Advertisement

RESEPI BIHUN SINGAPORE SIMPLE DAN SEDAP UNTUK ANAK-ANAK PICKY EATER

RESEPI BIHUN SINGAPORE SIMPLE DAN SEDAP UNTUK ANAK-ANAK PICKY EATER | Ada anak yang memilih makanan ni bukan senang tau. Nak masak pun kena hati-hati nak masuk kan bahan apa yang patut dan  tak patut di letak. Budak-budak yang picky eater ni akan hilang mood nak makan bila nampak ada benda yang mereka tak suka ada dalam pinggan mereka. Tu lah cabaran nya nak bagi anak yang picky eater ni makan.



Bihun singapore tapi kena asingkan sayur..


Masa nak masak tu boleh je kita masuk kan bahan-bahan penting untuk sedapkan masakan cuma masa nak hidang tu kena hati².. Tak boleh letak benda yang mereka tak makan.

Hari ni saya masak bihun Singapore untuk sarapan anak-anak. Saya gunakan bahan-bahan asas saja. Tak de letak daging, ayam atau udang.  Bila terlalu banyak rasa bercampur anak saya tak kan makan. 

Anak saya ni bukan tak makan ayam tapi tak semua ayam dalam masakan dia makan. Contohnya anak saya tak suka ayam goreng. Ayam dalam kari dia tak makan, tapi dia makan ayam dalam sup. Ayam dalam karipap dia tak suka tapi dia makan ayam dalam pizza atau bun. Cerewet sangat.. kan?

So pagi ni terhasil la bihun Singapore paling simple. Dia makan habis satu pinggan.Alhamdulillah.

 Resepi bihun singapore


Bahan-bahan:

1/2 bungkus bihun
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang besar
1 sudu teh serbuk lada sulah
5,6 biji lada hitam. Tumbuk kasar.
Daun bawang dan daun sup (hiris besar 2 sebab nanti nak hidangkan senang nak asingkan )
Sayur sawi (hiris besar2 juga supaya senang nak asingkan )
1 biji telur
Garam
5 sudu Minyak untuk menggoreng


Bihun yang siap dimasak dan senang nak asingkan sayur nya. 





Cara penyediaan:

Rendam Bihun dalam 1 jam. (Rendam dalam air biasa je. Bukan air panas)

Tumis bawang putih,halia dan bawang besar yang di hiris besar2 supaya senang nak asingkan.

Bila dah garing masuk kan lada sulah,lada hitam, garam. Masuk kan air satu cawan..

Masuk kan bihun.

Bila bihun dah lembut masuk kan telur ,sawi, daun bawang dan daun sup.

Kacau sebati tapi jangan sampai bihun hancur. Makanan rosak pun akan buat anak tak mau makan.

Masak sampai telur  kering dan sebati dengan  bihun. Kemudian tutup api dan hidang kan. 

Sebelum hidang asingkan sayur dan daun bawang supaya anak tak nampak sayur tu. 

Dah siap..

Kadang2 saya geram je bila orang kata " ajar la anak tu makan sayur"

Kalau la ianya semudah tu. Anak2 saya umur cukup dah boleh makan, saya dah bagi buah dah bagi sayur  tau. Tapi bila makin besar makin memilih maknan. Pening kepala melayan bab makan anak2 ni..

Ajar mengaji lagi senang dari ajar anak makan sayur tau tak.hahahha..




Catat Komen

3 Ulasan

  1. Mak kena kreatif bila ada yang fussy eater. Anak selera makan baru hati senang.

    BalasPadam
  2. akak suka amkan bihun grg singapore ni dgn sambal kicap

    BalasPadam
  3. Sedap. Selalu juga buat kalau stok cili kisar habis. senang pun senang.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)