Advertisement

SENARAI KOREAN DRAMA 2020 YANG MENARIK DAN WAJIB TONTON

SENARAI KOREAN DRAMA 2020 YANG MENARIK DAN WAJIB TONTON| Khas untuk semua peminat-peminat Kdrama, tahun 2020 ada banyak kdrama menarik yang boleh korang tonton. Tahun ini antara drama yang mendapat perhatian ialah Psycho But It's Okay, Hospital Playlist, The World of a Married Couple dan banyak lagi.

Berikut adalah senarai Korean drama 2020 yang disiarkan sepanjang tahun 2020

1. Yoobyeolna! Chef Moon / Unique ! Chef Moon

Genre: Food, Comedy, Romance, Drama, Melodrama


Sinopsis: Moon Seung-Mo seorang chef terkenal. Selepas kematian kedua ibu bapanya akibat kebakaran dia berpindah ke Seoha. Disana dia mengenali Yoo Yoo-Jin, seorang pereka fesyen yang terkenal dan kaya. Yoo Yoo Jin hilang ingatan disebabkan satu kemalangan.


2. Hospital Playlist / Wise Doctor Life

Genre:Life, Drama, Medical



Kisah 5sahabat yang bekerja di hospital. Mereka bersahabat baik sejak belajar di universiti perubatan. Pelbagai perkara sedih dan lucu. Mereka juga mempunyai band muzik.


3. Rugal

 Genre: Thriller


Kang Ki Beom seorang detektif yang menyiasat jenayah kumpulan Argos.
Isteri dan anaknya dibunuh dan matanya dibutakan.Ketika dia sedar dia terlantar di hospital dan dia di tuduh melakukan pembunuhan tersebut.

4. The World of a Married Couple

Genre: Romance, Drama, Family



Sinopsis: Ji Sun Woo  ialah seorang doktor. Dia berkahwin dengan Lee Tae Oh dn mereka mempunyai seorang anak lelaki. Nampak seperti keluarga bahagia tapi dia dikhianati oleh suaminya dan orang ke tiga


5. Memoir of the Man

Genre: Romance, Drama, Melodrama




Sinopsis: Lee Jung-Hoon bekerja sebagai pembaca berita di sebuah stesyen penyiaran. Dia mengidap hyperthymesia, suatu keadaan dimana dia boleh mengingat setiap saata perkara dalam hidupnya. Dia bertemu dengan Yeo Ha-Jin adalah seorang pelakon terkenal. Yeo Ha-Jin Ingin  melupakan masa lalunya.

6. I Have Been There Once

Genre:  Drama, Family



Sinopsis: Song Young-Dal  dan Jang Ok-Boon  sepasang suami isteri yang mempunyai  4 orang anak: Joon-Sun, Ga-Hee, Na-Hee dan Da-Hee. 

Anak ketiga Na-Hee adalah seorang doktor dan dia bekerja dengan suaminya Doktor Kyu-Jino dihospital yang sama. Mereka jatuh cinta belajar dan berkahwin, tetapi perkahwinan mereka  bermasalah

Sementara itu, anak pertama Joon-Sun dan anak kedua Ga-Hee telah bercerai dan tinggal bersama Song Young-Dal  dan Jang Ok-Boon. 

7. Team Bulldog: Off-duty Investigation

Genre:  Action, Crime, Investigation



Sinopsis: Jin Kang-Ho ialah seorang pegawai polis yang cekap dan efektif. Dia akan menangkap penjahat dengan berbagai cara . Tapi dia tidak serasi bekerja  dengan pegawau  lain.  
Jin Kang-Ho dan Kang Moo-Young, seorang penerbit rancangan penyiasatan tv  tiba-tiba bertemu dan mereka mula bekerja sama dalam kes-kes yang tidak boleh diselesaikan.

8. How to Buy a Friend

Genre: Drama, school, Friendship



Sinopsis: Park Chan-Hong ialah seorang pelajar sekolah menengah. Dia memiliki bakat menulis dan ibu bapanya selalu memberi tekanan padanya supaya belajar dengan lebih tekun. Park Chan-Hong berkawan baik dengan Eom Se-Yoon  yang bersekolah disekolah yang sama 

9. The King: Eternal Monarch

Genre:  Historical, Romance, Drama, Sci-Fi, Fantasy




Sinopsis: Drama ini mengisahkan tentang pintu masuk ke dunia lain yang sama dengan dunia sebenar.
Lee Goon seorang Raja dan pemimpin dalam sebuah negara di dunia pararel. Satu hari dia menemui satu pintu keluar dari dunianya sendiri.

10. When My Love Blooms

Genre:  Romance, Drama, 


Sinopsis: Han Jae-Hyun ialah seorang lelaki berusia 40-an. Dia kacak, berjaya dan seorang yang bercita-cita tinggi. Dia mengejar kekayaan dan kehormatan. Ketika dia masih seorang mahasiswa dia seperti orang yang berbeza. Dia adalah ketua mahasiswa dan  Cinta pertamanya ketika waktu itu ialah Yoon Ji-Soo

Dia bertemu Yoon Ji-Soo beberapa tahun selepas dia berkahwin. Yoon Ji-Soo ialah seorang wanita berusia 40-an. dia seorang ibu tunggal dan hidupnya mengalami kesulitan selepas berpisah dengan suaminya

11. Fatal Promise

Genre:  Romance, melodrama, 



Sinopsis: Cha Eun-Dong  ialah gadis yang  menentang ketidakadilan. Ini meyebabkan dia dan keluarganya menghadapi situasi yang sulit. Kang Tae-In membuat janji kepada Cha Eun-Dong. Janji itu sangat penting bagi Cha Eun-Dong dan keluarganya, tetapi dia melanggar janji tersebut dan menghancurkan keluarga Cha Eun Dong.


12. Born Again

Genre:  Romance, melodrama, Thriller



Sinopsis: "Born Again" menceritakan kisah 3 orang yang terlibat pada 1980-an dan hari ini mereka dilahirkan kembali.

Bagaimana kah takdir mempertemukan mereka pada masa kini.

13. Good Casting

Genre:  Thriller, action, comedy




Sinopsis: Baek Chan-Mi dihukum kerana kes yang gagal diselesaikan dan dia bekerja di pasukan keselamatan. Baek Chan-Mi kemudian ditugaskan untuk menyamar dalam satu kes yang melibatkan kecurian kekayaan intelektual di sebuah syarikat terbesar Korea.


14. Human Class (Extracurricular)

Genre:  Crime



Sinopsis: Drama Korea “Human Lessons” mengisahkan tentang  Ji-Soo, murid sekolah menengah yang pandai. Akan tetapi untuk meneruskan oersekolahan nya dia membuat sesuatu yang terlarang. Ianya menyebabkan Ji Soo terjerumas ke arah kejahatan yang lebih serius dan menjadikan dia seorang yang jahat.


15. Brilliant Heritage

Genre: Melodrama, Family, Romance


Sinopsis: Drama Brilliant Heritage mengisahkan tentang seorang wanita yang berusia 33 tahun dan dia belum berkahwin
Tetapi, pada suatu hari, dia memutuskan untuk berkahwin dengan seorang jutawan yang lebih tua darinya.Lelaki tersebut berusia 80 tahun dan dia ingin keluarga yang bahagia bersama 4 anak lelaki nya yang kacak.

16. Mom Has an Affair

Genre: Romance, Drama, Family



Sinopsis: Drama keluarga  tentang seorang ibu tunggal yang ingin berkahwin dengan lelaki kaya kerana anak-anaknya yang ingin mempunyai ayah seperti orang lain.

17. Going Out

Genre: Drama, Family


Sinopsis: Jung Eun danWoo-cheol telah mendirikan rumah tangga selama selama 14 tahun dan mereka mempunyai seorang anak perempuan. Woo-cheol bekerja sebagai penerbit di stesyen radio.

Jung Eun sibuk mengurus keluarga dan juga bekerja. Disebabkan itu ibunya datang kerumah untuk membantu malangnya berlaku satu tragedi. 

18. Oh My Baby

Genre: Romantic-Comedy




Sinopsis: Jang Ha-Ri seorang wanita bujang berusia 39 tahun. Dia bekerja sebagai manager di syarikat majalah "The Baby." Dia memiliki penampilan yang cantik, tetapi sudah 10 tahun dia belum pernah mempunyai hubungan cinta . Ini karena Jang Ha-Ri seorang yang suka bekerja

Walaupun tidak pernah memikirkan tentang perkahwinan jauh dalam sudut hatinya dia ingin mempunyai anak. 

19. Soul Mechanic

Genre: Romance, Life, Drama, Medical



Sinopsis:  Lee Shi-Joon adalah seorang pakar sakit jiwa disebuah hospital. Dia sangat sukakan kerjanya. Han Woo-Joo seorng artis yang sedang m,eningkat naik namanya. Dia jujur   dan memiliki integriti. Dia sangat sukakan kerjayanya sebagai seorang artis.


20. Wind and Cloud and Rain

Genre: Historical, Romance, Drama, Fantasy, Supernatural



Sinopsis:  Choi chun-joong  adalah pembaca wajah terbaik di Joseon. Dia dilahirkan dalam keluarga yang berpengaruh, tapi keluarganya terbunuh.
Dia menyedari masa depan Joseon dan mencuba mengubahnya. Dia juga mengabdikan hidupnya pada wanita yang dicintainya. Lee bong-ryeon , seorang puteri Raja.

21. Kkondae Intern / Old School Intern

Genre: Business, Comedy, Drama



Sinopsis:  Yeol-chan bekerja di sebuah syarikat milik Lee Man Shik, Bosnya seorang yang suka berfikir cara lama. Kerana sukar menerima keadaan itu Yeol  Chan berhenti Kerja dan bekerja di kilang ramen. Dia bekerja keras dan dinaikkan pangkat dalam masa singkat. Satu hari seorang pegawai senior yang baru masuk bekerja dan ditugaskan bersama Yeol Chan. Pegawai tersebut ialah Lee Man Shik.

22. Mystic Pop-up Bar

Genre: Mystery, Drama, Fantasy



Sinopsis:  Ssanggab Cart Bar hanya buka di malam hari. Wol-Joo yang mengusahakan perniagaan menjual makanan dan minuman. Namun ada misteri disebalik kedai makan nya itu. Pelanggan yang mengunjungi Ssanggab Cart Bar bukan lah orang biasa sahaja tapi juga hantu.

Sambil minum  dan makan pelanggan Ssanggab Cart Bar diberi peluang untuk meluahkan masalah mereka dan Wol-Joo akan mencuba untuk menyembuhkan luka mereka.

23.  Would You Like To Have Dinner Together

Genre: Romance


Sinopsis:  Seorang lelaki dan perempuan masuk ke dalam sebuah restoran. Oleh kerana mereka tidak mempunyai pasangan untuk makan bersama , mereka bersetuju untuk duduk dan makan bersama.

Setelah pertemuan itu,  mereka kerap bertemu dan makan malam bersama setiap minggu. Mereka saling mengenal melalui makan malam.

24. My Unfamiliar Family

Genre: Drama, Family


Sinopsis:  Drama ini mengisahkan mereka yang ingin menghabiskan masa bersama keluarga tapi disebabkan masa mereka kadangkala diabaikan. Mereka bertemu orang lain dan mula berkongsi perasaan dan masalah. Ada masanya keluarga sendiri bagaikan orang asing tapi orang asing bagaikan keluarga 
 

25. Psycho But It's Okay

Genre: Psychological, Comedy, Romance, Drama, Fantasy, Melodrama



Sinopsis:  Sebuah kisah tentang seorang lelaki  bernama Moon Kang-Tae yang bekerja di pusat pakar jiwa dan seorang wanita, dengan gangguan kepribadian antisosial, yang merupakan penulis popular buku kanak-kanak.  

26. Backstreet Rookie

Genre: Action, Comedy, Romance, Drama 



Sinopsis:  Choi Dae-Hyun bertemu dengan sekumpulan pelajar perempuan sekolah menengah.
Gadis-gadis tersebut kelihatan seperti pelajar yang selalu membuat masalah. Salah seorang darinya ialah  Jung Saet-Byeol . Jung Saet-Byeol meminta Choi Dae-Hyun untuk  membeli rokok dari sebuah kedai. Selepas membelikan rokok dia mendapatkan nombor telefon  tetapi Jung Saet-Byeol  tidak pernah menelefon nya

4 tahun kemudian, Choi Dae-Hyun berusia 33 tahun. Dia menjalankan sebuah kedai serbaneka kecil setelah dia berhenti dari pekerjaannya di sebuah syarikat besar. Dia mencari pekerja part time untuk bekerja shift malam dikedainya. Jung Saet-Byeol datang ke kedainya dan dia pun diterima bekerja. 

27. That Guy Is The Guy

Genre: Comedy, Romance, Drama, Fantasy 



Sinopsis:  Seo Hyun-Joobekerja sebagai pereka webcomic. Dia memutuskan untuk kekal bujang selamanya tetapi tiba-tiba muncul 2 lelaki yang menyukainya: Hwang Ji-Woo dan Park Do-Gyeom . Hwang Ji-Woo adalah CEO  sebuah farmasi. Park Do-Gyeom ialah seorang penulis webcomic yang popular. 


28.  Was It Love

Genre: Comedy, Romance, Drama


 
Sinopsis:  Noh Ae Jung, seorang produser filem dan ibu tunggal selama 14 tahun. 
Seorang penulis novel tiba-tiba muncul dan menjadi masalah terbesar dalam hidup Noh Ae Jung. Lelaki tersebut ialah bekas kekasihnya 14 tahun dulu.

29. Flower of Evil

Genre: Suspense, Thriller, Romance, Drama, Melodrama, Investigation 



Sinopsis: Baek Hee Sung seorang suami yang ideal. Dia seorang yang rajin bekerjadan  penyayang. Tapi disebalik semua itu, Baek Hee Sung mempunyai sisi gelap yang sukar untuk ditempuh. 

30. Graceful Friends

Genre: Mystery, Crime, Drama


Sinopsis: Kisah sekumpulan pasangan dengan kehidupan moden yang mencabar. Salah satu pasangan tersebut ialah  Ahn Goong-Cheol dan Nam Jung-Hae . Mereka menikmati hari-hari seperti biasa. Tiba-tiba satu pembunuhan berlaku dan sejak hari itu kehidupan mereka mula berubah.

31. Train

Genre: Suspense, Thriller, Mystery, Romance, Drama, Sci-Fi



Sinopsis: Seorang lelaki kehilangan seseorang yang berharga kerana seorang pembunuh bersiri. Dia merentas ke dunia yang berbeza untuk mencari tahu kebenaran di sebalik kematian tersebut

32. Memorials

Genre: Romantic-Comedy


Sinopsis: Koo Se-Ra  berasal dari latar belakang keluarga yang buruk, tetapi dia mempunyai kepribadian baik.
Seo Kong-Myung seorang yang berpegang teguh pada prinsip-prinsipnya dan dia melakukan pekerjaannya dengan baik. Namun ramai orang tidak menyukainya kerana sikapnya yang tidak mesra.

33. She Knows Everything

Genre:  Mystery, Drama


Sinopsis: 1 kes misteri berlaku disebuah kompleks apartment yang akan dibina. Lee Goong-Bok adalah agen hartanah yang bekerja disitu. 


34. The Good Detective

Genre: Thriller, action 




Sinopsis: Terletak di Incheon, Korea Selatan, sepasukan polis berusaha menangkap penjahat yang menyembunyikan jenayahnya

Kang Do-Chang telah bekerja sebagai polis selama 18 tahun.Dia lahir dan membesar di Incheon. Dia menyiast kes menggunakan pengalaman dan connection peribadinya.

35. United Effort to Accomplish One Thing

Genre: Mystery, Drama


Sinopsis: Bit-Na anak perempuan seorang pelukis terkenal yang bergelar jutawan. Persaingan sengit berkaitan harta dan melibatkan. Dia berusaha merungkai kebenaran disebalik krisis tersebut.


36. My Wonderful Life

Genre:  Drama, family



Sinopsis: Park Bok-Hee yang berusia 34 tahun berkahwin dengan Ki Cha-Ban dan mereka anak lelaki kembar dan seorang anak perempuan.

Kerana  ketidakmampuan suaminya, Park Bok-Hee bekerja keras untuk menyara keluarganya. Namun demikian, Ki Cha-Ban berlaku curang dan dia ingin bercerai. Park Bok-Hee tidak mahu bercerai.

37. Pop Out Boy!

Genre:  Friendship, Romance, Drama, Fantasy


Sinopsis: mengisahkan tentang tentang satu watak fiksyen dari komik  yang melompat keluar dari halaman 2 dimensi ke kehidupan nyata. Suatu hari, Chun Nam Wook mengoyak halaman buku komik dan muncul di depan nya watak utama wanita, Han Sun Nyeo. 

38. When I Was The Prettiest

Genre:  Romance, Drama


Sinopsis: Oh Ye-Jin adalah pembuat seramik mengajar di sebuah sekolah. Di sekolah tersebut dia bertemu dengan Seo Jin.
Seo Jin mula menyimpan perasaan pada gurunya tapi dalam masa yang sama abang Seo Jin iaitu Seo Hwan,mendekati guru muda tersebut.

39. Love is Annoying, But I Hate Being Lonely

Genres: Romance, Youth, Drama



Sinopsis: Sebuah kisah tentang pasangan muda yang tinggal serumah. Mereka ingin bercinta tetapi tidak mahu kan komitmen. Mereka ingin bebas tanpa terikat dengan hubungan cinta

40. Stranger 2

Genres: Thriller, Mystery, Crime, Drama, Investigation



Pejabat pendakwa dan pihak polis bertentangan pendapat. Pihak pendakwa elit Woo Tae-Ha  menginginkan kekuasaan bebas atas penyiasatan. Sementara itu, polis, termasuk Choi Bit  mencuba untuk mendapatkan maklumat penyiasatan lengkap pejabat pendakwaraya.

41.Kiss Goblin

Genres: Comedy, Romance, Drama, Fantasy, Supernatural


Sinopsis:Mengisahkan tentang goblin bernama Ban Sook.Dia telah hidup lebih dari satu setengah abad.Umurnya sekarang 160 tahun. Dia seorang yang kasar dan tidak mempunyai perasaan. Suatu hari Ban Sook ingin menjadi manusia.
Demi untuk menjadi manusia dia perlu menyempurnakan misi mendapatkan cinta manusia yang rela di cium. Ban Sook perlu mendapatkan 10 ciuman untuk menjadi manusia.

42. Do Do Sol Sol La La Sol

Genres:Romantic-Comedy



Sinopsis:Mengisahkan seorang gadis bernama Rara. Dia dilahirkan dari keluarga yang kaya . Namun dia hanya mempunyai ayahnya sahaja. Pada hari perkahwinannya, ayahnya meninggal dunia dan perkahwinan nya di batalkan. Dia membawa diri ke sebuah bandar kecil dan berlaku pertemuan dengan Woo Joon.

43. Twenty Twenty

Genres: Friendship, Romance, Life, Youth, Drama


Sinopsis: "Twenty-Twenty" mengisahkan tentang anak-anak berusia 20 tahun yang bekerja untuk memenuhi impian mereka sambil belajar untuk memegang tanggujawab.

44.  Lies of Lies

Genres: Suspense, Romance, Drama, Melodrama


Sinopsis: Eun Soo tersedar dari pengsan dan disebelahnya terbujur kaku mayat suaminya yang berlumuran darah. Polis memenuhi kawasan rumah nya. Dia didakwa sebagai pembunuh dan dipenjarakan selama 10 tahun. Bayi yang dikandung sempat dilahirkan i dalam penjara dan bayi tersebut diserahkan kepada ibu mertuanya. 10 tahun berlalu selepas dia keluar dari penjara dia mula menjejaki dimana anak kandungnya berada.

45. Love Revolution
Genres: Friendship, Comedy, Romance, School, Drama


Sinopsis: Gong Ju Young adalah seorang pelajar sekolah menengah berusia 17 tahun. Dia bertemu dengan Wang Ja Rim dan merasakan dia sudah bertemu cinta sejati.Tapi memenangkan Wang Ja Rim bukan lah mudah.  Wang Ja Rim seorang yang dingin dan suka menyendiri.


46. Tale of the Nine Tailed

Genres: Action, Thriller, Romance, Drama, Fantasy, Melodrama



Sinopsis: Diadaptasi dari sebuah kisah lagenda , musang berekor sembilan.Lee Yeon , seekor musang yang baru saja menetap dibandar mampu berubah menjadi bentuk manusia. Dia mempunyai keinginan untuk mencari semula kekasihnya yang dilahirkan semula .


47. Dalgona

Genres:  Friendship, Drama


Sinopsis: Dalgona' mengisahkan tentang pelajar sekolah menengah yang mencari sahabat sejati. Song Mi Na belajar di luar negeri.Walaupun dia memiliki kepribadian yang baik dan optimis, dia mempunyai masa silam gelap yang masih menghantuinya.


48.  Amanza

Genres:  Romance, Life, Drama, Fantasy, Melodrama


Sinopsis: Kehidupan seorang lelaki menjadi kacau apabila dia disahkan mengidap kanser perut tahap 4.Dia sedar sehebat mana pun rawatan yang diterima dia tak kan mampu untuk bertahan.

49. The School Nurse Files

Genres:  Fantasy


Sinopsis: Kisah sebuah sekolah yang dibangunkan di satu tapak yang menpunyai aura yang buruk dan mempengaruhi pelajar-pelajar sekolah tersebut. An Eun-Young seorang petugas kesihatan yang bertugas di sekolah tersebut berusaha memulihkan sekolah dan melindungi pelajar. 

50. My Dangerous Wife

Genres:  Suspense, Thriller, Mystery, Psychological, Drama


Sinopsis: Mengisahkan Sim Jae-Kyeong yang mendapati suaminya mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita di restoran suaminya. Dia kemudian membuat satu rancangan besar agar suaminya menerima pembalasan atas kecurangan suaminya itu. Wang 5 juta menjadi taruhan.

51. The Spies Who Loved Me

Genres:  action, drama, romance



Sinopsis: Mengisahkan Kang A-Reum seorang pereka pakaian pengantin yang berkahwin dengan Eric seorang Ejen Rahsia Interpol. Tapi sepanjang perkahwinan dan sehingga bercerai , Kang A-Reum tidak tahu yang Eric seorang Ejen rahsia.

52. Kairos

Genres:  Action, Thriller, Romance, Drama, Fantasy


Sinopsis: Kim Seo-Jin  seorang lelaki berjaya. Berkat usahanya dia menjadi eksekutif termuda di syarikatnya bekerja. Hidupnya sempurna, dengan seorang  isteri yang juga pemain biola yang cantik Kang Hyun-Chaedan seorang anak perempuan. Hidupnya yang luar biasa terhenti ketika anak perempuan nya yang masih kecil di culik. 

53. The Penthouse

Genres:   Suspense, Drama


Sinopsis: Terletak di sekitar Apartment Penthouse mewah dengan 100 tingkat,
Sim Soo Ryeon seorang wanita dari kelas atasan  dan dia seperti ratu Apartment Penthouse. Suaminya adalah Joo Dan-Tae, lelaki yang berjaya dan perniagaan dan hartanah.
Cheon Seo-Jin lahir dari keluarga yang kaya. Dia sombong. Suaminya adalah Ha Yoon-Cheol, seorang pakar bedah di sebuah hospital dan mempunyai cita-cita yang tinggi..
Oh Yoon-Hee pula berasal dari latar belakang keluarga yang miskin. Dia bekerja keras untuk kejayaan anak-anaknya. Dia ingin menjadi sebahagian dari kelas atasan demi anak-anaknya.

54. Search

Genres:    Military, Thriller, Mystery



Sinopsis: Anggota pasukan pencarian militer, termasuk Koo Dong-Jin dan Son Ye-Rim   melawan makhluk misteri dan berjuang untuk lari dari DMZ.  

55. Fly From Rags To Riches

Genres: Law, Drama


Sinopsis:
Park Tae-Yong adalah seorang peguambela umum. Dia belajar dengan cemerlang dan menjadi peguam dengan usahajnya sendiri.   Dia kemudian lulus ujian untuk menjadi peguam dan menjadi peguam yang adil dan memiliki empati terhadap orang lain.

56. Single & Ready to Mingle

Genres:Comedy, Romance


Sinopsis: Bong Joo Yi dan Ji Yeon Seo adalah teman baik yang tidak pernah mempunyai hubungan cinta dengan lelaki.  Disebabkan satu kejadian mereka akhirnya terpaksa tinggal di rumah bersama dengan tiga lelaki yang  menyebabkan kehidupan yang kacau dan menyebabkan cinta pertama.

Terima Kasih membaca artikel senarai Korean Drama 2020 Yang Menarik Dan Wajib ditonton. Drama-drama ini juga adalah senarai lengkap Korean Drama yang disiarkan sepanjang tahun 2020. Semoga terhibur selamat menonton.

Catat Komen

13 Ulasan

  1. bagi peminat drama korea bolehla pilih mana satu yg nk ditonton banyak grnre drama tersenarai tu

    BalasPadam
  2. Banyaknya hahaha tq kak diana sharing boleh layan nanti

    BalasPadam
  3. wahhh menarik jugak banyak drama yang best nih...
    antara banyak2 tu ada 4 drama dana dah tengok...
    oh my baby, was it love, flower of evil dan tale of nine tailed... ini memang best

    BalasPadam
  4. wow! boleh jadi sampai tak cukup masa nak tengok ni. hihi..nak tengok mana yang best

    BalasPadam
  5. wahh banyak tu, baru sempat tngok 3 dari semua tu.. hospital playlist, the world of the married dgn backstreet rookies je.. yg takde dlm list skrg tgh tngok start up dgn 18 again hehe bestt

    BalasPadam
  6. the best - hospital playlist, stranger 2

    BalasPadam
  7. Bila dah ada senarai ni tinggal pilih dan susun ikut kesukaan.

    BalasPadam
  8. Wah banyaknya pilihan drama Korea.. ada dua aja yang Kak Sue dah tengok, nanti boleh lah tengok cita lain pulak.. tq for sharing Dee.. 😊

    BalasPadam
  9. wow byk giler..satu pn xtgk lg hahaa

    BalasPadam
  10. Kak Pip tengah layan yang Search tu.
    Dan yang Kondae Intern tu pun layan juga pasal Park Hae Jin starring.
    banyak lagi dalam list kak pip yang belum tertengok2...
    hehe.

    BalasPadam
  11. pada akak mana paling best? hehe

    Kak diana, boleh emelkan alamat ke syaznirahim@gmail.com, ada nak kirim sesuatu :)

    BalasPadam
  12. Wahhh banyaknyaaa!!! Dalam banyak2 ni, Hospital Playlist je dah pernah tengok

    BalasPadam
  13. banyak citer best2 tahun ni.. elokla tengok PKPB kan tengok la drama.
    ada yang da tengok ada yang belum. saya suka yang simple2 je tak heavy sangat..

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)