Advertisement

DOA YANG DIBACA KETIKA HUJAN

DOA YANG DIBACA KETIKA HUJAN | Sampai lah kita di penghujung tahun. Macam biasa setiap hujung tahun, musim hujan akan melanda negara kita. Boleh dikatakan setiap hari akan hujan. Alhamdulillah.. Hujan adalah rahmat kepada kita semua. Kita patut bersyukur dengan turunnya hujan.



Selain bersyukur dan mengucapkan Alhamdulillah, terdapat doa yang boleh dibaca ketika hujan turun. 

Doa-doa ketika hujan:

Doa Ketika Hujan Turun 1

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻴِّﺒًﺎ ﻧَﺎﻓِﻌًﺎ

“Ya Allah turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat.” (Hadis riwayat al-Bukhari)



 Doa ketika Hujan Turun 2


ﻣُﻄِﺮْﻧَﺎ ﺑِﻔَﻀْﻞِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺘِﻪِ

“Kita diberi hujan kerana kurnia dan rahmat Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Doa Ketika Hujan Yang Sangat Lebat dan Bertambah Buruk

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺣَﻮَﺍﻟَﻴْﻨَﺎ ﻭَﻟَﺎ ﻋَﻠَﻴْﻨَﺎ,ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻋَﻠَﻰ ﺍلآكَاﻡِ ﻭَﺍﻟﻈِّﺮَﺍﺏِ ﻭَﺑُﻄُﻮﻥِ ﺍﻟﺄَﻭْﺩِﻳَﺔِ ﻭَﻣَﻨَﺎﺑِﺖِ ﺍﻟﺸَّﺠَﺮِ

“Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosak kami. Ya Allah, turunkanlah hujan di dataran tinggi, bukit-bukit, perut lembah dan tempat tumbuhnya pokok- pokok.” (Hadis riwayat al-Bukhari) 

 Hukum Mencela Hujan

Ketika musim hujan ini, ada masanya hujan akan turun dengan sangat lebat dan tidak mengira masa. Ada tempat-tempat yang menerima taburan hujan yang lebih tinggi. Sebagai orang biasa yang tidak ada kepakaran dalam menjangkakan bila hujan akan turun, sedikit sebanyak ianya akan menjejaskan aktiviti harian kita.

Namun di dalam Islam kita dilarang untuk mencela hujan.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

قَالَ اللَّهُ تَعَالَى يُؤْذِينِي ابْنُ آدَمَ، يَسُبُّ الدَّهْرَ وَأَنَا الدَّهْرُ، بِيَدِي الأَمْرُ، أُقَلِّبُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ

Maksudnya: Allah S.W.T berfirman: Anak Adam menyakiti Aku. Dia mencela masa sedangkan Aku adalah masa. Di tangan-Ku ada segala urusan. Aku lah yang membolak-balikkan siang dan juga malam.




Allah S.W.T yang menurunkan hujan dan mencela hujan hakikatnya adalah mencela zat yang menurunkannya iaitu Allah. Secara asasnya hujan merupakan salah satu nikmat daripada Allah S.W.T. Bahkan menjadi suatu sunnah bagi seorang muslim itu apabila melihat turunnya hujan untuk berdoa.


Bahkan hukum haram ini tidak terbatas kepada mencela hujan semata-mata. Bahkan menganggap sial dan mencela sesuatu masa seperti hari, bulan, atau tahun tertentu, ataupun mencela musim kemarau yang panjang, maka hukumnya juga adalah haram kerana Allah S.W.T lah yang mengurus tadbir kesemuanya ini. sumber; pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Catat Komen

7 Ulasan

  1. hujan..syok tido. alamak wfh..lagi tak cukup tido dibuatnya huhu

    kak, nanti emelkan saya alamat akak ya di syaznirahim@gmail.com :)

    BalasPadam
  2. Bagi PC hujan adalah nikmat. Salah satu bukti kekuasaan Allah SWT .

    BalasPadam
  3. Risau kalau hujan lebat banyak sangat tahun ni. Awal tahun depan kita kemarau lama.

    BalasPadam
  4. Sama2 kita amalkan. Tq D utk perkongsian.

    BalasPadam
  5. tq share. kak pip suka bila hujan turun.
    rasa sejuk2, aman dan nyaman cuaca.

    BalasPadam
  6. Sama sama kita amalkan. InshaAllah. Terima kasih atas perkongsian.

    BalasPadam
  7. alhamdulillah hujan rahmat di penghujung tahun...

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)