Advertisement

BAWANG NAIK HARGA SEKILO RM25

BAWANG NAIK HARGA SEKILO RM25|Macam tak percaya je dengan harga bawang sekarang ni. Harga bawang naik berganda-ganda. Semalam pesan kat suami belikan bawang. Sekali dia balik beli 10 biji je dalam plastik


Pelik juga ni. Selalunya dia beli satu karung terus. Kali ni beli 10 biji je. Suami kata bawang naik harga. Naik sampai rm25 lebih sekilo. Sebab tu dia beli sikit je.

Nak melompat saya dengar. Mahal sangat tu.

Sebelum2 ni harga bawang cuma rm6.50. Ada kedai yang jual 1 karung kecil tu dalam rm5 lebih je. Tapi sekarang dah tak jumpa harga tu. 

Menurut apa yang saya baca, hujan lebat di Pakistan dan India pada penghujung Oktober menjejaskan pengeluaran bawang dan menyebabkan banyak bawang rosak.  Ini menyebabkan bekalan bawang ke beberapa negara turut terjejas termasuk lah Malaysia.


Bila permintaan tinggi tapi stok tak ada, harga akan melambung tinggi.  Peruncit pembekal memang akan naik kan harga supaya tak mau rugi.

Ada kedai yang jual hampir rm30 sekilo dan tak mustahil  Bawang naik harga lagi dalam seminggu dua ni.

Harap harga bawang ni akan turun dalam masa terdekat dan pihak berwajib perlu campurtangan. Kesian pada peniaga yang memerlukan bekalan bawang. Macam mana pun mereka juga kena naik kan harga kalau nak kekalkan kualiti maknan yang mereka jual. 

Catat Komen

8 Ulasan

  1. mak aih mahalnye bawang.. semalam iena beli online je dekat apps.. lepas bayar pastu dorang call bawang abes..haha ke ade kaitan ni org borong bawang takot bawang naik lg ke haha

    BalasPadam
  2. Bila ada satu barang naik lagi-lagi barang keperluan harian, nanti akan terus ada yang mennyusul naik.. kalau bawang besar biasa PC guna untuk dua jenis masakan atau dua kali masak.Memang bagi PC itu je cara nak jimat sikit.kalau tak juling mata tengok harga.

    BalasPadam
  3. Alamak! Naik harga dah ke bawang? Lama tak beli bawang sebab banyak stok. Ingatkan RM20 sekilogram harga paling mahal, itu di kusim PKP yang dulu. Rupanya sekarang naik lagi!

    BalasPadam
  4. Betul suami pun ada komplen dari 2 minggu lepas harga bawang merah meningkat sejemput RM5.

    BalasPadam
  5. mahalnya... mujur ekin beli awal lagi stock masih ada

    BalasPadam
  6. patut pagi tadi call mak kak ana kat kg cite bawang mahal D, kak ana stok bawang ada lagi tu tak tahu harga dah naik, ermmm.. apakah alternatif menggantikan bawang mereh ni kan ?

    BalasPadam
  7. Harga bawang semakin naik parah juga ni. Bahan asas yang wajib ada.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)