Advertisement

KDRAMA BIRTHCARE CENTER FULL EPISODE

KDRAMA BIRTHCARE CENTER | Drama Birthcare Center menemui penonton setiap hari Isnin dan selesa jam 9 Malam di saluran TVN. Drama ini di bintangi oleh Uhm Ji-Won. Drama bergenre komedi ini disiarkan sebanyak 8 episod.



Sinopsis KDrama 

Oh Hyun-Jin seorang wanita berkerjaya. Ketika dia disahkan naik pangkat, dia juga disahkan mengandung buat pertama kali walaupun usia dia dah lanjut.

Dia memang sibuk dengan kerja dan selalu juga mengabaikan kandungan dia. Dia melalui hari2 dia macam biasa. Tak macam orang yang mengandung.

Bab bayi dalam kandungan tu semua suami dia yang uruskan. Suami dia juga yang pergi kelas untuk ibu mengandung, suami dia yang akan sibuk nak berbual dengan baby dalam perut. Dia tak de buat apa. Sibuk dengan kerja saja.

Dari start air ketuban turun sampai la bayi dia lahir, dunia dia berubah serta merta. Dia tak tahu satu apa pun pasal bayi. nak menyusukan anak paling susah la bagi dia. 

Lepas bersalin dia masuk ke Birthcare centre. Disini lah dia kenal ramai ibu2 yang baru melahirkan anak. kat sini dia belajar macam-macam. Kat birthcare centre ni orang tak pandang dia kerja apa, gaji berapa, pandai ke tidak. 

Di Birthcare centre ni wanita2 ni di nilai dari cara mereka menguruskan anak-anak mereka.  Drama wajib tonton untuk  mereka yang tengah mengandung, nak mengandung, nak beranak, dah beranak dan nak beranak lagi,.

Drama: Birthcare Center (English title) / Postnatal Care Center (literal title)
Revised romanization: Sanhoojoriwon
Hangul: 산후조리원
Director: Park Soo-Won
Writer: Kim Ji-Soo
Network: tvN
Episodes: 8
Release Date: November 2, 2020 --
Runtime: Monday & Tuesday 21:00
Language: Korean
Country: South Korea

Pelakon:

Uhm Ji-Won - Oh Hyun-Jin
Park Ha-Sun - Jo Eun-Jung
Jang Hye-Jin - Choi Hye-Sook
Yoon Park - Kim Do-Yoon
Choi Ri - Lee Roo-Da
Lim Hwa-Young - Park Yoon-Ji
Park Si-Yeon - Han Hyo-Rin
Choi Soo-Min - An Hee-Nam
Nam Yoon-Soo - Ha Kyeong-Hoon

Tonton Kdrama BirthCare Center Full Episod 






Catat Komen

2 Ulasan

  1. Macam tu pulak ye. Suami kena belajar semua sibuk punya pasal. Ada positive side dia bila dia masuk Birthcare centre tu kan. Okay baik, nak tengok bila ada masa nanti. Banyak dalam list dah ni. hihi

    BalasPadam
  2. tak tengok lagi drama ni.
    banyak sgt list drama nak tengok.
    ekeke.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)