Advertisement

SARAPAN PAGI ORANG MALAS - KOKO CRUNCH DUO

SARAPAN PAGI ORANG MALAS - KOKO CRUNCH DUO EDISI MINION| Jadi ibu ni tak boleh sempurna sangat . Nanti letih dan stress. Buat saja apa yang kita larat.Kalau tak larat rehat je. Jangan peduli dengan mulut-mulut jahat yang kata kita pemalas, kuat tido , goyang kaki dan sebagainya.



Kita nak jaga anak-anak kena jaga diri sendiri dulu. Kalau kita letih anak-anak pun terabai. Tak salah pun kalau kita nak rehat bila letih dan nak tido bila mengantuk. Yang penting kita tahu anak-anak kita cukup dijaga dengan baik walaupun kita tak sempurna.



Ada hari kita akan rasa jugak malas nak masak dan uruskan rumah. So sarapan kita pagi ni Koko Krunch dan goreng nuget fingers sikit. Ada roti tu makan la dengan chocolate spread. 


Selalunya pagi2 saya beli nasi lemak dan roti canai je. Tak juga masak.Hahah. Tapi hari malas nak keluar membeli kita hidang je la apa ada di dapur.



Koko Krunch Duo edisi Minion ni saya baru beli minggu lepas. Minggu ni baru buka kotak sebab tunggu kotak lama tu habis. Pertama kali beli yang Duo ni. Selalu beli yang chocolate saja.

Sama je lah rasanya. Cuma cantik la . HAhah



Kalau tengok dibelakang kotak ni katanya ada code bar kat dalam. Lepas tu pergi dekat nestle-cereals.com/minions2 masuk kan code , lepas tu register dan kita akan dibagi satu puzzle untuk cari perbezaan dalam gambar.

Kalau betul dapat la hadiah. Saya jawab salah..Hahah..



Mikhail kata rasa koko krunch ni sedap. Alah..dia tu kalau dah namanya koko krunch semuanya sedap. 


Dia memang suka Koko krunch ni. Kalau beli careal chocolate yang bulan sabit tu dia tak suka sebab tak rasa coklat pun katanya. Yang tu bukan Koko Krunch. Tapi tu la, ada orang jual coco jar , dia claim " koko jar kami guna Koko Krunch " sekali buka rupanya careals  yang bentuk sabit tu. Apoooo??

So korang sarapan apa pagi ni? Koko Krunch jugak ke?? :)

Catat Komen

3 Ulasan

  1. Pagi2 makan koko crunch memang sedap.. LeYa lama dah tak makan. Pagi ni LeYa breakfast Ayah beli kat luar.. Kuew Teow Goreng, Nasi Lemak, kuih-muih dengan ada pulut kuning jiran bagi

    BalasPadam
  2. Yang penting ada alas perut. Pagi tadi kami sarapan roti.

    BalasPadam
  3. Lama tak makan koko crunch... Biasa pagi makan apa je yang ada. Bukan malas, kadang2 ada je masak. Tapi biasanya roti lepas tu sapu je dengan apa2 spread yang ada dekat rumah. Senang. Mudah dan pantas. Kadang2 tu makan nestum je. Yang penting ada makan sarapan!

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)