Advertisement

DURIAN MAKANAN PALING SEDAP DI MALAYSIA TAPI RAMAI YANG TAK SUKA

 

DURIAN MAKANAN PALING SEDAP DI MALAYSIA TAPI RAMAI YANG TAK SUKA | Setiap kali tiba musim durian, ramai yang mencari-cari gerai menjual durian. Satu kepuasan bila dapat makan durian yang berisi tebal dan sedap. Baunya saja sudah buat ramai tak senang duduk. 

Harga yang mahal bukan penghalang bagi pecinta durian . Apa yang penting ialah dapat merasai kenakan Durian yang musimnya hanya datang setahun sekali. Tapi tahu tak sebenarnya walaupun durian sangat digemari rakyat Malaysia, ramai juga yang tidak menggemari raja buah ini.


Status saya di facebook semalam mendapat banyak komen yang berkongsi jenis makanan yang mereka tidak suka walaupun ramai yang kata sedap.

"Namakan Sejenis Makanan Yang Korang Tak Suka .. Walaupun Orang Lain Kata Sedap gila!"

Boleh dikatakan 60% komen mengatakan Durian dan Tempoyak (Isi Durian yang di peram sehingga masam dan dimakan bersama nasi )  sebagai makanan yang mereka tidak gemari walaupun ramai yang menyukai makanan tersebut.







Selain Durian dan Tempoyak, Kerang dan Petai juga berada dalam senarai teratas. 

Kerang mempunyai rasa yang agak kuat sama seperti kupang. Ada orang yang akan mengalami alahan selepas makan kerang. Biasanya akan sakit perut dan cirit birit.

Petai pula mempunyai bau yang agak kuat dan untuk menghilangkan bau mulut selepas makan petai bukan lah mudah. Saya sendiri tak berani masuk tandas awam bila tiba musim petai ni.Hahahah

Bila dilihat komen-komen yang dikongsi kan ni, saya rasa ada juga dalam senarai tu yang saya tak suka selain Cheese cake. Contohnya macam Durian Creppe dan budu. 

Agaknya kenapa mereka tak suka kan makanan-makanan yang dinyatakan tu ye? Mesti ada kisah disebaliknya..

Catat Komen

4 Ulasan

  1. Wak makan durian tetapi tak makan tempoyak atau apa2 makanan yang ada tempoyak.

    BalasPadam
  2. Ekin durian x leh makan.. Tapi tempoyakk boleh makan hahaha..

    BalasPadam
  3. Saya tak sukaa durian tapi tempoyak layan.. Lagi2 yang pure tempoyak tu makan dgn sambal belacan peh hahaha

    BalasPadam
  4. macam saya pulak saya tak suka petai, yang lain2 tu rasanya okay je, terutama durian, saya mmg hantu durian :)

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)