Advertisement

PANDUAN DAN CARA GUNA TELEGRAM BOT

PANDUAN DAN CARA GUNA BOT DI TELEGRAM |  Korang mesti pernah tengok ada ramai share gambar yang  boleh tukar korang jadi chinese, jadi mat saleh,jadi indian, .. Ada tak nampak di Facebook? Itu contoh menggunakan bot di telegram. Ada banyak lagi bot telegram yang sangat berguna untuk kita

Kat bawah ni adalah bot yang terdapat dalam telegram saya. Sebenarnya ramai yang tak tahu wujudnya telegram bot ni. 



Saya menggunakan bot telegram sebab saya tak suka terlalu banyak aplikasi play store di phone saya. Dengan penggunaan bot telegram dapat mengurangkan penggunaan storage phone. Contohnya macam Twitter Video Downloader, utube bot dan banyak lagi.

Telegram Bot ini ialah satu program komputer yang menjalankan tugas-tugas tertentu secara AUTOMATIK berdasarkan arahan TERTENTU (command) yang kita beri melalui aplikasi Telegram.

Antara bot telegram yang patut korang cuba adalah seperti :-

@utubebot
@office2pdf_bot
@twittervid_bot
@jawigram_bot
@vkmusic_bot

Ada banyak lagi sebenarnya. Korang boleh cuba cari di telegram. Macam2 bot telegram ada tersedia.

Cara menggunakan Bot Telegram


cara untuk menggunakan bot telegram ni sangat mudah saja. Bila korang buka je bot tersebut, akan keluar arahan di bahagian bawah telegram. 

Cuma klik saja "start" dan arahan seterus nya akn diberikan. 

Korang perlu cuba dulu menggunakan bot telegram ni dan korang akan rasa ianya memang sangat mudah.

 
Contoh seperti diatas. Saya menggunakan Text to Speech Bot yang digunakn untuk menukar text kepada speech. Bot ni sangat bagus untuk memantapkan bahasa inggeris la selalunya. 


Kemudian sebaik sahaja korang tekan "Start" akan keluar beberapa pilihan bahasa untuk korang.

Dan ikut sahaja arahan di berikan. 

macam tu lah carta menggunakan bot telegram. Jangan lupa mencubanya.





Catat Komen

1 Ulasan

  1. dana ni takde telegram, nak guna pun tak reti kak oi hahahha... kesian kan

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)