Advertisement

ANAK UMUR BERAPA PATUT DIBERI MENGGUNAKAN SMARTPHONE

ANAK UMUR BERAPA PATUT DIBERI MENGGUNAKAN SMARTPHONE | Ada banyak sangat pendapat mengenai penggunaan smartphone pada anak-anak. Ada yang kata tak boleh , ada yang tak kisah nak bagi pada anak kecil dan ada juga yang kata  boleh bagi pada umur tertentu.


Saya mula beri anak perempuan guna smartphone masa dia berusia 10 tahun. Waktu tu dia mula kelas tambahan dan saya rasa perlu beri dia smartphone sebab bila dia nak balik class dia akan call saya atau ayah dia. Itulah permulaan saya beri smartphone pada Maisara.

 Apa kesan buruk dan kesan baik nya?

Saya cerita yang tak best dulu la. Kesan buruk masa bagi Maisara smartphone ialah dia akan gunakan smartphone tu sebagai imbuhan untuk apa saja benda baik yang dia buat.

" kalau kakak siapkan kerja sekolah awal, ibu bagi phone boleh ye?"

" Lepas kakak jemur baju , boleh kakak guna smartphone kan ibu?"

Memang pening kepala saya masa tu sebab walaupun saya bagi smartphone tapi  ianya berjadual. Smartphone tak sentiasa dengan dia. Tapi smartphone sentiasa ada dalam fikiran dia.

Itu lah satu-satunya kesan buruk beri smartphone pada anak diawal usia. Saya memang mengadap anak 24 jam jadi tak de masalah nak pantau bab smartphone ni. 

Tapi bagi ibu bapa yang kedua-duanya bekerja mungkin agak susah nak mengawal penggunaan smartphone pada awal usia. 

Sebab tu saya tak bantah dan saya tak juga menggalak kan ibu bapa bagi smartphone pada anak-anak. Ianya bergantung pada ibu bapa tu jugak.


5 nasihat untuk anak bila dia mula guna smartphone

 Masa awal-awal saya bagi Maisara guna smartphone , saya kerap bagi dia pesanan "boleh dan tak boleh" kalau nak guna smartphone.

Antara nasihat dan pesanan yang kami ulang-ulang setiap hari:- 

  •  - Jangan letak gambar dalam sosial media sebelum tunjuk gambar tu pada ibu atau ayah.


  • - Jangan approve sesiapa pun yang add friends , sebelum tanya ibu dan ayah.


  • - Jangan tinggalkan komen di mana2 page tanpa kebenaran ibu dan ayah.


  • - Jangan bertegur sapa dengan sesiapa saja yang hantar mesej private.

  • - Jangan install apa-apa app sebelum dapat kebenaran ibu dan ayah

Kami terangkan juga kesan-kesan buruk kalau dia buat sesuatu di sosial media  tanpa pengetahuan kami. Contohnya perkara-perkara berkaitan keselamatan, bab aurat , privasi dan sebagainya.

Kebaikan anak guna Smartphone diawal usia

Maisara ada facebook sejak umur 10 tahun tau. Jadi benda ni kena diingatkan selalu setiap kali tiba jam untuk dia guna smartphone. 

Alhamdulillah, diusia 13 tahun ni dia dah tahu apa yang boleh dan tak boleh bila menggunakan smartphone. sosial media terutamanya.

Dia tahu bila masa untuk dia stop guna smartphone. (Ini yang paling penting)

Dia dah pandai kawal diri bila ada komen-komen tak suka dengan posting dia. Dia tak murung, tak buat luahan perasaan kat sosial media, tak jadi attention seekers.

Bila dia nampak benda tak elok dalam phone dia, dia cepat2 block dan pastikan benda tu dia tak nampak dah.

Dia dah tahu nak kekalkan rakan yang positif dan buang rakan yang toxic.

Dan yang paling bagus dia pandai menggunakan macam-macam aplikasi photo dan video editor yang ada. Dia boleh buat doodle, lukis anime kegemaran dia, lukis logo untuk pertandingan . Semuanya dia gunakan smartphone.

Kalau korang perasan ada banyak kebaikan guna smartphone diawal usia yang saya tulis kan ni. 

Kenapa?? Sebab saya dan suami tak lepas tangan bila bagi anak guna smartphone. Anak saya punya phone pun saya boleh akses bila2 masa kalau saya nak.

Tak pernah la dia nak letak pasword yang saya tak tahu ke, atau sorok phone dia tak bagi saya buka. Tak pernah.


Kenapa ada Ibu bapa tak setuju beri smartphone pada anak

Kebanyakan ibu bapa yang tak bagi anak guna phone diawal usia kebanyakan nya diaorang tahu diaorang tak de masa nak pantau lebih2. Ada yang bekerja dan jarang ada di rumah.

Diaorang kenal anak diaorang macam mana. Diaorang tahu anak diaorang ni boleh ikut arahan atau pun tidak. 

Kadang2 saya tengok budak umur 17 baru dapat phone, terus jadi macam cempera orang utara kata. Dia punya tak lepas phone tu macam ada gam kat tangan. Maklum la, baru merasa.

Lepas tu tak reti nak kawal perasan bila kena kecam dan kritik. mula la toreh2 tangan dengan pisu sebab nak kan perhatian netizen. 

Pesanan saya, tak kira la berapa pun usia anak kita baru mula guna smartphone, jangan lepas tangan. Selalu pantau dan nasihat apa yang boleh dan tak boleh dibuat. Dalam smartphone ni ada macam-macam benda baru. 

Sebab tu pemantauan yang berterusan tu perlu. Selagi mereka di bawah tanggungjawab kita, sepatutnya lah  kita menjalankan tanggungjawab itu.


Catat Komen

6 Ulasan

  1. ya mesti rajin pantau anak2 kalau beri guna sp n jgn biarkan anak2 main game dlm talian hingga sanggup beli segala benda yg dijual admin web game xpasal2 kena tipu

    BalasPadam
  2. Prinsip dan pilihan ibu bapa yang berbeza-beza. Ada ibu bapa yang sedari bayi anak mereka sudah diperkenalkan dengan smartphone. Ada yang terus menolak sehinggalah usia yang dirasakan betul-betul wajar. Ada yang tetapkan usia sekian-sekian sudah mula didedahkan dengan smartphone. Setiap ibu bapa ada pertimbangan masing-masing. Kalau mula sedari bayi atau kanak-kanak memang kena pantau betul-betul,kerana bila sedari bayi sudah dibiasakan kemudian bila meningkat usia kanak-kanak ibu bapa baru sedar akan bahaya tertalu cinta pada smartphone ianya menjadi satu cabaran besar kerana anak-anak akan tantrum bila ibu bapanya cuba dan berusaha melarang atau mengurangkan penggunaan smartphone. Ada juga yang bila dah terbiasa,tiba-tiba ibu bapa cuba melarang,anak-anak ini meminta atau mengambil smartphone orang lain(ibu bapa saudara) untuk digunakan. Berilah ikut keperluan dan pada situasi yang dirasakan sesuai.

    BalasPadam
  3. anak sy mula pakai smart phone masa sek menengah, masa sek rendah tu guna phone biasa sebab senang nak call kalau kelas tuisyen dah habis, hehe

    BalasPadam
  4. 10 tahun baru guna smartphone lama sangat tu

    BalasPadam
  5. setuju dengan Diana.
    Kalau nak bagi anak guna smartphone, kita kena pantau.
    Tak kisahlah anak berapa umur, kena pantau dan kena bagi screen limit.
    Apapun teknologi yang ada, memang ada pro dan cons, terpulang mcm mana kita nak kawal untuk diri sendiri.

    BalasPadam
  6. penggunaan biarlah seiring dgn pantauan..tp zaman skg dah lain..seawal 10 bulan dah bg tgk mcm2 dlm fone tu..smpai satu tahap anak memberontak xdpt pgg hp huhuhuhu

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)