Advertisement

RESEPI DONUT ALA-ALA BIG APPLE

RESEPI DONUT ALA-ALA BG APPLE | Tiba lah hari dimana anak minta donut. Kalau buat donut ni kena buat stok untuk 2,3 hari. Kali ni saya buat sukatan tepung 550g. Buat donut besar2 dapat la dalam 12 biji. Cukup la untuk 3 hari makan bagi suami dan anak 2 orang. 




Donut yang saya buat ni memang tak payah uli sampai 10 minit ke,20 minit ke. Tak de bread maker pun boleh buat sebab uli tak teruk. Donut yang tak banyak menguli. 

Saiz donut ni besar jadi memang diaorang makan sebiji je dah kenyang. Saya tak makn donut ni. Diet.. kan?? 😉😉. Suami pun makan siap potong 4. 😂😂. Kongsi dengan anak2. Sebenarnya memang orang dalam rumah ni makan tak banyak. Bukan besar sangat pun donut yang saya buat ni😁

Suami saya kata sebiji rasa macam donut beli. 😏😏 Tengok la siapa yang buat..kan?? 😄.

Saya kongsikan resepi donut ala-ala Big Apple ni untuk pembaca . Faham2 je la masa pkp ni duduk dalam rumah saja memang anak2 asyik minta makan je la.kan? Jadi apa kata try buat donut paling senang ni tapi rasa ala-ala Big Apple.

Tengok ni.. lembut macam roti gardinier.. 😍



RESEPI DONUT ALA-ALA BIG APPLE YANG MUDAH DAN TAK BANYAK ULI.

Bahan-bahan

550g tepung gandum
11g yis mauripan
2 sudu susu pekat
250ml air suam
2 biji telur kuning telur
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar madu
2.sudu besar majerin


Cara buat Donut :

1. Dalam air suam masuk kan susu pekat dan telur. Kacau sebati. Kemudian masuk kan yis. Ketepikan. Letak kat tempat yang hangat. Bukan tempat sejuk sebab nanti yis susah nak kembang. Guna bekas yang tinggi macam jug air sebab yis akan naik tinggi selepas 15 minit.

2. Dalam mangkuk tepung masuk kan baking powder. 

3. Tuang bancuhan yis ke dalam tepung dan masuk kan juga madu. Uli dengan tangan sampai tepung tak melekat di mangkuk.

Tak lama pun proses ni. 

4. Kemudian masuk kan majerin. Uli sampai doh tak melekat dan jadi elatlstik.  Sebenarnya makin lama uli doh akan jadi makin elastik. 

Tapi saya tak uli lama pun. Doh tetap cantik dan gebu lembut.




Bila doh tak melekat.ketepikan selama 20 minit. Tutup dengan kain atau pun tudung periuk pun boleh. 

Lepas doh naik kembang ,uli sekejap untuk buang angin dalam doh. Kemudian potong2 la ikut berat doh yang kita nak buat donut. Saya punya doh ni setiap donut berat nya ialah "ikut suka" 🤣🤣🤣. Nak cantik beratnya kurang 50g

Malas la saya nak timbang..🤣

Lepas tu bulat2 kan dia cantik2 , lubang kan bahagian tengah nya. Cocok dengan jari je.. dan kemudian  letak atas dulang yang dah di tabur tepung.

Bila dah siap bulat2 kan semua donut boleh panaskan minyak api perlahan, minyak mesti banyak. 

Masuk kan donut dan terbalik2 kan dia. Dah perang kedua2 belah donut angkat dan letak atas redai. 

Kena perhatikan donut dalam kuali sentiasa. Kalau tidak jadi macam donut saya ni. 🤣🤣. Ni la jadinya kalau sambil menggoreng donut tengok kdrama. 



Bila dah sejuk boleh la makan dengan icing sugar atau pun kalau rajin macam saya 😊😊 cairkan coklat compund dan celup donut dalam coklat tu. . 

Dah siap...

Mudah saja..kan? Selamat mencuba resepi Donut ala-ala Big Apple. Semoga bermanfaat untuk semua..





Catat Komen

9 Ulasan

  1. Wah, dah tak payah lagi beli donut kat big apple

    BalasPadam
  2. kalo sesedap big apple, nak jugak try buat ni haaa

    BalasPadam
  3. Kagum bab diet tu..tak mampu saya tolak kalau dah depan mata..haha

    BalasPadam
  4. lamanya x makan donat big apple, diana!
    rinduuuu... pkpb ni x abis-abis :)
    covid pun mcm x nak tinggalkan kita :( hu hu hu hu...

    big apple ke, jco ke, aida kalau beli kotak besar skali tu.
    kami berlima sekeluarga makan sampai abis.
    mostly topping coklat la.

    BalasPadam
  5. Rajinnya diaaaaa.. Nampak gebu 😋

    BalasPadam
  6. sedap! tq sharing resepi kak di :)

    BalasPadam
  7. Sedap tu donut ala-ala big apple. Kalau buat sendiri, topping coklat lah pilihan utama. Topping lain tak berapa nak pandai buat :) Tengok donut kak Diana rasa macam lama dah tak mendonut. huhu

    BalasPadam
  8. wahhh D gebu gebas donutnya :)

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)