Advertisement

SEPAHTU REUNION LIVE 2020 MINGGU 6 ( YANG LEBIH KAU CINTA )

SEPAHTU REUNION LIVE 2020 MINGGU 5 ( YANG LEBIH KAU CINTA ) Sepahtu Reunion kembali lagi dengan musim ke dua. Tajuk persembahan pada minggu ke 6 ialah Penunggu Penambang. Sepahtu Reunion disiarkan setiap setiap Khamis jam 9.00 malam di Astro Warna (107). Untuk minggu ini artis undangan ialah Datin Elvina dan Hazama. 



Sinopsis:

Setiap hari Pak Murad akan menunggu isterinya di penambang. Sikapnya itu tidak disukai oleh Hj Bakar yang juga ketua kampung Sg. Ketam. Bagi orang-orang kampung, isteri Pak Murad sudah mati tapi tdak bagi Pak Murad.

Pak Murad mempunyai seorang anak bernama Ali, Tapi Ali sudah lama tidak pulang ke Kampung kerana dihalau oleh Pak murad kerana pernah membuat onar.

Dahulu Pak Murad adalah ketua Kampung Sg. Ketam. Tapi jawatan tersebut telah diambil alih oleh Hj Bakar. Jiman Yang juga menantu Hj Bakar adalah orang kanan Hj Bakar. Dia seorang yang taat kepada bapa mertua nya.

Tapi Jiman dan Embun masih belum menimang cahaya mata walaupun telah lama berkahwin.Perkara tersebut sangat mengecewakan Hj Bakar. Embun menyalahkan Hj bakar dalam hal tersebut kerana Hj Bakar pernah memaksa Embun menggugurkan kandungan nya dahulu. Embun merasakan itu adalah pembalasan kepada keluarga nya.

Watak:

Shuib - Pak Murad

Jepp- Jiman

Rahim- Hj Bakar

Pak Ya - Rushdi

Datin Elvina - Embun

Hazama - Ali / Pegawai Daerah

Tonton Sepahtu Reunion Live 2020 Minggu 6

Catat Komen

1 Ulasan

  1. Lately baru rasa kelakar sikit episod sepahtu reunion ni :)

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)