Advertisement

BISKUTEA CARAMEL TEALIVE SEDAP KE TIDAK

BISKUTEA CARAMEL TEALIVE SEDAP KE TIDAK | Dah berapa hari terliur tengok ramai share pasal Biskutea  tu. Saya pun nak order juga la. Eh!! sekali dah sold out la. Memang barang panas ni. kalau lambat memang tak merasa lah. 

Photo: Patenrazali

Last2 order je Milk Choc Shaka Lava With Oreo. Saya pun tak tahu la Biskutea  tu  boleh lawan tak dengan Rasa Milk Shaka Lava ni. Kalau boleh lawan memang kira hebat la. Setakat ni Milk shaka lava je la yang kena dengan tekak saya dan anak-anak.

Oleh sebab Biskutea ni susah sangat nak mendapatkan nya jadi lagi la teringin sangat nak rasa. Melihatkan pada review Biskutea di twitter tu, memang ramai juga yang kata sedap. Siap nak repeat beli lagi. Tu la yang buat saya ni tertanya-tanya sedap sangat ke.






Biskutea ni dia pakai biskut Lotus sebab tu rasa sedap. Agak-agak korang kalau saya beli susu rendam dengan biskut Lotus sedaptak? Hahah.. Tak pernah cuba pulak. Selalunya Biskut lotus tu saya makan cicah dengan kopi o je. Tu pun dah cukup sedap dah tu.

Hahahah..

Harga Biskutea Caramel Tealive ni cuma 10.90 saja untuk larger size. Kalau tengok dari gambar1 yang diaorang share ni saya tertanya2 pulak kita tak boleh tambah apa-apa ke dalam biskutea ni sebab I suka letak puding dalam tealive. 

Paling saya tak suka dia punya pearl. Tak tahu la bila makan tealive ada pearl ni, perut rasa tak sedap. macam pedih ulu hatipun ada. So kami anak beranak kalau nak beli tealive tak suka letak pearl.

Shaka Lava Tealive  ada puding.. shedap.. :)

Korang rasa biskutea Caramel Tealive sedap ke tidak? Kalau dah rasa sudi-sudi kan share di komen. 


Catat Komen

11 Ulasan

  1. teringin gak nak cuba..hehe

    BalasPadam
  2. ari tu ternampak suzlin share kat FB, katanya tak berbaloi beli...terus terbantut nak rasa..tapi ramai pulak cakap sedap ekk

    BalasPadam
  3. Tak sempat nak rasa, kena tunggu dorang restock dulu. Selalu kita suka aloe vera jer, hehe

    BalasPadam
  4. Ya Allah sama tidak suka mutiara itu. Pelik tidak boleh dihadam rasa. Oleh sebab itu tidak minat hendak minum Tealive atau air boba lain walaupun orang kata perisa itu sedap ini sedap. Bayangkan mutiara itu terus mati selera.
    Takpelah lain orang lain citarasa. Saya memang tidak terpengaruh sangat hendak beli.

    BalasPadam
  5. nampak ramai yang share cakap sedap. tak rasa pun lagi. jarang beli tealive sekarang ni. dah ada perisa baru, bolehlah cuba nanti.

    BalasPadam
  6. tealive ni pernah rasa yang bobba je kak... hehehhe

    BalasPadam
  7. fuh menggoda. nak beli ke tak ni ek..emmm emmm alaaaa

    BalasPadam
  8. Sejujurnya Eina pernah try sekali je Tealive ni, itupun ada orang bagi, hehe
    Sedap memang sedap tapi dia punya pekat manis tu tak boleh nak telan banyak.

    BalasPadam
  9. Jarang minum ni, tak tahu apa la yg sedap. ahahhahaa.. nanti bolehla try yg baru.. ada yg ckp biasa je.. cair sgt.. baik makan ni ngn susu... kwn la yg ckp.. sy pun x mencarik lagik

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)