Advertisement

DRAMA BIAR MEREKA CEMBURU ASTRO RIA MEGADRAMA

DRAMA BIAR MEREKA CEMBURU ASTRO RIA MEGADRAMA | Drama adaptasi novel Biar Mereka cemburu terbitan Global Station Sdn Bhd menampilkan gandingan Aiman Hakim Ridza dan Nabila Razali. Drama Romantik Comedy ini akan bersiaran pada bulan november ini di Astro Ria dalam slot Megadrama.


Sinopsis Drama Biar Merek cemburu


Nadia, satu-satunya konduktor bas di KL ini yang kalau dirapikan penampilannya, pakai cantik-cantik, agaknya berduyun-duyun lelaki yang jatuh cinta. Tetapi dalam kesederhanaannya itu jugalah, dia masih berjaya menambat hati dua orang jejaka. Seorang pemandu bas dan seorang lagi anak tengku. Bukan main lagi kan? Dia keliru. Hendak memilih cinta yang mana satu sedangkan hendak bercinta pun dia tidak tahu!


Rostam, pemandu bas yang malu tapi mahu orangnya. Punyalah berat mulut hendak meluahkan perasaan kepada konduktor basnya sendiri. Apabila datang kekuatan dalam diri untuk berterus-terang, datang pula pesaing yang membuatkan dirinya rasa tercabar. Dia perlu cepat melafazkan kata-kata cinta tetapi sempatkah dia? Tapi jangan tak tahu, dia juga ada peminat fanatiknya sendiri. Tiap-tiap hari mengajaknya kahwin! Perempuan berani mati yang sanggup terjun bas apabila dia menolak cinta perempuan itu. Dahsyat!


Iedil, anak tengku, lelaki yang punya segala-galanya. Termasuklah kekasih hati. Tetapi entah bagaimana, boleh pula dia berkenan dengan konduktor bas seorang ini. Sampai sanggup naik bas tiap-tiap hari ke tempat kerja semata-mata mahu berjumpa dengan si konduktor cantik ini. Tapi bukan senang! Sebab dia kan sudah ada kekasih hati. Aduh, macam mana ni?

Pitam!!! Di sana menanti, di sini menunggu. Di kota Paris, Nadia membuat istikharah.



Pelakon

Aiman Hakim Ridza -Tengku Eidil

Nabila Razali -Nadia

Izzat Mushtaq -Rostam

Rubini -Marsha

Aedy Ashraf -Fetri

Bella Dowanna -Nabila

Hasmira Azmi -Sofea

Syahir Shafein -Reza

Adam Malek -Nabil

Shah Rezza -Tengku Alauddin

Mas Anizan -Engku Zulaikha


Soundtrack Drama Biar Mereka Cemburu Siaran Astro Ria Megadrama



Catat Komen

1 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)