Advertisement

KISAH PENGALAMAN TERKENA COVID19 - RASA SAKIT DADA MACAM KENA TUMBUK

KISAH PENGALAMAN TERKENA COVID19 - RASA SAKIT DADA MACAM KENA TUMBUK | Setiap kali baca pengalaman pesakit covid19 ni tak pernah saya tak nangis. Lepas baca pengalaman orang lain terus rasa takut dan membayangkan keadaan di tempat orang tu. Terus fikir macam mana dengan anak-anak, suami, mak dan semua orang yang kita sayang. 



Sekarang ni semua orang berisiko untuk kena covid 19. Ada satu kisah yang saya baca di twitter , dia sendiri tak tahu dari mana dia dapat Covid19 ni sebab tak de record kemana dia pergi sebab dia scan guna camera. bukan guna app MySejahtera.

Satu lagi kisah menyayat hati yang dikongsikan di Facebook oleh pemilik akauan Mira Jijie. Yang lebih memilukan covid19 membuatkan dia kehilangan ibu nya. Malah mereka sekuarga semuanya terkena covid19. Semua 16 ahli keluarganya disahkan positif covid 19 dan bermula lah kisah pahit dalam keluarga mereka.

Pengalaman Sebenar Pengidap Covid19

Kisah Covid fighter 1 family

16 org positif

1 meninggal (mak) 



Kluster permatang

Assalamualaikum semua,hari ni genap 20 hari Mira di hospital sebab covid. Mira dah janji dengan semua nak cerita semua kan.. Ya Mira tepati hari ni...Harap boleh ambil iktibar dan pengajaran.maaf jika penulisan Mira kacau bilau..Mira cuba.. 

22/10/2020

Mak masuk icu KPJ Perda

Sebab kaki mak bengkak teruk,overload fluid doc kata 

23/10/2020

Katanya mak kena kuarantin sebab ada kes.. Tak pasti buat swab test result negatif. 

24/10/2020

Mak dah pindah wad biasa,boleh melawat mak dah. Mak ngadu penat ,muka mak bengkak habis

26/10/2020 

Besday mak,aku sambut beli bouquet,beli rantai emas kat mak,sebab kali terakhir mak datang ipoh,mak cakap mak teringin nak rantai emas. Sedih sangat mak tak sempat pun pakai. Malam tu mak nak fries McD.. Mak makan skit ja. Mak kata teringin. Tapi mak makan 2 3 fries saja 😭 

27/10/2020

Mak masuk icu balik sebab pernafasan mak  tak ok. Mak kat ICU tapi mak nak mee sotong pulak. Abang beli mee sotong. Kak ipar suapkan mak. Kami kena gilir-gilir naik sebab pelawat hanya 2 jam boleh jumpa 2 orang sekali. Kami anak-anak kena jumpa doc2 mak . Sakit mak kami terpaksa rahsiakan p&c 




29/10/2020

Mak dah intubate,atas keizinan kami semua. Sempat aku cium mak sblm intubate Mintak ampun dengan mak.. Belai-belai mak. Rupanya tu kali terakhir dapat sayang mak,cium makk. 😭😭 

30/10/2020

Mak dah koma. Keadaan mak dah kritikal. Doc mintak kami sekeluarga redha jika sesuatu terjadi dengan mak.

Balik tu semua dalam keadaan letih,masa ni aku dengan abang lagi sorang dah ada simptom batuk dan demam.

31/10/2020

Abang aku pagi-pagi dah call bagitau mak positif covid untuk swab test ke2.  Hanya Allah saja tahu perasaan aku. Meraung nangis-nagis. Aku taw dengan keadaan mak yang kritikal harapan mak nak baik sangat2 tipis. Mak kena transfer ke ICU GH Penang. Makanya tercetus la kluster permatang dari mak aku. Sebenarnya kami pun tak tahu datang dari mana. Sesungguhnya soalan ni tak mampu aku jawab sebab covid tu kita tak nampak...kalau nampak senang aku bagitaw datang dari sapa..

Kak ipar aku orang 1st swab memandangkan dia memang kerja hospital.Jadi dia paling pantas swab sebab memang dia tengah kerja time tu. Kami pulak kena swab 2/11.. Kak ipar dapat result hari yang sama jugak,sebab contact rapat jadi positif dan ambulan pun datang ambil. Time ni orang kata dia pencetus.. Kesian dia.. Dia pun tak tau apa-apa..Kami pun tak tahu dari sapa kami dapat.. Covid ni merata ada dalam komuniti kita sekarang. Asbab mak aku positif semua buat cerita bukan2.Tak apala..kami redha..ni ujian buat kami 




1/11/2020

Abang aku nombor  3 pergi swab test sebab simptom dia semakin trrok.. Kami pulak KKM mintak swab test 2/11 untuk depa prepare kami keluarga besar untuk swab test..

Abang aku pun positif malam tu jugak ambulance datang ambil.. 

2/11

1 family aku ke Klinik Kesihatan Kulim untuk swab test

Simptom aku paling terok

Batuk, demam on off, muntah, sakit dada macam kena tumbuk, nafas  tak lepasAku tak tunggu  result dah. Malam tu jugak aku serah diri kat  Hospital Kulim sebab aku tak boleh bernafas. Dalam beberapa jam, Hopsital Kulim transfer aku ke Hospital Sultanah Bahiyah ,Alor Setar.

3/11/2020-5/11/2020 

Suhu aku 39. Oxygen aku tak cntik. Kena tambah darah sebab HB jadi 7. Kena pakai gas. Malam tu jugak aku kena transfer icu HSB baru. Oxygen aku drop terok . Malam tu jugak doc buat penerangan nak intubate aku.Dia mintak nombor suami aku untuk inform semua in detail.. Aku dah menangis merayu kat doktortak nak kena  intubate macam mak. Aku masih boleh lawan. Aku nk cuba lawan.. 


Dalam artikel (Letak selepas
)

6/11/2020

Abang aku pulak ke ICU. Sama stuasi macam aku. Oxygen drop. Sesungguhnya covid ni sangat jahat.  Dia serang aku dan abang aku. Sementara tu family aku sikit demi sikit kena hantar ke HSB lama sbb positif..baby 4 bulan anak kakak aku pun positif 😭 

8/11/2020

9.13 pagi. Mak dah meninggalkan kami untuk selamanya. Mak dah lawan 8 hari. Mak dah tak mampu. Mak dah penat. Paling sedih buat keluarga aku, kami sorang pun tak boleh balik tengok mak. Semua kat hospotal sebab covid. Tinggal suami dengan anakanak buah 3 orang ja negatif. Tapitak boleh keluar sebab kuarantin. Sedih sangatt. Pakai wakil buat pengecaman jenazah mak. Kubur pun tak boleh tengok. Semoga mak tenang disana..Al-fatihah

Dan aku di ICU selama 2 minggu berperang dengan sakit. Kena isolate sorang-sorang dalam bilik. Sedangkan orang lain kt ICUduduk luar katil banyak-banyak. Boleh kata condition aku sangat-sangat tak ok. Bole refer post2 di gambar. Penat 2 minggu tu Allah saja tahu..Hari2 aku berperang dengan sakit. 




16/11/2020

Alhamdulillah akhirnya aku recover, dah kena transfer ke HSB lama.. Wad biasa. Sekarang dalam proses recover. Dapat duduk sebeleh suami.. Dia positif swab test ke2 hari ke 14.. Anak-anak buah 3 orang tu power.. Smpai sekarang negatif.. Immune paling power 

21/11/2020

Hari ke 20,doc cakap kalau 21 hari aku boleh balik dah. Mudah-mudahan.. amin. . Satu je nak pesan buat orang diluar sana. Bila ada teman-teman saudara mara kena c0vid, seharusnya kita support emosi dioran. Bukan kita tokok tambah cerita buat fitnah yang tak betul pasal orang.  Jika ada family depa bagi dok 1 family untuk support emosi sesama kami.. 

Alhamdulillah family aku sekarang semua dah negatif covid

Abang aku dan kak ipar discaj esok (22/11/2020) .. Aku dan suami maybe ahad ni.

Lain-lain  semua awal lagi dah discaj.. Recover cepat. Covid ni tak ada ubat pun bagi yang tak ada simptom.. Bagi aku yang dok ICU.. Ada ubat-ubat yang aku dapat.. Tak boleh bagi information. p&c.

Aku harap kawan2 akt luar sana follow lah sop. Tak penting tak perlu keluar. Aku tak cerita detail sangat sepanjang aku sakit,p&c.. Apa aku cakap, covid ni real.. Memang sakit sangat Tak boleh nak ucap perasaan sakit tu macam mana. Allah maha mengetahui. Stop spreading false news. Stop la fitnah pesakit2 covid. Selagi kita tak kena,kita tak rasa siksa tu macam mana.. Jadi tolong la bagi moral support kat mereka.. Itu sahaja dah ckup.

Tolong pakai mask, cuci tangsn dengan kerap, kekalkan jarak 1 meter dan jaga SOP..

Sekian karangan dari pesakit covid

Terima kasih buat semua staff nurse/doktor2ICU  Hospital Sultanah Bahiyah yang menjaga aku dengan baik sekali. Mandikan aku, urut aku, sikat rambut aku, ikat rambut aku..Ya Allah baik sangat depa. Kalah hospital swasta taw 😭

Terima kasih staff nurse dan doktor Hspital Sultanah Bahiyah lama sebab jaga aku sepanjang kat wad biasa.. Alhamdulillah depa smua ikhlas buat kerja depa. Aku harap aku mampu tolong depa dengan bagi awareness kat semua orang pasal covid.

Family is everything. Bila jadi macam ni kami saling menyayangi, saling support sesama kami. Mungkin kasih sayang mak buat kami adik beradik rapat macam ni..

Al-fatihah mak Rogayah Bt Md Desa 

Sehingga hari ni masih belum tengok kubur mak

Rindu yang tak terucap...

Sumber : Myra Jijie


Catat Komen

5 Ulasan

  1. Ya Allah dugaannya.. sedih ☹️

    BalasPadam
  2. Ya Allah...sedihnya baca. Moga keluarga Myra Jijie tabah menghadapi dugaan besar ini.

    BalasPadam
  3. Tenguk orang kena jolok hidung tu pun dah ngeri.
    Semoga kita dihindar idaripada wabak ini

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)