Advertisement

DOA ZIKIR UNTUK MENENANGKAN HATI YANG GELISAH

ZIKIR UNTUK MENENANGKAN HATI YANG GELISAH | Manusia mana yang tak pernah rasa gelisah? Ada masa-masanya kita akan dilanda kesusahan dan masalah. Rasa resah gelisah akan muncul kerana manusia ini diciptakan dengan tabiat resah gelisah apabila ditimpa kesusahan. 



Situasi akan menjadi lebih teruk bila ada tekanan dan menambahkan lagi perasaan resah gelisah. Lagi-lagi dalam keadaan pandemik sekarang pasti ada antara kita yang sedang dalam keadaan resah gelisah. JIka tidak dikawal mungkin akan menyebabkan kemurungan dan mungkin akan menyebabkan sesuatu yang lebih buruk akan berlaku.

Untuk menenangkan hati yang resah gelisah ada doa dan zikir yang boleh diamalkan setiap dari kita.



لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ


Doa Untuk Tenangkan Jiwa Dan Hilangkan Resah Gelisah

Doa Memohon Ketenangan 


رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَٰذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَلْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ

 Robbanaa akhrijnaa min haadzihil qoryatidz dzoolimi ahluhaa waj’al lanaa min ladunka waliyyan waj’al lanaa min ladunka nashiiroo. 

Maksudnya:

Ya Allah, keluarkanlah kami dari tempat ini yang zalim penduduknya ini, dan berilah kami pelindung dari sisi‐Mu serta berilah kami penolong dari Mu”

(QS. An‐Nisa: 75)


Doa Penenang Hati 1

اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ

 Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaamatil a’daa’

Maksudnya:

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh

Doa Penenang Hati 2

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث

 Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths. 

Maksudnya:

Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan.


Doa Penenang Hati 3

اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا

 Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla. 

Maksudnya:

Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.”


Doa Penenang Hati 4

اللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ

 Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal. 

Maksudnya:

Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang

Amalan Untuk Tenangkan hati

Bersabar dalam menghadapi setiap masalah,Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian nya.

Membaca dan mendengar ayat-ayat suci al-quran

Membaca surah Yasin

Mengerjakan solat Tahajud

Memperbanyak kan zikir dan beristigfar

Mengerjakan solat taubat

Sentiasa mengingati Allah.


Catat Komen

2 Ulasan

  1. Terima kasih atas perkongsian doa doa ni kak. Semoga kita terus istiqomah.

    BalasPadam
  2. Terima kasih kak diana pengkongsian doa2 ni

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)