Advertisement

HAPPY NOVEMBER - POSITIVE THING IN OUR LIFE

HAPPY NOVEMBER - POSITIVE THING IN OUR LIFE | Bulan November sudah pun tiba. Kita ni dah dikira berada dipenghujung 2020.  Tahun ni banyak perkara yang dirancang hilang macam tu saja. Tinggal lagi sebulan lebih saja untuk kita lakukan apa yang dirancang untuk 2020. Walaupun sama-samar tapi saya masih berharap  80 % apa yang dirancang dapat berjalan dengan baik.



Alhamdulillah bulan November saya bermula dengan baik. Saya dapat hadiah dari Blogger Dana Miswan. Comel je hadiah nya. Saya dah gunakan pun. Mask extender ni dapat dua. 1 saya tinggalkan dalam kereta dan satu lagi letak dalam rumah. Takut terlupa bila nak keluar  sebab tu kena letak dalam kereta.

Selalunya tengok je hasil tangan Dana ni dalam blog dia. Tapi kali ni dapat juga sentuh depan mata hasil kerja manik Dana ni. Dia ni memang hebat tau bab- bab memanik kan baju-baju. Kalau saya ada bakat macam ni, best sangat rasa.



Terima kasih Dana. Dana ni rajin blogwalking. Boleh dikatakan ada saja komen dia di mana-mana blog. Sejak bertahun-tahun memang dia je la yang mengisi setiap komen di post saya.

Walaupun masa tu blog saya hilang arah, tak berupdate , dia tetap datang menjengah blog saya. Terima Kasih banyak-banyak Dana. Semoga dilimpahkan rezeki untuk keluarga Dana.

Yang kedua nya bulan ni dapat lagi hasil dari blog melalui google adsense. Saya memang sasarkan untuk dapat hasil adsense  setiap bulan. Walaupun tak banyak tapi Alhamdulillah, ni pun dah cukup. Maklum la, selera kecik. Hahahah.

Untuk perancangan bulan November ni saya cuma nak lebih menjaga bab kesihatan, menguruskan masa dengan lebih baik dan terus fokus pada blog dan anak-anak. Ada orang fikir bila duduk rumah, tak bekerja lebih mudah nak uruskan masa mengikut apa dirancang.



Tapi sebenarnya tak jugak. Disebabkan ada banyak masa terluang jadi surirumah kurang berminat nak merancang macam-macam perkara sepanjang hari. Mereka lebih suka buat apa saja mengikut kesesuaian masa mereka. Rasa nak buat, mereka buat. Kalau malas, mereka golek depan tv je. Sudah nya apa yang dirancang tu jadi asap je la.Hahaha.

Ok. tu je la untuk entry pertama bulan november. Macam mana dengan permulaan november korang? Kongsikan di komen untuk memberi inspirasi pada pembaca lain.

Catat Komen

2 Ulasan

  1. Permulaan November ok sahaja. Ada sakit bawah dagu tapi anggap ujian kecil sahaja.
    Haha betul pendapat apabila banyak masa terluang, tiada merancang. Buat apa dikehendaki dan penting ketika itu.

    BalasPadam
  2. Tahun ni rasanya tahun mendidik mental dan emosi. Atau mmungkin PC je rasa macam ni. Dah masuk bulah November. Biasanya bila dah hujung tahun masa yang berlalu dirasakan lebih cepat. PC cuma berharap dapat balik kampung kerana dalam keadaan sekarang banyak juga yang mesti dipertimbangkan.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)