Advertisement

RESEPI DAGING MASAK KICAP YANG SENANG DAN PALING SEDAP

RESEPI DAGING MASAK KICAP YANG SENANG DAN PALING SEDAP | Kadang-kadang tak tahu nak masak apa untuk hidangan makan tengahari. kalau makan malam tu senang je. Pilih je menu yang lain dari nasi. Tapi tengahari biasanya rakyat malaysia ni suka makan nasi. Nak pilih menu untuk dimakan dengan nasi tu la perkara paling payah bagi suri rumah macam saya ni.



Dalam seminggu entah berapa kali ulang menu yang sama. Kita ikut je la selera orang yang nak makan. Kita tukang masak je. Bukan tukang makan jadi bila tukang makan kata nak menu sekian-sekian kita buat je la. Yang penting kita tak payah nak fikir-fikir lagi.Hahaha

Kebetulan stok daging masih banyak jadi suami kata buat lah Daging Masak kicap. Ni menu kegemaran dia lah. Kalau buat Daging masak kicap ni memang makan nya bertambah-tambah. Untuk Maisara saya buat lala masak lemak. 

Walaupun masak beriya-iya tapi kat rumah ni makan nasi sekali je sehari. Malam dah tak makan nasi. makan benda lain pulak. Kadang-kadang tak makan langsung. Entah cemana diaorang ni tahan tak makan.

Teringat semalam saya masak sambal udang. Saya fikir , "mesti diaorang tak nak makan" jadi saya masak udang tu 5 ekor je. Bukan udang besar pun.Udang yang biasa orang buat mee udang tu je. Yang kelakarnya sampai hari ni ada lagi sambal udang tu. Udang dalam tu ada lagi 3 ekor.

Entah apa pesyen makan macam gitu..Sudahnya saya la yang akan makan udang tu jap lagi.Hahahah.. Saya ni punya la susah tahan tak makan sampai ulang minum air sampai kembung perut.hahaha .. Diaorang tengok udang pun tak tegoda.

Ni lah dia hobi makan cita-cita nak kurus. Heheh.

Bagi yang nak belajar cara masak Daging Masak Kicap yang cepat dan mudah tapi sedap boleh la ikut resepi saya ni. 

Resepi Daging Masak Kicap 

Bahan-Bahan

100g daging lembu, Potong ikut citarasa.
2 senduk kicap manis
1 biji tomato.
kalau tak de tomato  guna 1 batang lobak , potong tebal2 dan panjang dalam2 inci.

Bahan kisar-
2 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan ditumbuk halus-
1/2 sudu teh Jintan manis
1/2 sudu teh Jintan Putih
1 batang Kulit kayu manis
1 kuntum Bunga lawang
10-20 biji lada Hitam
2 kuntum Bunga cengkih

Bahan untuk letak last sekali-
1 biji Bawang besar potong tebal bulat2
5 tangkai cili padi / Kalau tak suka pedas letak 2 tangkai cabai besar je
daun bawang dan daun sup potong halus2.

2 senduk Minyak masak untuk menumis

/>


Cara Buat Daging Masak Kicap

1. Masuk kan daging yang dah dibersihkan kedalam mangkuk. Masuk kan kicap dan tomato.

2. Masuk kan bahan kisar dan bahan yangdi tumbuk halus.

3. Ketepikan untuk semua bahan diperap dalam 30 minit.

4. Panas kan minyak.

5. Tumis daging yang dah dioperap tadi. Perklahan kan api. Masuk kan 1 cawan air.

6. Masak hingga daging lembut. api kekal perlahan

Kalau suka kuah banyak boleh tambah air bila kuah kering.

Kalau suka kering sikit tak payah letak air.

Last sekali masuk kan bawang besar, cili dan dan bawang dan daun sup yang dah dipotong.kacau kejap je dan terus angkat. Sedia untuk di hidangkan.

Boleh masuk kan garam dan gula kalau suka. Tapi saya tak suka. Masin manis pada kicap tu dah cukup sedap.

Selamat mencuba dan terima kasih membaca artikel resepi Daging Masak Kicap Yang Senang Dan Paling Sedap. Semoga bermanfaat untuk semua.


Catat Komen

7 Ulasan

  1. Bagusnyalah malam tak yah fikir pasal makan.

    Eh, bolehlah kita cuba nanti rsesepi daging masak kicap DR

    BalasPadam
  2. apa2 masak kicap mmg feveret - telur, ayam, daging, hati..suka versi pedas..

    BalasPadam
  3. Daging masak kicap memang sedap. Sesekali dapat memang terasa sedap dia. Cuma tu lah kurang gemar makan daging. Tapi bila sesekali makan tu okay je :)

    BalasPadam
  4. sedapnyaaa.. lama tak makan sejak pkp ni. susah nk cari stok daging yg segar

    BalasPadam
  5. Ni resipi bila malas. Main campak2 je. Settle.

    BalasPadam
  6. Mudah, ringkas dan lauk kicap ni mudah sebab agak susah nak basi lagi-lagi kalau kerap panaskan. Pilihan kami sekeluarga.

    BalasPadam
  7. Mudah, ringkas dan lauk kicap ni mudah sebab agak susah nak basi lagi-lagi kalau kerap panaskan. Pilihan kami sekeluarga.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)