Advertisement

SINOPSIS FILEM ADA APA DENGAN DOSA LAKONAN WANNA ALI DAN FASHA SANDHA

SINOPSIS FILEM ADA APA DENGAN DOSA LAKONAN WANNA ALI DAN FASHA SANDHA | Ada Apa Dengan Dosa ialah sebuah filem drama keagamaan Malaysia 2020 arahan Rahila Ali terbitan Pencil Pictures & Records. Filem ini ditayangkan pada 4 Jun 2020 di Astro First . Filem ini dibintangi oleh beberapa pelakon hebar seperti Fasha Sandha dan Fauziah nawi.

Sinopsis filem Ada Apa Dengan Dosa

Aurora dibesarkan oleh keluarga non muslim di Edinburgh. Sekian lama dia menyangkakan keluarga tersebut adalah keluarga kandungnya, rupa-rupanya mereka adalah keluarga angkat yang menjaganya sejak dia lahir.

Aurora berasa sedih dan kecewa. Dia cuba membunuh diri tapi dia dapat diselamatkan. Selepas sedar dia  kemudian nya memutuskan untuk mencari keluarga kandungnya.

Aurora mengenali khalid melalui Azman. Disebabkan Aurora terpaksa menyiapkan tugasan dalam Bahasa Melayu, Aurora meminta bantuan Khalid untuk membantunya memahami bahasa Melayu dengan lebih baik. Sejak itu hubungan mereka rapat.



Bukan sahaja belajar bahasa Melayu, dia juga mengetahui sedikit sebanyak tentang Islam. 

Selepas mengetahui keluarga kandungnya berada di Malaysia, Aurora pun pergi ke Malaysia dengan bantuan Khalid.

Sampai sahaja di alamat tersebut mereka bertemu dengan nenek Aurora. Malangnya ibu kandung Aurora sudah berpindah .

Mereka kemudian nya menuju ke rumah ibu Kandung Aurora, puan Siti Zaharah.  Aurora sangat gembira berjumpa ibunya tapi Siti Zaharah terkejut dan susah untuk menerima Aurora.

Siti Zaharah tidak mengakui Aurora adalah anak yang ditinggalkan dirumah anak yatim 19 tahun dahulu. Rintihan dan rayuan Aurora langsung tidak diendahkan Siti Zaharah.



Pelakon: 

Wanna Ali

Haris Ismail

Fauziah Nawi

Fasha Sandha

Ashraf Muslim

Adam Corrie Lee

Soundtrack Filem Ada Apa Dengan Dosa

Hakikat Jiwa - Alyah


Catat Komen

2 Ulasan

  1. Belum tengok lagi citer ni.
    Baca sinopsis macam teringin pulak nak tengok lagipun suka tengok FS berlakon.

    BalasPadam
  2. Gandingan pelakon-pelakon hebat ni.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)