Advertisement

APA PERLU BUAT BILA SAKIT GIGI KETIKA MENGANDUNG

APA PERLU BUAT BILA SAKIT GIGI KETIKA MENGANDUNG | Ramai wanita yang mengalami sakit gigi ketika mengandung. Sakit ggii ketika mengandung biasanya berlaku akibat tabiat penjagaan kebersihan pergigian ibu sendiri yang tidak memuaskan dan perubahan hormon-hormon.



Ada mitos megatakan kalsium dalam badan ibu di serap oleh bayi untuk pembentukan tulang bayi. Ini tidak benar sama sekali kerana kalsium hanya diserap masuk kepada bayi dari pengambilan susu dan makanan lain yang mengandungi kalsium seperti keju.

Ketika si ibu mengandung mengalami sakit gigi mereka perlu berhati-hati dalam mengambil sebarang ubat-ubatan. Semua ubat-ubatan perlu mendapat kebenaran doktor.

Jika ibu mengandung mengalami sakit gigi apa yang mereka perlu lakukan?

Dapatkan rawatan di klinik gigi (masa terbaik untuk rawatan adalah trimester kedua) 

Memberus gigi dua kali sehari dengan ubat gigi berflorida

Memflos gigi setiap hari

Mendapatkan pemeriksaan gigi semasa mengandung

Mengurangkan pengambilan snek yang manis/mengandungi gula secara berterusan

Mengamalkan pengambilan mineral kalsium dari sumber yang sihat seperti susu dan keju



Petua sakit gigi yang selamat untuk wanita mengandung 

Bukan semua petua sesuai untuk ibu mengandung . Paling penting ialah mengelak kan penggunaan garam dan bahan-bahah yang merbahaya untuk kandungan. Antara petua sakit gigi  yang selamat untuk wanita mengandung ialah:-

Tomato dibelah dua, tampalkan pada bahagian yang sakit. Setelah sakit berkurang, kumur.

Hirisan bawang ditampal pada bahagian yang sakit. Biar sekurang-kurangnya satu jam untuk melihat kesannya.

Tuam atau tekap bahagian luar pipi yang bengkak dengan menggunakan ais.( untuk mereka yang tak mengalami gigi sensetif)

Berkumur dengan air suam atau rendam kain dalam air suam dan tekap pada pipi di bahagian yang sakit.

Sapu serbuk cengkih pada gigi yang sakit

Sapu minyak oregano

Sapu sedikit minyak pudina pada gusi yang sakit.


Catat Komen

2 Ulasan

  1. Ni biasa berlaku kat Tukang Kebun masa mengandung anak2 ketiganya memang ada kena juga sekali kena sakit gigi yang teramat. Time mengandung la gigi geraham kat belakang nak muncul.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah akk masa ngandung takde masalah dengan gigi. Tapi ada juga pegi buat rawatan, sudahnya gigi berlubang kecik je doktor korek jadi besar, tampal tercabut, tampal lagi tercabut lagi, entah berapa kali tampal, sampai last ni tampal kena rm200 baru tak tercabut..huhu

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)