Advertisement

DRAMA ANDAINYA TAKDIR FULL EPISOD

DRAMA ANDAINYA TAKDIR FULL EPISOD  |  Andainya Takdir ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 arahan Along Kamaludin, dibintangi oleh Shukri Yahaya, Nina Iskandar dan Puteri Balqis. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari Mei 2017


Sinopsis Andainya Takdir

Mengisahkan ketabahan Fatihah (Nina Iskandar) dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil (Shukri Yahaya) yang penuh cabaran. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri yang bernama Aleeya (Puteri Balqis). Kehidupan tiga beranak ini sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil dan setiap perbuatan Fatihah yang dilakukan tanpa kenan Airil, Fatihah pasti akan dipukul sehingga lebam.

Fatihah yakin bahawa dia mampu bertahan dengan sikap suaminya yang sebegitu demi Aleeya. Namun, kesengsaraannya tidak tertumpu kepada suaminya sahaja, sikap ibu mertuanya pula tidak menyumbangkan sebarang kebaikan dalam perkahwinannya. Ibu mertua Fatihah, Normah (Sheila Mambo) sentiasa bersikap keras kepala, menghasut, dan berprasangka buruk sentiasa membuat Fatihah kegetiran. Normah sememangnya tidak disenangi orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat. Fatihah juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang olehnya. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya sehingga sering membuat Fatihah berasa terpinggir.

Pahit getir Fatihah bertambah lagi dengan iparnya, adik kepada Airil, Norlin (Annie Ariffin) yang obses kepada kanak-kanak sentiasa dengki terhadapnya kerana Norlin tidak mampu untuk mempunyai zuriat. Cemburu dengan Fatihah yang cantik, tambahan pula mempunyai Aleeya, seorang anak yang tidak kurang cantiknya dan bijak, Norlin sentiasa menghasut ibunya untuk memaksa abangnya pulang ke kampung kerana Norlin ingin bermain dengan Aleeya. Sekiranya tidak dituruti permintaannya, Norlin mengugut untuk tidak pulang ke kampung juga.

Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu. Dapatkah perkahwinan Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? Adakah Normah, Norlin, dan Airil berubah sikap demi mengecapi sebuah keluarga yang harmoni?

Pelakon Drama Andainya Takdir


Shukri Yahaya - Airil
Nina Iskandar -Fatihah[
Puteri Balqis -Aleya
Sheila Mambo -Normah
Idris Md Diah -Jalal
Rosnah Mat Aris -Limah
Talha Harith - Zaki
Erry Putra -Muhsin
Adiba Yunus -Liza
Sabhi Saddi -Rahmat
Dian P. Ramlee -Salmah
Dilla Ahmad -Saidah
Putra Amaris -Rozali
Annie Arifin -Norlin

Soundtrack Drama Andainya Takdir

Permata Cinta - Aiman Tino



Tonton Andainya Takdir Full Episod



















Catat Komen

2 Ulasan

  1. KALAU LAPANG NK JUGA MENONTONNYA

    BalasPadam
  2. PC rasa bukan sekadar drama tapi realiti pun ada berlaku kes macam ni.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)