Advertisement

REVIEW BUKU : TERKAITNYA KITA OLEH SYAZ EYM

REVIEW BUKU : TERKAITNYA KITA OLEH SYAZ EYM | Bila tengok ramai kawan-kawan dah dapat buku "Terkaitnya Kita" rasa tak sabar-sabarnya nak baca. Pagi semalam dah pun ada di tangan buku ni. Petangnya terus baca sampai ke malam. Bersambung-sambung dengan nak check kerja sekolah anak-anak. Nak stop terus rasa sayang pulak dari dok bergolek saja depan tv baiklah kita baca buku.



Saya baca cerita tentang Khalis dan Akalili ni kat blog Syaz pun dah sampai episod hujung2. Jadi yang permulaan tu saya belum baca lagi. Nasib baik Syaz buat buku fizikal ni.Kalau tidak saya tak dapat le baca yang awal-awal tu.

Dah habis baca dan saya rasa tak sabar pulak nak tunggu lanjutan kisah2 si Muhib, Busrain, Akalili, dan Khalis. 

Cover buku ni ringkas saja. Warna biru dan sejuk mata memandang. Cuma nak tahu jugak la wajah siapakah di sebalik hoodie merah itu.hahaha



Buka saja buku ni korang akan rasa 'eh..simple nye.." tak de pendahuluan ke, ucapan ala-ala ABPBH ke... tak de. Terus je masuk ke kisah pertama. Nampak jelas penulis ni simple dan jenis "tak kuase aku"  ye. Hahah

Yang best nya tentang buku ni ialah ianya berkisarkan tentang kisah2 berbeza tentang watak dalam buku ni tapi mereka semua berkaitan. Itulah yang best nya. Bukunya juga tak tebal. Cuma 131 mukasurat. So untuk orang yang sibuk macam saya, memang sesuai la untuk ada buku macam ni.

Kalau novel tebal-tebal tu saya memang elak kan untuk baca sebab takut tak jadi satu kerja apa pun. Saya pun faham diri sendiri ni jenis kalau nak tahu satu2 cerita tu, tak boleh tangguh2. Tapi buku macam "Terkaitnya Kita" sesuai untuk orang yang suka membaca tapi tak mau terikat dengan buku tu. Habis satu bab kita boleh stop , nanti sambung balik, masuk bab lain.


Ok..dah masuk dalam rak buku, menunggu untuk ada tangan-tangan kecil mengambil alih. Si kakak yang dari semalam dah pesan, "lepas ibu bagi kakak ye.." .. 

Tak mahal pun buku ni. RM20 sahaja tak termasuk postage. 

Saya cuma harap, untuk keluaran kedua ada kisah si Fendi yang tak boleh move on dengan perceraian dia dan Jahar. 

Tahniah Untuk Syaz Eym atas kelahiran buku pertamanya. Teruskan menulis lebih banyak lagi untuk hiburan kami dan selamat maju jaya. Kami semua akan sokong Syaz.. :)

Klik sini untuk dapatkan buku Terkaitnya Kita  <<< wasap.my/60192984616/Nak_beli_terkaitnyaKita

Catat Komen

6 Ulasan

  1. wah! dah siap buat review ye.. tahniah! abe kie baru baca bab 1.... lambat lg la nak abis.

    BalasPadam
  2. hahahah kita baru baca dua bab...dah terkenaaaa dengan first cerpen...nak gi sambung gak ni haaa

    BalasPadam
  3. Mengikuti juga penulisan kak Syaz kat blog. Nama nama Muhib, Busrain, Akalili, dan Khalis tu nama yang familiar dalam beberapa kisah yang terkait. Penulisan yang sangat menarik. Dapat juga hadiah daripada Kak Syaz :)

    BalasPadam
  4. Terima kasih Kak Diana, allahuakbar terima kasih untuk review ini. Banyak lagi harus saya perbaiki, terima kasih kawan2 blogger, ramainya bagi kata2 semangat, sayang semua ❤️❤️

    Semoga murah rezeki semua kawan2❤️❤️

    Insyaallah ada rezeki keluar cerita Fendi tu pulak 😉

    BalasPadam
  5. wah, lajunya dah siap baca.
    ada rezeki nnt nak beli juga buku ni.
    nampak macam best.
    kak pip pun baru juga follow syaz.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)