Advertisement

BOLEHKAH RAMBUT BERUBAN KEMBALI MENJADI HITAM

Baru-baru ini seorang sahabat bertanya kepada saya bolehkan rambut yang beruban kembali menjadi hitam? Setakat ini saya belum pernah membaca atau mendengar ada ubat hospital atau klinik untuk mengembalikan rambut beruban kembali menjadi hitam .Kebanyakan yang menawarkan khidmat merawat rambut beruban hanyalah spa dan salon rambut. Jadi susah untuk saya mengatakan bahawa rambut beruban boleh kembali menjadi hitam



Tapi tak salah untuk anda mendapatkan khidmat nasihat doktor berkaitan uban  kerana uban juga petanda anda mungkin mengalami masalah kesihatan lain. Terdapat satu kajian mendedahkan lelaki muda yang beruban berisiko mendapat penyakit jantung. Mungkin juga rambut beruban disebabkan oleh stress. Semua ini memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan.


Punca Rambut Beruban

Rambut kita kelihatan hitam kerana adanya pigmen hitam yang disebut melanin. Terdapat kelenjar penghasil melanin di akar rambut, ketika kelenjar berhenti menghasilkan melanin, rambut kita berhenti mendapat pigmen hitam sehingga mulai kelihatan kelabu dan semakin memutih. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan ianya berlaku

  • Keturunan
  • cara hidup
  • kemurungan / kurang tidur
  • tabiat makan / pengambilan makanan ringan dan goreng yang berlebihan
  • kekurangan nutrien yang betul dalam diet
  • masalah pencernaan kronik / sembelit 
  • kurang minum air
  • penggunaan warna rambut dan bahan kimia lain secara berlebihan
  • merokok, minum teh, kopi dan alkohol
  • kekurangan latihan fizikal yang menyebabkan peredaran darah yang lemah di kepala

Dari pembacaan saya juga tak ada ubat-ubatan yang menghentikan pertumbuhan uban. Yang ada hanya lah petua menggunakan bahan semulajadi untuk melambatkan proses penuaan pada rambut.

Mungkin saya kurang membaca sampai tak tahu ada atau tidak ubat untuk rambut beruban.Maafkan saya.



Cegah dan kawal Rambut Beruban

Jika anda mahukan tips dan petua untuk rambut beruban disini saya kongsikan cara untuk melambatkan pertumbuhan rambut beruban yang boleh anda cuba. Cara ini juga bukan sahaja menyihat kan rambut malah tubuh badan anda sekaligus

  • Tidur awal lebih baik pada pukul 10 dan bangun awal dan pergi berjalan-jalan pagi

  • Lakukan yoga  dan senaman pernafasan; selalu ingat untuk menarik dalam dan melepaskan nya. Ini adalah kebiasaan yang sihat terutama bagi orang yang menderita migrain, insomnia dan kemurungan.


  • Jangan merokok dan hentikan pengambilan alkohol

  • Masukkan lebih banyak sayur-sayuran dan salad berdaun hijau dalam makanan anda.

  • Pastikan usus anda bersih.

  • minum banyak air.



Petua Meningkatkan Kesihatan Kulit Kepala dan Rambut

Terdapat juga beberapa kaedah yang luar biasa untuk meningkatkan kesihatan kulit kepala dan rambut anda dan menjadikannya sihat, hitam dan kuat: -

  • Rebus daun kari dan buah amla dalam minyak kelapa sehingga ia tidak menjadi hitam, kemudian gunakannya sebagai minyak rambut

  • Gunakan dadih sebagai conditioner rambut.

  • Jaga kebersihan rambut anda, gunakan syampu dengan nilai ph yang sesuai

  • Gunakan sikat yang bersih. Janganberkongsi sikat dengan siapa pun, dan sering membersihkan sikat anda.

  • Urut kulit kepala anda beberapa kali dengan minyak kelapa suam.

  • bungkus kepala dengan tuala basah yang direndan dengan air panas  selepas mandi. Cara ini akan membantu membuka liang kulit kepala dan memperbaiki peredaran darah.

  • Urut kulit kepala 2 cm di sekitar pusar kepala setiap pagi.

Rambut beruban bukan lah berakhirnya waktu anda untuk merasa muda kembali. Ada orang yang nampak lebih menarik walaupun rambut beruban. Dengan sikit sentuhan kemasan rambut, anda masih boleh nampak kekal bergaya.

lelaki yang beruban nampak lebih matang, nampak bijak dan banyak pengalaman. :)



Catat Komen

4 Ulasan

  1. takpelah saya embrace saja uban ini hehe

    BalasPadam
  2. baru mama tau rupanya uban ni jadi selain dari faktor penuaan ye.. tq for sharing

    BalasPadam
  3. uban dekat rambut saya sehelai dua jer...

    mungkin belum cukup tua

    BalasPadam
  4. ohh boleh ye macam tu. Zaman sekarang macam trend pulak rabun beruban. Terbalik sudah

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)