Advertisement

PAKAI FACE MASK TUMBUH JERAWAT. INI CARA MENGATASINYA.

PAKAI FACE MASK TUMBUH JERAWAT. INI CARA MENGATASINYA |  Pemakaian face mask kini menjadi wajib bagi semua rakyat Malaysia bagi menbendung penularan covid19. Tapi pemakaian nya yang berterusan ada kala menyebabkan munculnya jerawat di wajah  pemakai.


Jerawat muncul apabila terjadi pergeseran antara bahan fabrik facemask dengan keadaan kulit yang lembap akibat tertutup. Kulit menjadi lebih terdedah dan  munculnya jerawat di wajah. keadaan ini semakin buruk dengan penggunaan solekan wajah di sebalik face mask yang digunakan.

Jerawat akibat memakai facemask boleh dicegah jika kitatap rajin membersihkan wajah dengan betul agar pori-pori tidak tersumbat. Ketika kulit sedang mengalami jerawat akibat memakai  face mask. kulit memerlukan  rawatan tambahan agarkeadaan kulity yang berjerawat tidak bertambah buruk.

Tips untuk membantu mengatasi jerawat yang disebabkan oleh penggunaan face mask:  

Membersihkan Wajah

Kebersihan adalah faktor utama untuk mencegah jerawat menjadi bertambah teruk. Pastikan wajah bersih tanpa kotoran yang boleh menyumbat pori-pori. Cuci wajah sebelum dan selepas memakai face mask

Menggunakan toner

Untuk mengembalikan keseimbangan pH kulit di wajah setelah dibersihkan, gunakan toner. Menggunakan toner juga berfungsi untuk penyerapan skincare yang lebih baik.



Sapukan ubat krim jerawat

Terdapat banyak ubat krim untuk jerawat di farmasi. Sapukan sedikit dipermukaan jerawat sebelum memakai face mask. Ubat krim jerawat mampu mencegah serta membuatkan jerawat sedia ada cepat kering dan mengecut

Tampal Acne Patch

Jika anda ke drug Store anda akan mempunyai banyak pilihan produk Acne Patch di pasaran.Antara brand yang baik ialah Nexcare, Oxy,Cosrx dan banyak lagi. Anda juga boleh dapatkan khidmat ahli farmasi untuk mendapatkan acne patch yang sesuai dengan keadaan jerawat di wajah anda.

Teruskan memakai skincare seperti biasa

Walaupun muka sudah dicuci jangan abaikan untuk mengaplikasi  rangkaian skincare lain seperti biasa yang anda gunakan. Jangan lupa untuk menggunakan pelembap dan sunscreen sebelum melakukan aktiviti di luar rumah.

Menggunakan Face Mask yang bersih

Pastikan face mask yang digunakan merupakan face mask yang betul-betul bersih. Jangan lupa membawa face mask ganti jika keluar rumah dalam waktu yang lama.

Catat Komen

4 Ulasan

  1. Kena sediakan face mask lebih bila ke mana-mana lagi kalau jenis yang memerlukan banyak dan komunikasi yang kerap. ir liur yang terperap ditambah dengan peluh kan. Terima kasih perkongsian ya.

    BalasPadam
  2. kena jaga kebersihan muka dan kebersihan face mask juga

    BalasPadam
  3. yg penting jaga kebersihan. nice sharing :)

    BalasPadam
  4. Pakai face mask yang bersih tu sangat penting. kalau pakai yang dah kotor bakteria dah sedia ada kat situ

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)