motion Media dan dikeluarkan pada 5 Mac 2020. Ia merupakan filem terakhir lakonan Abam Bocey yang meninggal dunia sebulan sebelum dikeluarkan dan ia ditujukan khas dalam ingatannya.


Sinopsis Filem Jodoh Syaitan 

Filem ini mengisahkan Megat yang selalu kecundang dalam percintaan. Berbagai cara digunakan Megat untuk mendapat kan cinta si gadis namun tidak pernah berjaya. Megat akhirnya mengikut kata ibunya yang ingin kan dia pulang ke kampung.

Sebaik tiba di kampung Megat terkejut kerana ada seorang gadis tinggal dengan ibunya. Pertama kali memandang Mawar hati mya sudah terpikat dan dia jatuh cinta dengan Mawar. Rancangan ibunya untuk mengahwinkan Megat dengan Mawar berjalan dengan lancar.

Mawar seorang gadis yang entah dari mana asalnya. Dia muncul di depan Ibu Megat dalam keadaan yang menyedihkan. Sejak itu ibu Megat lah yang menjaga Mawar seperti anaknya sendiri. Dia sangat sayangkan Mawar. 

Satu hari Megat mengajak Awang dan Kulup datang kerumahnya. Dia ingin memperkenalkan bakal isterinya kepada kawan-kawan baiknya. Awang dan Kulup sangat terkejut saat pertama kali melihat Mawar. Mereka tahu Mawar bukan lah manusia biasa tetapi seorang puntianak.

Awang dan kulup cuba untuk memberitahu Megat siapa mawar yang sebenarnya tapi mereka di ganggu Mawar dan tidak berani untuk mendekati Megat.


Pelakon

Soffi Jikan

Aprena Manrose

Abam Bocey

Jay Iswazir

Kamarool Haji Yusoff

Fauziah Nawi

Soundtrack Filem Jodoh Syaitan

Bersama Tak Selamanya - Daqmie ft Alfa & Rumie


Catat Komen

1 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)