Advertisement

DRAMA TERCIPTA SATU IKATAN ASTRO RIA EPISOD 1 - 20

DRAMA TERCIPTA SATU IKATAN ASTRO RIA EPISOD 1 - 20 | Astro Ria bakal menayangkan Drama Tercipta Satu Ikatan untuk slot Megadrama. Drama ini menampilkan Hannah Delisha bersama Aeril Zafrel sebagai watak utama. Drama 20 episod ini adalah terbitan suhan Movies. Drama ini juga diadaptasi dari novel dengan tajuk yang sama karya Laydee Amarfee



Sinopsis Drama

Bagi Leanna, mengahwini Daniyal bukan hanya sekadar memenuhi kehendak daddynya. Tapi dia memang jatuh cinta dengan lelaki itu. Polosnya Leanna kerana menganggap Daniyal juga sama sepertinya, melamar kerana cinta.

Dinginnya Daniyal tidak pernah membuat hatinya curiga. Malah dia sentiasa berusaha menjadi isteri terbaik buat lelaki itu.



"Malam ni boleh tak you berlakon gentleman sekejap? " - Leanna

"I kacak di mata you, tapi masih tak cukup gentleman?" - Daniyal




Hidup mereka bahagia. Namun, satu pesanan ringkas yang diterima membuatkan hati Leanna bagai dihempas ke lantai. Hancur berkecai. Banyak persoalan mula timbul.

"Kenapa you kahwin dengan I, Dan?" - Leanna

"Because I love you, Ann." - Daniyal

Jawapan Daniyal yang berulang kali menyatakan cinta sudah tidak mampu membeli hati Leanna. Dia pergi membawa diri. Vila yang besar tidak lagi memberi bahagia buatnya.

"I bagi you dua pilihan. Balik dengan I, atau I move in tinggal dengan you." - Daniyal

"Dua pilihan you akan end up dengan perkara yang sama." - Leanna




Memujuk Leanna bukan perkara yang mudah buat Daniyal. Lebih payah bila Risa muncul menuntut janji dan mengingatkan tentang tujuan asal mereka.

"Sebab you dah sayangkan dia, you lupakan I dan lupa apa plan asal kita?" - Risa

Apakah sebenarnya tujuan Daniyal menerima tawaran Jeffery untuk mengahwini Leanna? Kerana harta atau dendam?

Apa yang berlaku sebenarnya tidak pernah melibatkan Leanna. Tapi kenapa di akhirnya, dia juga yang terpaksa menanggung semua sengsara? 



Pelakon Drama:

Aeril Zafrel - Daniyal
Hannah Delisha - Leanna
Sophia Barakbah - Risa
Nadhir Nasar - Sirhan
Fyda - Qish

Soundtrack Drama :


Tonton Online Drama Tercipta Satu Ikatan Episod penuh


Tercipta satu ikatan Episod 1

Catat Komen

2 Ulasan

  1. Tak dapat tengok sebab astro ria tak de.

    BalasPadam
  2. Nak tengok la cerita ni..yg dah lepas kena qada balik.. love hannah delisha 😊

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)